Wednesday, August 24, 2011

Senarai Minta Maaf

ZABZOII ialah 24-8-2011.

Hari raya sudah hampir tiba. Ampun dan maaf saya kepada sesiapa yang kecik hati dengan apa yang saya pernah tulis dalam blog ini. Terutama sekali kepada saudara Awie Wings dan saudari Lady Gaga yang sering menjadi bahan.

Saya juga ingin meminta maaf:

1) Kepada isteri dan anak saya yang saya sering singgung dikala mereka sedang tidor. Nanti saya usahakan beli katil lagi besar.

2) Kepada perkataan-perkataan mencarut kerana tidak sering digunakan didalam blog saya. Juga cerita-cerita triple X, yang tidak sekali-kali akan dapat muncul dalam blog saya. Ini ialah kerana anak saudara saya ada dalam list pembaca blog.

3) Kepada otak dan perasaan saya yang agak tertekan dengan kekangan tidak bisa menggunakan kata kata kesat, cakap-cakap kotor, idea-idea lucah untuk memeriahkan lagi isi blog.

4) Kepada lipas2 yang saya spray tapi tidak mati. Mungkin lipas ini telah cacat seumur hidup. Saya memang nak kasi lipas2 tu mati terus dengan menspray tepat atas kepala dia tapi entah macamana lipas2 tu boleh survive pulak.

5) Kepada kain pelikat saya yang sudah semakin longgar walaupun saya ikat menggunakan tekanan 6 Nm (newton meter) dengan kadar lipatan 4 kali pusing kebawah untuk kasi kain ketat. Ya ampun kepada baju dan seluar yang juga semakin loose.

6) Kepada kereta saya yang dah lama saya tak servis. Top-up minyak hitam dan air bateri pun tak. Bleeding minyak brek jangan cerita.

7) Kepada langsir dan kerusi meja rumah kerana pada tahun ni saya tak dapat nak tukar. Sorry lah. Langsir, saya akan basuh saja. Manakala kerusi pula akan mendapat warna baru setelah di "dye" sarungnya.

8) Kepada Allah Taala kerana saya hanya seorang insan yang lemah. Insan yang tidak pernah lupa dari melakukan kesalahan. Insan yang terlalu banyak menganiayai dirinya sendiri. Insan yang kalau dikumpulkan segala kesilapannya, mungkin sebanyak isi langit dan bumi. Insan yang jika takbir, rukuk dan sujudnya tidak diterima, maka jahanamlah dia. Semoga Rahmat dan Kasih SayangNya dapatlah saya rasai sentiasa, didunia dan diakhirat.

Selamat hari raya, maaf zahir dan batin.

R.E.S.P.E.C.T!

No comments:

Post a Comment