Saya rasa berpersatuan ini sangat tak patut. Ia menggalakkan sifat asabiyah sesama insan. Perkauman. Mengkelas-kelaskan orang lain.
"Persatuan Pengakap" akan mentertawakan "Brownies". Kan tak baik tu? "Brownies" ni pun satu hal juga. Ntahapa-hapa punya persatuan. Dah lah nama macam kuih.
Mungkin ada yang akan kata persatuan itu perlu untuk berkongsi pendapat dan pengalaman. Knowledge sharing. Pada pendapat saya mula-mula saja knowledge sharing. Lama-lama tikam belakang, mengumpat dan bergossip berleluasa dalam persatuan.
Maka berpusu-pusu lah orang membuat persatuan. Mutakhir saya dengar "Persatuan Isteri Taat". Saya pernah tengok cerita "Memoirs of a Geisha", kisah yang memartabatkan golongan yang tak berapa elok kerjanya. Tapi jika kita lihat dari perspektif "service industry", geisha ini memang mantap.
"Persatuan Lelaki Taat" takde pulak orang nak buat ye?
Persatuan yang saya rasa belum meletup dalam dunia tapi sepatutnya dah lama meletup ialah Persatuan Nama Ahmad. Di blogspot ada ahmadclub.blogspot.com tapi lamannya kosong sahaja. Apakedehel?
Yang ahmadunited.blogspot.com pulak sengal tak ada entri langsung. Ahmad mana yang takder idea nak up entry ni? Susah sangat ke nak berfikir wahai Ahmad? Kau jangan kasi malu nama Ahmad yang sedap tu dik.
PersatuanAhmad.blogspot.com belom ada tuan. Tapi saya malas lah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
isu hangat (seks, pelacur, layanan kelas pertama ditempat tidur) adalah antara perkara popular dikalangan rakyat kita - secara diam atau loud. bagi aku, ini satu strategi promosi yang baik bila ketengahkan isu sebegini untuk memperkenalkan sesuatu kelab.
ReplyDeletetapi jangan mudah ikut jer. kaji dulu latar kelab.
al-arqam tu apa?
Deep sangat isu kau ni dik. Saya nak menyatukan nama-nama Ahmad aje.
ReplyDeleteops, soryy hahaha
ReplyDeleteHey!!!!! I was once a brownie k! Ia adalah persatuan yg paling handal dlm menyanyi2 di keliling cendawan ajaib.
ReplyDeleteWix, exactly. Kah kah.
ReplyDelete