Di negara matahari terbenam, cuti tak banyak. Time santa claus muncul baru ada cuti. Bila cuti, orang2 tempatan akan cuti lama. Sekurang2nya 1 minggu. Time kerja diorang kerja kuat, time cuti diorang enjoy sakan sambil rilek2.
Di malaya, skit2 cuti. Menang sukan pun cuti. Gua tak faham.
Luorang tak tau ka cuti ni ada efek pada emosi dan juga produktiviti kerja manusia? Lagi 4 hari nak cuti dah sebok plan nak pi lepak mana, booking sana sini waktu kerja. Call resort sana, call resort sini bukan pakai handphone sendiri tapi phone ofis. Masa ni kerja dah mula sambil lewa aje.
Pencuti yang tegar siap amik cuti extra sehari sebelum, selepas cuti atau kedua2nya sekali.
Balik dari cuti, ada saki baki syok bercuti mula la upload gambar ke facebook, myspace dan blogspot. Trafik internet kat ofis melonjak dan kerja kerja online start terbatuk2 dan mungkin terus down.
Bila ditanya dalam talipon setelah 4-5 kali operator dok pas-pas panggilan kita ntah kemana2 tentang permohonan kita yang dah sebulan kita submit, orang yang akhirnya jawap tu selamba aje kata, "belum siaplah encik. Minggu depan boleh encik telephone kami balik?".
Gua rasa kalau satu bangunan yang sama di bina di London dgn kat KL, bangunan kat London siap 6 bulan lagi cepat.
Friday, February 26, 2010
Thursday, February 25, 2010
Masinmu Dan Masinku Tak Sama
Cuaca sangat panas. Bila panas macam ni ada beberapa perkara yang gua akan standby.
Antaranya ialah air minum dalam kereta. Apa apa air boleh. Air mineral boleh, air masak putih boleh, ais kosong pun boleh. Cuma gua nak pesan, jgn minum air mineral yang dah lama terbiar dalam kereta kerana botol plastik yg dah lama boleh mengakibatkan airnya penggalak kanser dan jangan guna tarikh harijadi sebagai password ATM. Senang sangat nak teka.
Simpan air laut dalam kereta untuk minum tu boleh tapi gua tak syorkan sebab air laut ni penambah dahaga dan tak sedap diminum.
Garam dalam air laut lain skit dari garam untuk masak. Kalau otak lu lebih kurang otak udang, cuba try campur garam dalam air kosong dan minum. Lain rasanya dari air laut yang lu selalu tegok masa mandi laut. Bukan itu sahaja. Minum air garam tak tersedak, minum air laut tersedak.
Ikan laut pun tahu perbezaan ni. Faizal, member gua punya ikan laut semua kojol setelah dilepaskan dalam aquarium yang mengandungi air paip campur garam masak yang faizal cikun dari dapur mak dia. Waktu faizal sedang setting aquarium tu gua ada disisi dan gua tenung aje dia dok tambah garam pakai sendok sambil kacau2 kasi larut kemudian rasa pakai mulut. Kesian mak faizal sebab rugi 2 pek garam. Kesian jugak pada ikan laut yang tersiksa sebelum mati. Tak lupa juga kesian gua pada anak2 faizal sebab bapak dia ngokngek masa kecik.
Bila kita kata masin, pandangan kita tentang masin berbeza beza. Datanglah pepatah "rambut sama hitam hati lain2". Satu benda yang gua rasa semua orang akan ada pendapat yang sama ialah rambut samy velu nampak sangat tak ori dan hingga kini gua yakin bahawasanya samy velu ialah ahli politik yang tulen kerana dia tipu rambut secara terang-terangan tapi tak pernah peduli dengan penipuannya itu.

