Monday, February 01, 2010

Binatang Yang Vampire Tak Minat

Antara banyak2 binatang yang tak der darah ni, gua paling menyampah lipas. Nyamuk di tempat kedua pada jarak satu "quark". Apa dia satu "quark"? Sila wiki.

Semut gua tak nyampah sangat sebab diorang ni ada dalam al-quran. Lagipun semut ni setia pada koloni. Berkerja keras demi kebaikan semut sejagat. Sayang kan permaisuri semut. Jalan ikut line aje. Tak bersepah-sepah kecuali kalau tugas dia "riki" line atau "riki" gula sebutir dua yang ada atas lantai atau meja. Yes, semut ada jadual harian, ada jadi jaga, jadi cleaner, jadi P.A. Gua tak pasti kalau semut yang made in Indonesia perangai sama macam human counterpart dia. Harap2 jgn lah.

Lipas ni lain. Ikut suka nak merayap kat mana saja. Dalam kasut pun ada. Bila nak bertelur, kecoh satu rumah dia terbang. Siap menyinga-nyinga kepak kembang kaki terjongket.

Lu jangan makan bersepah dalam kereta kalau tak sisa makanan yg berterabur tu lipas kutip. Ntah dari mana dia datang, gua pun tak tau. Takda pulak gua tinggalkan pintu atau cermin kereta terbuka. Semut yg ditugaskan untuk riki makanan pun takkan riki sampai dalam kereta.

Lipas ni pengotor skit. Tempat yang ada bau ba'eng tu dia suka. Celah2 jamban, tong sampah berlendir. Eeeee. Lu jarang jumpa koloni semut kat tepi lubang jamban. Yelah, dia pun tau mana ada orang yang akan tumpah gula atau makanan kat dalam jamban. Tak pernah gua dengar orang makan donut dalam jamban. Bulan puasa ada lah kut.

Nyamuk di katakan telah lali dengan ridsect. Perangai nyamuk ni takyah gua komen lah, memang sakit hati dibuatnya. Saintis tempatan sedang cuba cari jalan penyelesaian dengan menggunakan virus sebagai pembunuh nyamuk. Bagus jugak kepala otak saintis tempatan ni, Malaysia memang bowleh. Asik2 nyamuk aje inject malaria dan denggi, lu punya turn la pulak kena inject. Sampel nyamuk yang telah diinject dengan virus telah dilepaskan dikampung kat kedah. Ntah ye ntah tak.

6 comments:

  1. saintis dalam cter cloudy meatball tu lagi kool la kalau nak banding nagn saintis kat malaya ni, satu lagi Doogie Howser md pon lagi hebat dari doktor HKL..Hidup Neil Patrick Harris.

    ReplyDelete
  2. Saintis muda berbeza dari saintis tua.

    ReplyDelete
  3. aku tak suka lipas terbang tp aku rindu nk kena gigit nyamuk ekeke :)

    ReplyDelete
  4. awak ada penyakit la biola....penyakit suka kena inject. :P

    ReplyDelete
  5. x lah tp mmg sungguh nyamuk mmg x gigit aku pun..masuk la semak mana pun hahaha untung kan ekeke

    ReplyDelete
  6. Darah lu pahit kut. Takpun peluh lu bau ridsect. ;-)

    ReplyDelete