Thursday, July 07, 2011

Berat Sama Dipikul Tapi Abang Kena Kautau Pada Adik

Waktu saya baca blog orang lain ialah sebelum tidor. Gelap, sunyi yang berselang-seli antara nafas anak dan isteri dengan desiran bilah kipas siling campur bunyi aircond sikit. Aroma dan suasana ketika itu sangat kondusif untuk saya telan dan cuba fahami penulisan orang lain.

Saya baru usai membaca blog perempuan jomblo tentang keperluan naiktaraf saiz kereta dengan jumlah anak yang ada. Saya amat faham dengan apa yang dia sampaikan kerana saya pun ada perasaan yang sama dengan beliau dalam isu ini.

Tapi bila saya ulang kembali masa, kembali ke zaman saya dan 5 lagi adik beradik saya bergasak dalam sebuah kereta kecil milik arwah abah, sedikit pun kami tak pernah merungut kereta kami sempit atau rumah kami tak muat dan tak cantik. Abang dan kakak akan sentiasa mengalah kepada yang lebih muda dan kami jadi saling faham memahami.

Walaupun kami adik beradik taklah rapat chi-chi lalat sangat antara satu sama lain, tapi ada sesuatu yang telah mengajar kami untuk menghormati satu sama lain.

Mungkin kereta dan rumah yang sempit barangkali?

2 comments:

  1. this reminded me of my days growing up. until i was 9, my dad pakai moto je. so kitorang bertiga ni kalau nak jengjalan dekat2, naik la moto. i dok tengah2. kalau nak jalan jauh sket gi town, naik bas.

    keta kecik dan sempit, takde hal bagi gua. janji ada ekon, condition ok, bleh jalan jauh. umah kecik dan sempit tu....

    ReplyDelete
  2. mungkin sebab mak aku surirumah kut, dan suka masak....walau adikberadik suka wat hal masing-masing dalam bilik, tapi communal dining table memang selalu jadi tempat semua orang jumpa.

    tapi kalau bab orang Melayu, makanan boleh jadi satu faktor untuk uniti. sebab tu kita banyak sangat kenduri kendara.

    ReplyDelete