Tuesday, February 23, 2010
Rehatkan Minda Anda
Teka teki gua dapat dari kawan gua via email. Gua dah edit skit supaya tak lah gua bersalah dibawah akta copyright.
1) 2+3=10
2) 3+6=27
3) 4+4=32
4) 8+2= ?
1) 2+3=10
2) 3+6=27
3) 4+4=32
4) 8+2= ?
Monday, February 22, 2010
Objective Rationalization
"Black gold". Itulah panggilan manja untuk minyak. Anugerah percuma dari tuhan pada manusia. Sebahagian dari rahmatnya yang amat banyak.
Kat malaya ni segala urusan tentang minyak akan dikendalikan petronas. Mana lubang nak cari minyak, gaji pekerja minyak, emergency leave pekerja minyak, semua ni petronas yg uruskan secara langsung atau tak.
Petronas memang gergasi.
Sekarang, pekerja petronas semua hidung tinggi sebab kerja untuk gergasi. Tukang cuci lantai atas pelantar minyak pun gaji besar. Antara kelab yang paling ekslusif kat malaya ni ada kat menara petronas tu. "Petroleum Club" nama diberi. Nak masuk club tu kena pakai tali leher. Apahal?
Gua rasa petronas kena ubah haluan skit. Gua panggil "Objective Rationalization". Dari gergasi minyak, petronas harus jadi semut kecil, bekerja demi kesejahteraan rakyat malaya.
Rakyat malaya ialah pemegang saham dalam petronas dan perkara ni harus dimanifestasikan dalam bentuk fizikal.
Pertama sekali, logo kena tukar kepada gambar semut colour hijau.
Keduanya, uniform pekerja petronas kena ada motif semut. Tak kesahlah bentuk kerengge ke atau semut mayat. Tapi elok semut mayat sebab kecik dan halus. Lagi kecik, halus dan tak bermakna, lagi bagus.
Ketiga, tiap2 tahun petronas kena bank in duit dividen atau bonus dalam akaun semua penduduk malaya yang ada I.C. 25% dari untung bersih untuk dividen cukuplah. Baru dalam RM20billion. Sorang dapatlah dalam rm1000. Apa ada hal. Barulah orang malaya berebut2 nak anak ramai. Bila penduduk makin ramai, pasaran dalaman malaya jadi mantap macam jepun. Tak perlu export barang sebab pasaran dalaman kita dah cukup.
Penduduk malaya pun suka. Tak memekik melolong protest itu ini. Macam bini yang puas dengan segala yang dia dapat, dia senyum aje memanjang.

Saturday, February 20, 2010
Mahu Anak Yang Sangat Champion?
Kalau nak anak lu selalu dapat nombor satu dalam kelas atau pandai bersukan atau kedua-duanya sekali, tip nya senang sahaja.
Beranaklah di antara bulan Januari hingga Mac.
Sistem secara am nya akan golongkan anak-anak ikut tahun kelahiran mereka tanpa mengira dalam bulan manakah beliau dilahirkan.
Kadar pertumbuhan otak dan fizikal mereka yang lahir bulan Januari dan yang lahir bulan Disember agak berbeza. Yg lahir lebih awal mempunyai pertumbuhan yang lebih matang.
Umum mungkin faham kelebihan ini bila tiba waktu peperiksaan. Mat Januari otak dia 11 bulan lagi maju dari Mat Disember.
Persoalannya sekarang, kenapa dalam sukan pun ada kelebihan?
Kebiasaannya pemilihan mewakili sekolah akan dibuat mengikut kelas tahun. Setiap kali pemilihan dibuat, Mat Januari yang ada kelebihan pertumbuhan fizikal dan mental akan senantiasa dipilih kerana kelebihan mereka ini. Kuat dan bijak. Oleh kerana selalu dipilih mewakili sekolah, mereka akan mengumpul pengalaman dan latihan mereka dan secara am nya mereka lebih bagus bersukan dari Mat Disember.
Pelari pecut sekolah gua dulu nama dia naim. Dalam gambar diatas, gua rasa gua takyah cakap dia yang mana satu pun lu orang dah boleh agak. Dia dah arwah, meninggal 2 tahun lepas kerana denggi. Al-Fatihah. Rekod lari 100meter Majlis Sukan Sekolah Sekolah W.Persekutuan (MSSWP) bawah 12 tahun masih arwah yg pegang. Dia lahir bulan Januari.

Friday, February 19, 2010
Water Conservation Initiative
Cik Gayah, here it goes.
Gambar ni sungai belakang ofis gua. Bersih sungai ni tapi warna air dia aje ke teh tarik tarikan sedikit.
=== Initiatif Penjimatan Air ===
Water is precious, yet it is being wasted or poorly managed. You can help promote water conservation by sending on this meme.
If you do, simply follow these rules:
1. Create a blog entry entitled “Water Conservation Initiative”.
2. Post the Water Initiative Network’s Water Facts in your post.
3. List 3 things YOU will do to save water.
4. Add in the photo above, or any photo you have taken of a waterfall, river or lake.
5. End with the line: “Find out more about water conservation and good governance by joining the Water Initiative Network on Facebook! Visit us here at: Water Initiative Network!
Tag 5 or more blog/FB friends. Be sure to copy the rules, okay?
WATER FACTS
1. Of every 100 drops of water on earth, 97 are too salty to drink, 2 are locked in ice and snow, and 1 is fresh water.
2. The daily requirement for sanitation, bathing, and cooking needs, as well as for assuring survival, is about 50 litres per person.
3. Reducing shower time from 20 mins to 8 mins saves up to 360 litres of water per shower.
4. A small drip from a faucet can waste as much as 75 litres of water a day.
5. Two thirds of the water used in a home is used in the bathroom. To flush a toilet, we use up to 9 litres of water.
6. Water-efficient toilets and washing machines are good ways to save water.
7. A low-tech way to save water is to form the habit of turning on the tap to low flow and turning it off when the water is not needed.
8. Non-revenue water (i.e. stolen or wasted water) constitutes 36% of water ‘used’ in Selangor, Malaysia, and this raises the cost of water for everyone.
9. Water supply infrastructure cost billions of ringgit. This money could be spent in more useful ways.
10. Large areas of forests are cleared to make way for water supply dams to accommodate our soaring demand for water. These forests and their wildlife represent our natural heritage.
3 THINGS I WILL DO TO SAVE WATER
1. I will not pee in public.
2. I will store rain to water my plants.
3. I will switch off tap during bath soaping session.
“Find out more about water conservation and good governance by joining the Water Initiative Network on Facebook! Visit us here at: Water Initiative Network!”
***
I’m tagging:
1) Cikbiol
2) Dzul Hafixi
3) Fikiranlicin
Alasan: Korang orang muda remaja bergetah lagi, jadi sesuai untuk start jimat air dari awal.
Gua tag 3 orang online dan 2 orang secara personal. Malam kang gua tag bini dan anak dalam perut.

