Wednesday, August 03, 2011

Cemas

Saya bukanlah cekap sangat pandu kereta. Kelajuan maksima yang saya boleh pandu ialah 180km/j. Lagi laju dari tu saya tak berani kerana mata nampak jalan makin sempit pada kelajuan tinggi. Makin laju, makin sempit. Pemandu F1 tu semua orang gila. Saya memang tak suka sempit2. Saya suka lapang.

Kebiasaannya saya pandu kereta mengikut kehendak peraturan jalanraya. 90km/j. Abis, kereta nasional berapa laju yang kita boleh tekan pun?

Mulut saya pula hanya jadi busuk bila pemandu lain kurang ajar sahaja. Hon sana-sini macam dalam dunia ni kereta dia sorang aje yang ada hon. Selain dari itu, saya rilex layan Sinar FM.

Di highway bertol kalau mengantuk saya akan tutup aircond dan buka tingkap kereta dalam dua jengkal, keluarkan tapak tangan cukup-cukup untuk mengarahkan udara segar dari luar (ibarat kepak kapalterbang) mengalir kearah muka saya. Lega sikit.

Saya akan cemas memandu bila tiba satu dari dua perkara atau kedua-duanya sekali:

1) Kereta lama tak servis + tayar botak + brek dah bergegar;
2) Gantung dengan bank lebih dari 3 bulan.

Cemasnya lain macam.

5 comments:

  1. haha. saya berkongsi kecemasan no 2 jugak. bab tak servis tayar tu seme, so far saya agak tiptop la. tapi bab gantung tu penah jadik. memang berdebo.

    ReplyDelete
  2. Kalau nasib malang, kena tarik lah eric.

    ReplyDelete
  3. cemas lain macam! TERBAIK! HUHUHUHHU

    ReplyDelete