Kalau nak anak lu selalu dapat nombor satu dalam kelas atau pandai bersukan atau kedua-duanya sekali, tip nya senang sahaja.
Beranaklah di antara bulan Januari hingga Mac.
Sistem secara am nya akan golongkan anak-anak ikut tahun kelahiran mereka tanpa mengira dalam bulan manakah beliau dilahirkan.
Kadar pertumbuhan otak dan fizikal mereka yang lahir bulan Januari dan yang lahir bulan Disember agak berbeza. Yg lahir lebih awal mempunyai pertumbuhan yang lebih matang.
Umum mungkin faham kelebihan ini bila tiba waktu peperiksaan. Mat Januari otak dia 11 bulan lagi maju dari Mat Disember.
Persoalannya sekarang, kenapa dalam sukan pun ada kelebihan?
Kebiasaannya pemilihan mewakili sekolah akan dibuat mengikut kelas tahun. Setiap kali pemilihan dibuat, Mat Januari yang ada kelebihan pertumbuhan fizikal dan mental akan senantiasa dipilih kerana kelebihan mereka ini. Kuat dan bijak. Oleh kerana selalu dipilih mewakili sekolah, mereka akan mengumpul pengalaman dan latihan mereka dan secara am nya mereka lebih bagus bersukan dari Mat Disember.
Pelari pecut sekolah gua dulu nama dia naim. Dalam gambar diatas, gua rasa gua takyah cakap dia yang mana satu pun lu orang dah boleh agak. Dia dah arwah, meninggal 2 tahun lepas kerana denggi. Al-Fatihah. Rekod lari 100meter Majlis Sukan Sekolah Sekolah W.Persekutuan (MSSWP) bawah 12 tahun masih arwah yg pegang. Dia lahir bulan Januari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
aku lahir bulan mac wehh hahaha
ReplyDeleteBday lu la tak lama lagi eh? Bestnya.
ReplyDeleteSape kat sini kaki bola ? minat manu?chelsea?arsenal?liverpool?jom lawat n join kat sini skrg http://fantasifutbol.blogspot.com
ReplyDelete