Thursday, February 18, 2010
Sulit dan Terhad
Bila terbaca posting ni, gua teringat teknik bercakap secara "encrypted". Bercakap cara ni perlu bila ada anak-anak buah lu yg masih kecik dan belum faham erti kehidupan dok main chak! chak! tepi lu.
Yer, anak anak kecil belajar berkomunikasi dari ibu bapa mereka. Pada kebiasaannya mereka akan mulakan dengan mengikut apa yg mak bapak dia ajar.
"Mammm Maaa. Cuba adik cakap, Mammm Maaa", adik ipar lu cuba ajar anak dia cakap Mama.
"Papp paaa. Cakap cepat, Papp paa", adik ipar lu yang sama cuba ajar anak dia cakap papa.
Papa baby tu buat derk aje dok sebok main X-Box. Lelaki yang ada sifat penyayang dan suka mengajar ni sangat rare.
Lama kelamaan anak2 ini akan tangkap apa saja yang lu cakap dan tiru bulat-bulat macam burung kakak tua, tanpa faham apa maksudnya. Dalam kes posting yang gua dah link kat atas, "ceks ceks ceks".
Lepas dah faham maksudnya pula, mereka akan suka bercerita apa yang mereka nampak mak bapak dia buat pada sesapa saja yang mereka suka nak cerita. "Asu, tadi mami kentut kuat", cerita anak lu pada maksu dia dengan nada yang tidak bersalah langsung. Setakat cerita pasal kentut ok lagi, kan?
Teknik bercakap secara encrypted ni mudah saja. "Cipher algorithm" nya ialah penambahan satu sukukata selepas setiap suku kata, dimulakan dengan huruf F dan ditambah dengan bunyi vokal yang sama seperti bunyi vokal suku kata asal.
Heh? Apa lu merepek ni brader?
Contoh, "Jom Tengok Wayang" akan berbunyi "JomFom TengFeng NgokFok WaFa YangFang".
Ayat jom tengok wayang ni penting bila lu malas nak bawak anak lu pergi sama kerana bila masuk panggung, tak sudah sudah tanya lu soalan soalan berasaskan cerita yang sedang lu khusyuk tengok. "Kenapa Avatar tu muka dia macam kucing tapi perangai macam monyet daddy?". Geram gua.
Kalau nak bercakap secara encrypted depan mak gua, senang aje. "You ask your mother to go to ayah chor's kenduri next week, not me", kata gua pada adik gua masa tengah lepak lepak minum petang kat serambi umah mak gua. Mak gua rilek aje baca suratkhabat Harakah edisi terkini kat depan TV.

Wednesday, February 17, 2010
Flying Cars
Ada cerita dongeng yang mengatakan "seekor rama-rama yang mengibaskan sayapnya di hongkong, boleh mengakibatkan taufan di miami".
Sebenarnya ni bukan dongeng tapi teori sains. Gua pikir2 balik, mungkin mat teori tu ada asas.
Orang kata bila internet ada, orang takkan beli suratkhabar sebab semua boleh baca secara percuma di alam cyber. Tapi bila internet dah berleluasa tanpa kawalan di malaya gua dapati banyak pulak kes rogol dan liwat dalam tabloid dan berkadar-terus dengan itu, harian metro sangat maju.
Kalau kereta dah boleh terbang macam helikopter pulak macamana?
Pertama sekali, syarikat PLUS akan bungkus. Kereta dah tak perlu jalanraya. Kemudian semua perniagaan yg berkaitan dengan jalanraya pulak akan mati.
Side mirror kereta juga akan pupus. Semua kereta perlukan radar dan pengesan berkuasa sonik macam kelawar supaya jangan berlaku perlanggaran. Kereta juga boleh di design tanpa mengira lefthand drive atau righthand. Stereng kereta tak mungkin lagi bulat kerana perlukan pusingan 360 darjah, ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan.
Tayar masih pakai untuk landing sekali sekala oleh itu penoreh getah masih boleh terus menoreh.
Apalah agaknya akan jadi pada jalanraya yang dah tidak digunapakai tu nanti? Cuma gua berharap sangat agar jgnlah sistem komputer dalam kereta tu nanti pakai Microsoft Windows. Asik crash aje.

Tuesday, February 16, 2010
Fort Fickson
Gua banyak jalan-jalan 2-3 hari ni dan trafik sangat teruk di highway. Ada yang "jam" panjang sebab khemah saiz kenit berlogo polis kat depan. Darah gua sungguh panas dan gua rasa fenomena ini akan berlanjutan bila tiba musim perayaan sampai bila2.
Gua di PD lagi tghari tadi. Layan anak-anak buah gua mandi laut. PD punya pantai semakin baik dan bersih. Geng pengusaha khemah juga lumayan. Khemah saiz 10x10 harga RM40. Saiz kecik pun ada tapi gua tak tanya harga sebab kejadah khemah kecik tengah panas. Bila matahari senget di tepi, khemah 5 kaki cuma tutup cahaya matahari 2 kaki aje. Nak bawa khemah sendiri, gua rasa pengusaha khemah kat sana takkan gemar.
Anak buah gua yang gambarnya diatas ingin mengucapkan semoga rezeki pengusaha toilet di PD melimpah ruah dan boleh kasi servis yg lagi bagus lain kali. Kalau tak dia haramkan 50sen upah masuk toilet tu. Chak!!
Pengunjung ada lah dalam 10,000 orang. Tandas ada 4. Tak mustahil ada banyak najis2 budak kecik dan orang dewasa dalam air laut dan soalan paling lazim ditepi pantai ialah berapa kali kencing dalam air. Tu sebab gua jarang mandi laut. Zahirnya bersih, batinnya kotor.
Pergi pantai ni syok layan stall jualannya saja. Nak tengok trend topi "cap" terkini pi sana. Gua ada nampak topi EdHardy dan gua dah terjebak nak beli tapi pikir2 balik, gua tak pasti jenama tu ada jual "cap" atau tidak. Dahlah tulisannya senget2.
Port Dickson, gua suka separuh-separuh.

Sunday, February 14, 2010
Negaraku, Tanah Tumpahnya Darahku.
Gua di pekan Layang-layang, daerah Kluang dan berjiran dengan Simpang Renggam. Pertama kali di sini. Memang sesuai dengan namanya, banyak burung layang-layang. Pekan yang gua tak faham dari mana dapat nama ialah Batang Berjuntai, Selangor dan Kg. New Zealand di Pahang.
Penjara di Simpang Renggam memang yang paling gangster. Orang kata kalau masuk penjara ni pengalaman buang air besar lu takkan sama lagi.
Cuaca panas-panas suam dan amat sesuai untuk driving. Gua mau pi Rantau pasni.
Inilah negaraku Malaysia yang kucintai.
Appendix:
11.30pm. Gua dah kat rantau, daerah Rembau. Umah mentua gua. Jiran dia yang berkoordinat 50meter dari rumah mentua gua ada party harijadi sampai jam 12mlm. Party anak jantan umur cecah 21tahun. Luorang tengok video clip ni dan cuba teka lah bangsa apa jiran mentua gua tu. Sorry clip gelap skit tapi gua harap luorang boleh melayaninya dengan otak yang tenang sebab lepas ni otak lu jadi celaru.

Friday, February 12, 2010
You Ada Faham Ka?
Sekarang kul 2.15 pagi walaupun kadang2 timestamp kat bawah posting gua tunjuk waktu berbeza. Apahal? Ntah.
Gua baru balik dari JB. Apahal? Gua malas cerita tapi yang gua perasan tepi highway banyak pondok polis ala2 khemah majlis kawin bersaiz kenit. Mungkin harga khemah tu kat Tesco hanya rm35, tapi gua predict supplier polis hentak rm3,000 seketol. Susah nak print logo polis kut.
Gua sedang mentelaah sebuah buku yang amat unik bertajuk "Super Freakonomics". Ianya sequel kepada buku yang bertajuk? Cuba teka? Salah, "Freakonomics". Penulisnya 2 ekor yahudi yang berfikiran "out-of-the-box" macam kanak kanak riang ribena. Gua suka. Nama diorang Steven D. Levitt dan Stephen J. Dubner.
Penulisan mereka merapik2 tapi berfakta. Contohnya dalam buku pertama mereka yang gua dah khatam, mereka kaji apa perbezaan cikgu sekolah dengan sumo wrestler. Juga, kenapa pusher dadah masih tinggal dengan mak mereka. Walaupun kajian mereka dibuat di USA dan mungkin takbule digunapakai di malaya, gua tak kesah. Gua peduli semua ni.
Buku sequel ni lagi berapi-api dan gua baru dimukasurat 60. Kalau gua rajin nanti gua share dengan luorang.
Gua akhiri dengan kata2 jiran gua berbangsa cina yang selalu guna kata2 ni selepas dia komplen pasal keadaan ekonomi semasa tempatan, "lepas saya mati itu jam aaaa, saya mau hidup balik lain masa jadik melayu. You..you...you ada faham ka saya cakap?"

Thursday, February 11, 2010
Gigi
Kumpulan Gigi dari indonesia memang mantap. Taktaulah apa pasal nama band diorang camtu. Rupanya memang gigi diorang semua kemas dan bersih. Penampilan gigi memang penting.
Gigi ni lu kena jaga. Tak pandai jaga gigi lu mungkin akan berhadapan dengan beberapa perkara yang tak ngam.
Awek memang potong dengan orang gigi rosak2 dan kaler kuning kekuningan campur oren skit. Jangankan awek, jantan pun tak suka berkawan.
Kalau gigi dah rosak lalu patah, jgnlah patah kat depan. Muka jadi tak hensem. Tapi tengok muka juga. Kalau muka macam brad pitt, tak ada gigi tak der hal.
Sekarang ni fesyen menjarangkan gigi kapak pulak jadi trend. Nampak seksi katanya. Gua yakin nanti fesyen gigi depan cover dengan emas/silver akan kembali dengan stylonya. Pengibar bendera utama fesyen gigi ni mesti mamat dan minah hip-hop asal dari brickfield berhati hindraf. Yo yo yo!
Gua rasa gigi jarang ni menyusahkan aje. Daging salai, ayam golek yang lu makan ada kemungkinan besar melekat celah tu.
Kalau nak jarangkan jugak gigi sebab fesyen, pastikan lu ada compartment kecik dalam dompet untuk store pencungkil gigi.

Wednesday, February 10, 2010
Forget Paris
Semalam gua takleh tido. Gua bukak astro tengok ada movie "Forget Paris" kul 3.30-5.15am. Bagus betol cerita tu. Sesapa yang belum tengok, pi la tengok.
Billy crystal memang kelakar. Gua suka dia.
Cerita tu pasal realiti percintaan dan perkahwinan dan adalah dua perkara yg kita takleh amik enteng. Pompuan dan lelaki ada expectation mereka masing2. Apa yang penting ialah sifat tolak ansur. Kalau masing2 keras macam batu, hancur berkecai lah.
Abis aje cerita tu gua toleh tengok wife gua berdengkor kat sebelah, gua cium dahi dia. Kalau dia bangun tengok cerita tu dengan gua pun, pasti dia tak abis layan dan minta tukar siaran ke channel 611-615 sebab dia tak suka pelakun utama tak hensem. Pompuan macam tulah.
Sempena V Day yang gua tak berapa celebrate atas sebab2 tertentu, gua rasa cerita "Forget Paris" ni memang sesuai.
14Feb ialah first date gua dengan wife gua, so gua celebrate anniversary tarikh tu dengan bawa dia pi tengok concert satu suara kat Istana Budaya. Aizat, Faizal Tahir dan Siti pada Sabtu ni. Seronok lah wife gua dapat berdating dgn boyfren dia malam 14 tu, Faizal Tahir walaupun hanya dari tempat duduk S33. Macam tulah pengorbanan gua.
Semoga mat2 rempit tak keluar malam tu kerana diorang pun mat cintan jugak. Dating dan kasi bunga kat chikaro malam 14 tu. Berlagak aje macho macam komando tapi hati lembut penari DBKL.
Dasar hipokrit.

