Wednesday, August 10, 2011

Sikat

Alat mengurus rambut.

Sikat ialah salah satu barang yang saya rasa, saya tak pernah beli walaupun dulu-dulu saya sering bersikat. Saya pun tak tahu sikat siapa yang saya bantai pakai. Ala, bukannya boleh kena hepatitis pun bila kongsi sikat. Tengok sikat jugak lah kan. Kalau sikat yang berkeladak dengan fungus tu takkan saya nak boh jugak.

Sekarang saya maintain rambut pendek, crew cut. Last saya guna sikat mungkin bulan lepas. Itu pun untuk buat garu belakang badan.

Bentuk sikat yang paling buat saya panas hati ialah yang macam berus gigi tu. Apa? Brush? Benda ni kalau saya jumpa kat rumah memang ke tong sampah jawapnya. Apa punya bentuk tu? Tak aerodinamik, tak sofistikated, tak kolej. Macam mak-mak punya style.

Antara sikat mantap ialah yang rupa sikat kuda. Bulat macam roti bom, ada tempat sendal jari hantu dan jari manis. Pakai sikat jenis ini memang amat memuaskan. Nikmat sampai menutup mata. Prestasi tidak hambar, orang kata. Kalau di Sepanyol mereka akan menjerit, "Puta! Puta madre!"

Sikat yang terngeri pula ialah sikat kutu mungkin kerana dulu saya kutu. Jika saya ni penerbit filem seram atau penulis filem hantu atau pengarah filem bercorak thriller, saya mesti selitkan satu adegan yang menunjukkan sikat kutu. Tak kesah lah terselit dirambut nenek kebayan ataupun terpacak kedalam dahi mangsa pembunuhan.

Sikat, kau ibarat M.Daud Kilau. Bagi yang suka, memang kau penting. Tapi bagi yang tak suka, kau tak memberi apa apa erti dalam hidup.

No comments:

Post a Comment