Friday, June 17, 2011

Balas Fax

Jarang saya terima fax sekarang. Masa muda baru bekerja dahulu, memang selalu saya dapat. Kejap-kejap dapat, kejap-kejap dapat. Kalau saya bukukan fax saya, boleh jual kat KLAB dengan tajuk "Biografi Saya Dari Kacamata Anarki Mesin Fax". Hawau.

Tadi saya dapat fax. Saya dapat kesan siapa penghantarnya kerana kalau fax yang pro, dia ada fax cover. Muka hadapan yang ada tulis "from", "to", "date", "page number including this" dan "re:". Yang korang tersengih-sengih tu, tau ke apa maksud "re:"?

Terus, saya tengok tajuk dan saya termenung. Tengok pula nama penghantarnya. Saya termenung lagi. Sakit perut saya tadi rupanya angin. Saya tengok balik tajuk. Saya pening.

---- fax mula

From: pipiyapong
To: ........
Pages: 1 of 1
Re: Surat Dari Abang Rokes

Siapa nak balas surat ni?

---- fax tamat

"Aaahhhh!!"

Saya ramas-ramas kertas fax tu dan saya buangkan masuk bakul.

Bukan saya benci adik pipiyapong atau saya marah kerana faxnya tiada letak "date". Tidak. Tapi saya tak boleh nak balas kerana surat itu memang power. Saya jadi kelu.

Tapi saya percaya, nanti suatu masa saya mampu membalas surat dari Adik Rokes yang powernya agak power ini. Medium power, ibarat takuk kedua di suis kipas meja.

2 comments:

  1. Balas jer. Dan pastikan balasan kali ini seperti power blast takuk ketiga di suis kipas besar di dinding restoran mamak!

    ReplyDelete
  2. Bapak besar kipas tu wizz! Kah kah.

    ReplyDelete