Tuesday, February 09, 2010
Ekonomi 101
Bila ekonomi makin merudum, gua tak risaukan masalah kenaikan harga makanan kerana kita boleh ikat perut. Kurangkan makanan atau cari penganti kepada makanan ruji yang sedia ada. Perut pun jadi slim, takyah makan ubat. No problem.
Yang gua risaukan ialah masalah sosial yang bakal kita hadapi. Dari beberapa kajian ekonomi yang gua ada baca, dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, manusia akan mencari sesuatu yang bikin duit tapi memerlukan usaha yang sedikit.
Lelaki yang bodoh akan bertukar menjadi lelaki perompak, peragut bag dan pemeras ugut. Perempuan bodoh susah nak jadi golongan ni sebab risikonya tinggi skit. Perempuan secara umumnya tak suka risiko yang sangat tinggi.
Manusia yang bijak tapi kepercayaan kepada tuhan itu kurang akan memproses dadah kimia belakang rumah untuk dijual pada masyarakat. Mereka juga akan buat barang2 pirate cetak rompak tapi jual pada harga pasaran. Contohnya sparepart kereta, rokok dan duit. Yer, duit pun kena palsu.
Manusia yang bodoh mahupun bijak tapi kurang kekuatan mental akan mula menghisap dadah untuk melupakan kesusahan diri dan keluarga. Minum arak kerana mereka fikir itu jalan keluar dari kesusahan mereka.
Manusia jahat yang ada duit akan mempertingkatkan rasuah untuk menghalalkan bebenda haram dari sudut agama atau undang2. Manusia ada kuasa yang gila duit akan mula ambil rasuah2 ni. Tak kira apa barang pun, diorang akan luluskan sebab kena rasuah. Rumah urut haram, kasino haram, karaoke haram. Semua bebenda haram akan jadi halal sebab rasuah.
Perempuan bodoh akan mula terjebak bekerja partime dipusat karaoke dan seterusnya kerja fulltime menjadi "escort" secara peribadi. Cantik atau tidak wanita itu, bukan penentu. Dalam ekonomi ini, prinsip utama ialah kalau ada permintaan pasti ada bekalan.
Manusia kaki penipu akan terus meningkatkan usaha mereka menipu. Mak dengan bapak dia pun dia sanggup tipu. Curi geran tanah, tipu geran tanah. Mak ayah dia usaha keras nak dapat harta serba sedikit, di tipu anak sendiri. Semua demi wang.
Lelaki dan wanita yang gua sebut kat atas akan ada wang, bawa kereta mewah plate gempak2 macam WUA 8, WUA 88, BAB 1. Apabila kitaran ekonomi pulih dan berada di puncak, mereka ada kelebihan kerana mereka ada duit. Dengan duit yang mereka kumpul dulu mereka akan mula menguasai persekitaran mereka pula.

Monday, February 08, 2010
Irama dan Lagu
Last weekend gua teh tarik dengan member2 skolah gua. Kitorang ada plan mau bikin 2011 ride motor pusing pusing Malaya selama seminggu. Male only. Takleh bawak wife. Macam cerita hollywood "wildhogs" tu lah konon-konon.
Anyway, terselit lah cadangan salah sorang dari member gua ni untuk kitorang bikin satu lagu tahun ni, jamming reramai dan buat recording kat memana studio. Lagu ni kira lagu tema untuk ride tahun depan. "Hek elleehhhh...", kata gua.
Kitorang semua kaki jamming dulu2 lah. Kat bandar Kangar ada satu-satunya studio kat perlis. "Studio Seven" namanya. Tak semegah langsung studio tu. Dinding penebat bunyi dia pakai bekas telor ayam tu aje. Dhaif betol. Guitar bentok bintang dengan string dah berkarat, drum pun dah macam ketok kayu. Microfon shape aiskrim cone Mcdonald satu scoop. Geli gua nak pegang part bulat kat microfon tu. Macamana member gua si johan lead singer tu boleh nyanyi siap melekat bibir kat mic tu pun gua tak tau. Ntah ntah ada virus hepatitis. Sampai sekarang si johan tu punya bibir dan lidah suka letak kat merata-rata tempat, sulit atau pun tidak, johan macam aiman, tak kesah.
Berbalik pada cadangan buat lagu tadi. Member gua cadang main old-skool rock macam led zeppelin. Gua usulkan main style "hop-hollo".
Member gua tanya, "apa barang tu hop-hollo?".
Gua jawap, "Mana gua tau, lu ingat orang tau ka apa itu hip-hop, apa itu blues? Kita belasah lah konsep baru tanpa makna, hop-hollo".
"Hop-hollo" berteras kan rock orang tua ada campur alkaline jazz skit. Tajuk2 lagu pun kitorang dah setuju.
1) Tua kutuk (Judul album)
2) Kami tak nak sedar diri
3) Pakai tongkat lah kawan
4) Lutut ku tak kuat lagi
5) Pencinta viagra (lagu ni gua rasa mesti hit sebab ada unsur unsur percintaan)
"Apa nama band kita? Tak nak pakai backing vocals awek chun muda remaja pakai seksi2 ke?", tanya sorang member gua.
"Nama band kita, I Am Uncle Husin", kata gua.
"Backing vocal ajak anak pompuan sulong lu aje lah. Save skit duit", tambah gua lagi.
Sekarang, kalau korang nampak belia2 tua lepak kedai mamak, luorang dah tau apa topik perbincangan. Kalau tak cerita pasal awek, cerita pasal macamana nak jadi orang siuman tapi giler tak nak sedar diri.

