Seminggu yang sudah, saya ke Klang Sentral untuk mengambil bapa mertua saya yang baru pulang dari Kedah menaiki bas. Klang Sentral berdekatan dengan pekan Meru. Dekat tak dekat, trafik jam dari Meru nak ke Klang Sentral ni boleh buat anda semua bernanah lah jugak.
Ini ialah kali pertama saya ke Klang Sentral. Mengikut penunjuk arah dalam talian (mak mentua saya punya kawan bagi arahan melalui talipon bimbit), ada beberapa simpang kecil yang harus saya tempuhi sebelum simpang yang sebenar.
Saya pun dalam hiruk-pikuk trafik jam telah memasuki satu simpang kecil yang pada mulanya saya ingatkan simpang betul. Saya silap. Saya masuk kawasan kilang amende ntah tapi bangla punya lah banyak di bahu jalan kiri dan kanan. Macam semut hitam membawa telur semut pulak saya tengok.
Tiba-tiba, dari keseragaman bangla-bangla berjalan kaki pulang dari kilang tercetus satu aksi gaduh. Kereta saya agak perlahan ketika lalu di tepi pergaduhan itu kerana bangla ramai sangat.
Tiga bangla besar memukul satu bangla kecil. Ketiga2 bangla itu mengelilingi si bangla kecik tapi bangla kecik masih berdiri dan belum tumbang.
"Debik, debik, debik!" bunyi bangla kecik itu kena pukul dan memukul.
Bangla lain yang tak masuk campur hanya berjalan selamba seperti perkara ini adalah perkara biasa bagi mereka.
Tatkala pergaduhan itu betul-betul ditepi kereta saya, saya tenung bangla kecik mempertahankan diri. Tiba-tiba semuanya jadi perlahan. Awan di langit seperti kaku sementara kaki dan tangan yang memukul dan dipukul seperti dalam aksi gerak perlahan dimata saya.
Saya pandang tepat ke arah mata bangla kecik. Mata yang separa terbuka, melingas-lingas tetapi seperti mata orang yang sudah tidak ada hati. Mata yang cuma ada semangat untuk terus hidup. Berjuang di tempat orang dan bersaing untuk mendapat sesuap nasi. Apabila tangannya melibas-libas kekiri dan kanan tanpa haluan untuk mempertahankan diri, dia hanya menerima takdir dan ketentuan Ilahi barangkali.
Usai lalu, saya pandang cermin pandang belakang kereta saya dan pergaduhan itu masih berlaku tanpa halangan.
Apalah nasib si bangla kecik itu agaknya? Tapi dari sinar semangat juang matanya tadi saya rasa dia berjaya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment