Wednesday, February 17, 2010

Flying Cars

Ada cerita dongeng yang mengatakan "seekor rama-rama yang mengibaskan sayapnya di hongkong, boleh mengakibatkan taufan di miami".

Sebenarnya ni bukan dongeng tapi teori sains. Gua pikir2 balik, mungkin mat teori tu ada asas.

Orang kata bila internet ada, orang takkan beli suratkhabar sebab semua boleh baca secara percuma di alam cyber. Tapi bila internet dah berleluasa tanpa kawalan di malaya gua dapati banyak pulak kes rogol dan liwat dalam tabloid dan berkadar-terus dengan itu, harian metro sangat maju.

Kalau kereta dah boleh terbang macam helikopter pulak macamana?

Pertama sekali, syarikat PLUS akan bungkus. Kereta dah tak perlu jalanraya. Kemudian semua perniagaan yg berkaitan dengan jalanraya pulak akan mati.

Side mirror kereta juga akan pupus. Semua kereta perlukan radar dan pengesan berkuasa sonik macam kelawar supaya jangan berlaku perlanggaran. Kereta juga boleh di design tanpa mengira lefthand drive atau righthand. Stereng kereta tak mungkin lagi bulat kerana perlukan pusingan 360 darjah, ke atas, ke bawah, ke kiri dan ke kanan.

Tayar masih pakai untuk landing sekali sekala oleh itu penoreh getah masih boleh terus menoreh.

Apalah agaknya akan jadi pada jalanraya yang dah tidak digunapakai tu nanti? Cuma gua berharap sangat agar jgnlah sistem komputer dalam kereta tu nanti pakai Microsoft Windows. Asik crash aje.

6 comments:

  1. x boleh nk imijin arr
    tp aku rasa klu boleh la elok kete mahal2 je yg boleh terbang..yg x mampu pandu kete guna jln lagi..bkn pe kurang ckit sesak hehe kete2 mahal selalu beso2 dan pjg kan..hikss

    ReplyDelete
  2. jalan raya jadi padang futsal udah le..

    ReplyDelete
  3. kalau kereta dah terbang,

    apa guna cabaran off road.

    kompeni jual kereta 4by4 konfem bankrap.
    salah satu cabang sukan pupus.

    cuba imajin,
    kereta terbang dekat off road.

    semut pun tak mati lah.

    ReplyDelete
  4. Hari ni hari golf gua. Esok gua free skit gua bikin geng.

    ReplyDelete