Selepas saya tulis tentang ilmu air tempoh hari, terdetik dihati saya untuk meredah hutan informasi (internet) dalam mencari coretan tentang air zam-zam secara lebih mendalam sikit.
Semua orang tau apa itu air zam-zam. Setiap kali selesai musim haji, Malaysia akan dihujani berbotol-botol air zam-zam dan kita diajar dengan cara dan etika untuk minum air zam-zam ini. Kita juga diberitahu bahawa air ni bagus untuk manusia dari segi rohani dan jasmani.
Terjumpa akan saya sekeping artikel yang ditulis oleh seorang jurutera air (sila klik sini untuk artikel asal).
Kepada mereka yang malas nak baca artikel asal, saya dengan berbesar hati menterjemahkannya secara sempoi dan bersahaja. Semoga kita sama-sama dapat pahala dan saya dapat pahala yang berlipat kali ganda kerana ini saya punya blog.
Kajian yang dilakukan didalam artikel ini ialah untuk menyangkal sekeping lapuran di eropah yang mengatakan air zam-zam itu kotor. Data-data dari lapuran itu dikeluarkan berasaskan kepada lokasi Makkah yang berada di tanah rendah (dibawah paras laut) dan dikelilingi oleh bukit bukau. Kesan dari kedudukan yang sebegini sudah pasti air kumbahan, air dari parit dan longkang yang meresap kebawah tanah akan terkumpul dan memasuki rizab air zam-zam.
Kolam zam-zam besarnya lebih kurang 18' x 14' x 6'. Dibahagian dasar zam-zam ialah pasir (tidak pasti samada pasir itu pasir kasar atau halus tapi pasir lah).
1) Air zam-zam tidak pernah dirawat menggunakan klorin dan sebagainya. Ia didapati banyak mengandungi magnesium dan kalsium yang agak tinggi dari biasa. Didapati mineral-mineral ini memang dapat menyegarkan si peminum dengan cepat. Ia juga mengandungi florida, yang boleh membunuh kuman dan bakteria. Kadar kandungan garam-garam ini tidak pernah berubah-ubah. Tidak ada bahan toksik langsung dan sangat selamat untuk diminum.
2) Bila pengkaji cuba untuk menyedut air dari zam-zam untuk mengenal-pasti lokasi punca masuknya air zam-zam kedalam kolam itu dia dapati punca air ialah dari seluruh bahagian dasar kolam dan bukan dari satu lubang tertentu dibawah dasar.
3) Kebiasaannya kolam akan ada kehidupan bioloji seperti lumut hijau dan sebagainya. Kolam zam-zam tidak ada lumut.
4) Air zam-zam tidak pernah habis sejak dari zaman Nabi Ismail.
5) Kolam lain didalam bandar Mekah ketika kajian itu dijalankan semuanya kering oleh itu membuktikan bahawa kolam zam-zam tidak bersambung dengan air laut merah yang letaknya 46 kilometer dari Mekah.
Ada juga artikel lain yang mengatakan seorang professor dari Jepun mendapati air zam-zam mempunyai struktur molekul yang paling "OMG". Saya tahu bahawa anda juga tahu bahawa secara sainsnya air ialah H20. Yang dimaksudkan dengan struktur molekul disini ialah corak susunan H20 didalam zam-zam. Kajian mat jepun ini menunjukkan H20 menyusunkan dirinya cantik sehingga kelihatan seperti berlian, justeru itu "OMG".
Professor ini turut mengatakan bahawa struktur molekul air paling barai bila ada muzik rock. Saya rasa sebenarnya molekul air barai didalam semua bentuk muzik tapi mat jepun ni memang anti muzik rock kut?
Kajian ini saya terima at face value sahaja kerana kita manusia marhaen tidak boleh nampak semua hasil kajian beliau dengan mata kasar. Yerlah, kajian macam ini mestilah kena pakai mikroskop sahaja.
Kesimpulannya, air zam-zam memang power! Patutlah ada istilah zamzam alkazam dalam cerita P.Ramlee.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ZAM ZAM ALA KAZAM..
ReplyDeleteeh, yang jepun tuh dia punya research design bukan kah expose water to various source of sounds i.e al-Quran, music rock, music romantics etc tec...dan kendian dia bandingkan susanan molekul?
ada jugak Prof USm yang buat kajian pasal alternatif medicine yang jenis dok jampi air tuh....compare jampi serampah bomoh dengan jampi guna ayat quran. tapi tak tahu lagi resultnya macam mana.
Bagus jugak kalau tahu result kajian prof USM tu.
ReplyDelete