Ramai marah dengan sikap mereka-mereka yang menentang Bersih 2.0 (B20) manakala ada juga yang tak gemar dengan B20 atas sebab-sebab tertentu.
Saya? Saya neutral. Dalam kereta saya pun bersepah dengan barang2 yang anak saya campak-campakkan, takkan saya nak berlebih-lebihan dalam isu ini. Cuma ingin saya nyatakan disini bahawa kita semua inginkan sesuatu yang bersih. Ini memang kehendak semulajadi manusia. Tak tahu lah kalau ada yang suka makan makanan kotor, baju kotor dan rumah kotor. Kita mahu semuanya suci dan bersih, bau popinjay.
Betul, betul dan betul, tapi dalam dunia yang sebenarnya, ini adalah sesuatu yang sangat ideal tapi sukar untuk kita capai. Setakat nak bersihkan harta-benda kita sendiri, mungkin kita boleh capai. Tetapi untuk mendapatkan sesuatu yang bersih dipersekitaran yang kita kongsi ramai-ramai? Payah sikit lah bila kita tengok tandas awam kita macam tandas haiwan.
Pendek kata, lalaklah.
Jeritlah.
Nangislah.
Berkorbanlah.
Kalau bukan dengan cara yang betul,
semuanya sia-sia sahaja.
Saya ada cadangan nak beli baju kuning B20 minggu sudah waktu ia ada dijual depan masjid kawasan rumah saya tapi terpaksa saya batalkan kerana tak bawa duit.
Apa salahnya kalau kita simpan buat kenangan kan? Souvenir seperti fridge magnet juga. Pakai bila-bila masa kita suka tanpa perlu berkumpul ramai-ramai dalam panas, tertakluk pada masa dan ketika yang ditentukan oleh pihak yang ada agenda. Pakai ikut suka hati, masa pergi mancing, masa jalan2 dipusat beli-belah, masa bersukan, masa lepak-lepak. Barulah niat untuk bersihkan alam sekitar itu lebih ikhlas dan tidak dipengaruhi oleh mana2 sentimen.
Kalau dah buat ia sebagai cenderahati teruskanlah dengan edisi selipar, koyok, ubat kuat, kerusi senaman dan segalanya Bersih.
Bersih - "A Souvenir For The Future".
Tagline yang sesuai untuk jenama ini, kan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
satu pandangan yang cukup nutral! syabas!
ReplyDeleteTerima kasih.
ReplyDeleteSaya suka tagline itu.
ReplyDeletePada pendapat saya, kita perlu bersih di dalam diri kita dahulu sebelum nak bersihkan orang lain. Lagi satu yg perlu dibersihkan ialah sikap orang yang suka membuang sampah di merata2 tempat seperti di luar cermin kereta sendiri. Untuk sebab itu sahaja saya dgn seorang diri boleh buat rally di jalanan.
Saya dah letih kutip sampah orang lain.