Sunday, February 07, 2010
Gua Kecewa
Gua tgh tunggu ice caffe mocha kedai secret recipe gua sampai. Cuaca panas2 camni kenalah minum ais walaupun gua tau ia tidak sehat. Lantak ah. Gua bukan berlagak makan kedai grand-grand, gua pergi gak kedai melayu yang bagus2, tapi gua menyampah atas beberapa sebab.
Bila gua makan kat kedai mamak, lepas makan kari ayam dia, sistem pertahanan badan gua mesti jadi aktif. Gua kencing2. Gua syak diorang letak barang2 terlarang dalam resipi. Semenjak dua menjak ni, lepas makan kedai melayu pun gua perasan benda yang sama.
Kalau nak kaya pun jgnlah sampai merosakkan kesihatan orang lain bro. Kita ada agama bukan macam orang yg jual pil ecstacy atau heroin yang sembah topekong. Kita mau jadi kaya tapi disayangi. Takkan nak jadi kaya bawa audi A4 baru racing dynamics tuned tapi takut nak jalan2 tempat awam sebab nanti orang ludah.
Kedai makan suka sangat pakai mandrem bila meniaga. Konon2 pasang pendinding, tapi sebenarnya pelaris. Kalau kita tak yakin dengan ketentuan tuhan, kita terjebak. Usaha mesti tetap ada tapi kalau dah takdir rezeki kita sedemikian, ucaplah syukur dan selalukan berdoa. Doa boleh ubah ketentuan.
Mcdonalds, KFC dan Starbucks tak pakai mandrem pun tapi meletop jugak. Diorang teliti dalam perniagaan. Tandas bersih, pakaian seragam bersih. Bukan macam kedai melayu atau india. Nak masuk tandas kedai melayu lu kena banyak istighfar dan tahan nafas. Kalau jenis nafas pendek, naya. Pekerja pulak ikut suka pakai baju berdaki kat tengkuk bau badan macam getah sekerap. Gua kecewa sungguh. Kedai cina gua tak mau komen, nanti orang kata gua rasis.
Nak cam kedai yang pakai mandrem ni senang aje, kalau dia bukak cawangan tempat lain, gerenti cawangan baru tu terlungkup. Padan muka.

Friday, February 05, 2010
Masak-masak
Masa gua jadik student kat tempat yg ada keretapi iras iras LRT yang dipanggil "tube" dulu gua pandai masak. Gua pasti skill memasak ni bukan macam skill naik basikal. Naik basikal kalau sekali dah pandai balance badan dan tak eh eh eh lagi, lu terus jadi pandai sampai bila bila.
Skill memasak ni lu kena selalu asah. Selalu amalkan. Kalau lu tinggalkan sebulan aje, jahanam masakan lu. Berapa sudu garam, gula, halia, nak pakai santan ke tak, nak pakai cili merah ke capsicum merah. Semua kena latihan.
Lelaki memang lagi terer dari perempuan bila masuk bab memasak ni. Lelaki ada "feel" skit bila masak. Perempuan pula hanya ikut buku masakan yang disalin pakai pen dari rancangan chef wan dan tak berani nak tambah barang secukup rasa. Mungkin kerana perempuan ni dah berjuta tahun asik masak untuk lelaki, jadi sekarang diorang dah malas nak masak lalu skill memasak terus hilang. Mungkin juga kerana lelaki lebih kreatif. Yang pasti, chef lelaki lebih tersohor. Tak percaya? Kalau lu google perkataan "chef", rata-rata semua nama lelaki aje yg keluar.
Antara skill memasak yg gua agak "king" dulu ialah masak lemak cili padi. Kaler kuning boleh, merah boleh malah masak lemak cili api tak pakai cili pun boleh. Ayam, daging, ikan, semua gua boleh jadi masak lemak. Kalau bagi gua masa skit, kepala otak monyet pun gua boleh jadikan masak lemak. Anak kucing aje gua tak sanggup, sebab bila dia mengiau-ngiau nangis tu, nampak comel. Kasihan dia.
Sekarang, skill gua hanya tinggal masak nasi pakai rice cooker (masak dalam periok biasa susah skit. Kena tengok jenis beras jugak. Basmathi faiza ke, cap rambutan ke atau brand Dato' Jalaluddin Hassan jadik model tu ke baru boleh agak sukatan air dengan pakai jari telunjuk), goreng telor dan masak maggi.
Skill memasak yang paling latest gua master ialah skill masak mee goreng "Sedap". Tu pun sebab wife gua malas memasak time-time pregnant ni. Kalau tak, nak pasang api kat dapor gas pun gua dah tak ingat.
Mee goreng brand "Sedap" memang sedap.

Wednesday, February 03, 2010
Bukan Calang-calang Teori
"Cengkerang belangkas boleh jadi pendinding isi rumah dari ilmu hitam".
PhD dalam teknik kehidupan macam ni memang menghairankan gua. Teknik research yang digunapakai pencipta teori diatas sangat sesuai untuk di turunkan kepada "saintis-benci-peragut-beg".
"Letak sehelai bulu burung merak sahaja dalam mana2 bahagian rumah, sekor cicak pun takkan pot rumah tu".
Ni satu lagi teori yang memang terbukti berkesan tapi sapa yang jumpa teori ni memang gua respect. Gua rasa burung merak kat malaya ni ada dalam zoo aje, mana sempat dia nak kaji ciri2 musuh biologi bulu merak.
Siapakah pencipta "teknik ajar kucing berak dengan memakai lidi berukuran panjang ekor kucing" tu lagi memeningkan kepala otak gua yg belah kiri (gua bukan kidal).
Teori yang gua cipta sendiri tak sehebat mana. Contohnya pakai kredit kad boleh dapat sakit jantung dan juga jgn sekali2 cari duit syiling untuk bayar tiket masa nak menghampiri tol kat highway, takut tak sempat brek terus langgar kereta depan. Guna duit kertas sahaja.
Senang kan?

