Saturday, August 06, 2011

Radio 3D

Semasa memandu sambil menyanyi lagu "Gothik Malam Edan - Search" tengahari tadi, saya terdengar satu lagu hindustan dimainkan di radio kereta. Pilihan lagu SinarFM memang tak senonoh kadang-kadang.

Bila lagu hindustan di radio selalunya saya tukar ke siaran lain. Tidak kali ni. Saya tiba-tiba tenang melayan.

Teringat saya pada seorang kawan yang cukup suka tengok cerita hindustan. Saya pun suka juga cerita "Kuch-kuch Hota Hai" dan "Bobby". Setakat dua cerita tu je lah tapi member saya sorang ni lain.

Member saya ini akan tahu apa ceritanya, siapa pelakon, adegannya dan aksi pelakon ketika sesuatu lagu hindi tu berkumandang. Memang terer. Satu sahaja yang dia tak boleh nak kupas disebalik sesuatu lagu hindi iaitu bau dipersekitaran adegan tersebut.

Saintis zaman sekarang memang korok betol lah. TV 4D yg akan keluar bau sejajar dengan adegan dalam cerita TV tu mungkin sedang dalam pembikinan tapi radio? Radio macamana?

3 comments:

  1. Kah kah kah. Radio tak boleh Pak. Sebab nanti yg akan keluar hanyalah bau badan dan bau mulut deejay2. And when you are trapped in the car, that would not be pleasant.

    ReplyDelete
  2. Bau keluar bila lagu sahaja. Boleh pecahkan kepada jenis muzik juga. Theme song only bau keluar. User set sendiri. Bole, bole, bole.

    ReplyDelete
  3. cuba bayangkan kalu lagu cobain keluar radio..bantai je lagu apa pn..mesti bau beer,ubat batuk,dan muntah keluar sekali

    ReplyDelete