Monday, February 08, 2010

Irama dan Lagu

Last weekend gua teh tarik dengan member2 skolah gua. Kitorang ada plan mau bikin 2011 ride motor pusing pusing Malaya selama seminggu. Male only. Takleh bawak wife. Macam cerita hollywood "wildhogs" tu lah konon-konon.

Anyway, terselit lah cadangan salah sorang dari member gua ni untuk kitorang bikin satu lagu tahun ni, jamming reramai dan buat recording kat memana studio. Lagu ni kira lagu tema untuk ride tahun depan. "Hek elleehhhh...", kata gua.

Kitorang semua kaki jamming dulu2 lah. Kat bandar Kangar ada satu-satunya studio kat perlis. "Studio Seven" namanya. Tak semegah langsung studio tu. Dinding penebat bunyi dia pakai bekas telor ayam tu aje. Dhaif betol. Guitar bentok bintang dengan string dah berkarat, drum pun dah macam ketok kayu. Microfon shape aiskrim cone Mcdonald satu scoop. Geli gua nak pegang part bulat kat microfon tu. Macamana member gua si johan lead singer tu boleh nyanyi siap melekat bibir kat mic tu pun gua tak tau. Ntah ntah ada virus hepatitis. Sampai sekarang si johan tu punya bibir dan lidah suka letak kat merata-rata tempat, sulit atau pun tidak, johan macam aiman, tak kesah.

Berbalik pada cadangan buat lagu tadi. Member gua cadang main old-skool rock macam led zeppelin. Gua usulkan main style "hop-hollo".

Member gua tanya, "apa barang tu hop-hollo?".

Gua jawap, "Mana gua tau, lu ingat orang tau ka apa itu hip-hop, apa itu blues? Kita belasah lah konsep baru tanpa makna, hop-hollo".

"Hop-hollo" berteras kan rock orang tua ada campur alkaline jazz skit. Tajuk2 lagu pun kitorang dah setuju.

1) Tua kutuk (Judul album)
2) Kami tak nak sedar diri
3) Pakai tongkat lah kawan
4) Lutut ku tak kuat lagi
5) Pencinta viagra (lagu ni gua rasa mesti hit sebab ada unsur unsur percintaan)

"Apa nama band kita? Tak nak pakai backing vocals awek chun muda remaja pakai seksi2 ke?", tanya sorang member gua.

"Nama band kita, I Am Uncle Husin", kata gua.

"Backing vocal ajak anak pompuan sulong lu aje lah. Save skit duit", tambah gua lagi.

Sekarang, kalau korang nampak belia2 tua lepak kedai mamak, luorang dah tau apa topik perbincangan. Kalau tak cerita pasal awek, cerita pasal macamana nak jadi orang siuman tapi giler tak nak sedar diri.

8 comments:

  1. ..noo...not I Am Uncle Hussin..Sugar&Daddies sounds better..more oomph...:)

    ReplyDelete
  2. oooo... gitu perbualan orang2 tua yek...

    ReplyDelete
  3. gua pon jamming gak, tapi gua biasa jam di dewan philiharmonik aje..

    ReplyDelete
  4. peh tu dalam studio seven tu yang nak jamming nyer 5 orang je, tapi yang menyibuk, 20 orang kan? kannn? kannnn?

    Erk..boleh I calonkan lagu ciptaan I untuk album ni? Uban Boleh Cover..rasanya boleh hit gak nih..

    ReplyDelete
  5. biola.. tua gak lah banding dgn lu.

    fikiran.. philharmonik tu tukang sapu aje gaji lebih dari gua.

    wifey.. lu memang cerdik. Menyibuk hisap rokok 10 orang, nyibuk dengar2 5 orang. Kalau ada lirik, kasik la. Bole selit dalam second album release.

    ReplyDelete