I Know Its Late
Going through my bedtime routine, as I switch off the tele and plug in my mobile charger, I lay. I close my eyes and usually doze off but that is not the case tonite.
Its dark and the only thing that's breathing light is the astro decoder in standby mode. Joyfully telling me the time while I watch in vain the digits, counting its blink to tire my brain and hurry up sleep.
1 blink, 2 blink and a hundred blinks later I am still wide awake.
I turn to my wife but she is happily baby snoring in lala land maybe dreaming of our baby boy, at this very moment tuck deep in her tummy.
I tried counting sheeps but the sheep turned into cows and the cows turned into buses.
Now I am truly convinced that I need air-conditioning.
To hell with ozone and the environment!

Tuesday, February 02, 2010
Bahasa Budaya Bangsa - Part II
Member gua, nickname dia jawe budak terengganu. Bukan sebab berdarah jawa. Mana ada orang terengganu keturunan jawa. Jawa ni ramai belah pantai barat. Sabak bernam, banting, muar, batu pahat. Taiping ramai orang sumatera. Lu jgn samakan orang jawa dgn org sumatera. Marah diorang.
Jawe pernah siapkan kertas exam bahasa inggeris awal. Bila dah siap, dia terus nak keluar dewan. Guru mengawas tegur dia, " be patient. Wait". Jawe terpinga-pinga usha guru tu. Guru tu cakap lagi, "be patient".
Jawe dengan tenangnya jawap balik," why be a patient? I not sick.".
Result exam tu gua takyah ceritalahkan. Kenapa jawe keluar awal dari dewan pun gua takyah explain.
Akhir kata, kepada mereka yang bernama Choo, layan lah lagu wondergirls yang berbunyik, "I want nobody. Nobody but choo!"

Monday, February 01, 2010
Binatang Yang Vampire Tak Minat
Antara banyak2 binatang yang tak der darah ni, gua paling menyampah lipas. Nyamuk di tempat kedua pada jarak satu "quark". Apa dia satu "quark"? Sila wiki.
Semut gua tak nyampah sangat sebab diorang ni ada dalam al-quran. Lagipun semut ni setia pada koloni. Berkerja keras demi kebaikan semut sejagat. Sayang kan permaisuri semut. Jalan ikut line aje. Tak bersepah-sepah kecuali kalau tugas dia "riki" line atau "riki" gula sebutir dua yang ada atas lantai atau meja. Yes, semut ada jadual harian, ada jadi jaga, jadi cleaner, jadi P.A. Gua tak pasti kalau semut yang made in Indonesia perangai sama macam human counterpart dia. Harap2 jgn lah.
Lipas ni lain. Ikut suka nak merayap kat mana saja. Dalam kasut pun ada. Bila nak bertelur, kecoh satu rumah dia terbang. Siap menyinga-nyinga kepak kembang kaki terjongket.
Lu jangan makan bersepah dalam kereta kalau tak sisa makanan yg berterabur tu lipas kutip. Ntah dari mana dia datang, gua pun tak tau. Takda pulak gua tinggalkan pintu atau cermin kereta terbuka. Semut yg ditugaskan untuk riki makanan pun takkan riki sampai dalam kereta.
Lipas ni pengotor skit. Tempat yang ada bau ba'eng tu dia suka. Celah2 jamban, tong sampah berlendir. Eeeee. Lu jarang jumpa koloni semut kat tepi lubang jamban. Yelah, dia pun tau mana ada orang yang akan tumpah gula atau makanan kat dalam jamban. Tak pernah gua dengar orang makan donut dalam jamban. Bulan puasa ada lah kut.
Nyamuk di katakan telah lali dengan ridsect. Perangai nyamuk ni takyah gua komen lah, memang sakit hati dibuatnya. Saintis tempatan sedang cuba cari jalan penyelesaian dengan menggunakan virus sebagai pembunuh nyamuk. Bagus jugak kepala otak saintis tempatan ni, Malaysia memang bowleh. Asik2 nyamuk aje inject malaria dan denggi, lu punya turn la pulak kena inject. Sampel nyamuk yang telah diinject dengan virus telah dilepaskan dikampung kat kedah. Ntah ye ntah tak.

Subscribe to:
Posts (Atom)