Wednesday, July 13, 2011

Abang Tentera Dan Pakcik Polis.

Tak dapat saya bayangkan seorang tentera yang tugasnya mempertahankan tanahair yang tercinta ini jenis orang yang lemah lembut dan sopan santun lalu pijak semut pun tak mati. Ini tidak masuk akal.

Latihan yang mereka lalui menjurus kepada keganasan. Bukan keganasan bom hotel yang saya maksudkan tetapi keganasan terpimpin. Bengis yang tentu hala. Keganasan yang diperlukan untuk membolehkan tentera ini melindungi rakyat Malaysia.

Anak buah kepada seorang sahabat saya baru naik pangkat leftenan muda. Diceritakan bahawa ketika sahabat saya nak hantar anak buah dan seorang rakannya ke kem tentera, dia dan kawannya berbual dan salah satu tajuk perbualan ialah mereka dah lama tak kena lempang. Kali terakhir kena lempang ialah sewaktu latihan. Malah waktu latihan, bukan pelempang aje yang mereka kena. Lagi teruk pun ada.

Mendengarkan kisah ini, saya rasa terlindung. Saya rasa selamat. Asalkan jangan saya yang dilawan mereka dah lah. Dah lah ilmu lempang + terajang saya belum master, nak harapkan ilmu matematik dapat C5 masa SPM untuk pertahankan diri dari kena seligi?

Polis pun sama juga. Cuma kalau tentera itu api biru muda, tahap keganasan polis itu ibarat api kuning. Kadang2 ia menghasilkan jelaga.

2 comments:

  1. Awak perlu mempelajari ilmu pelempang dan terajang drp suami saya. Ilmunya sgt mendalam walaupun beliau sudah lama tidak mempraktikkannya di rumah mahupun di khalayak ramai. Disebabkan tidak dpt melempang dan menerajang itulah dia memukul gendang.

    Ye polis dan anggota tentera lain tidak patut kelihatan santun. Mereka perlu menunjukkan muka yang bengis supaya rakyat takut melakukan kesalahan. Namun begitu, saya selalu bye bye kepada mereka tanda terima kasih saya apabila melihat mereka menjalankan tugas mengawal traffik di tengah panas.

    Ada kalanya saya ternampak mereka tersenyum juga.

    ReplyDelete
  2. Saya rasa suami anda punya tendangan memang Bruce Lee abis wiz. Betol, betol, betol!

    ReplyDelete