Tuesday, February 09, 2010

Ekonomi 101

Bila ekonomi makin merudum, gua tak risaukan masalah kenaikan harga makanan kerana kita boleh ikat perut. Kurangkan makanan atau cari penganti kepada makanan ruji yang sedia ada. Perut pun jadi slim, takyah makan ubat. No problem.

Yang gua risaukan ialah masalah sosial yang bakal kita hadapi. Dari beberapa kajian ekonomi yang gua ada baca, dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, manusia akan mencari sesuatu yang bikin duit tapi memerlukan usaha yang sedikit.

Lelaki yang bodoh akan bertukar menjadi lelaki perompak, peragut bag dan pemeras ugut. Perempuan bodoh susah nak jadi golongan ni sebab risikonya tinggi skit. Perempuan secara umumnya tak suka risiko yang sangat tinggi.

Manusia yang bijak tapi kepercayaan kepada tuhan itu kurang akan memproses dadah kimia belakang rumah untuk dijual pada masyarakat. Mereka juga akan buat barang2 pirate cetak rompak tapi jual pada harga pasaran. Contohnya sparepart kereta, rokok dan duit. Yer, duit pun kena palsu.

Manusia yang bodoh mahupun bijak tapi kurang kekuatan mental akan mula menghisap dadah untuk melupakan kesusahan diri dan keluarga. Minum arak kerana mereka fikir itu jalan keluar dari kesusahan mereka.

Manusia jahat yang ada duit akan mempertingkatkan rasuah untuk menghalalkan bebenda haram dari sudut agama atau undang2. Manusia ada kuasa yang gila duit akan mula ambil rasuah2 ni. Tak kira apa barang pun, diorang akan luluskan sebab kena rasuah. Rumah urut haram, kasino haram, karaoke haram. Semua bebenda haram akan jadi halal sebab rasuah.

Perempuan bodoh akan mula terjebak bekerja partime dipusat karaoke dan seterusnya kerja fulltime menjadi "escort" secara peribadi. Cantik atau tidak wanita itu, bukan penentu. Dalam ekonomi ini, prinsip utama ialah kalau ada permintaan pasti ada bekalan.

Manusia kaki penipu akan terus meningkatkan usaha mereka menipu. Mak dengan bapak dia pun dia sanggup tipu. Curi geran tanah, tipu geran tanah. Mak ayah dia usaha keras nak dapat harta serba sedikit, di tipu anak sendiri. Semua demi wang.

Lelaki dan wanita yang gua sebut kat atas akan ada wang, bawa kereta mewah plate gempak2 macam WUA 8, WUA 88, BAB 1. Apabila kitaran ekonomi pulih dan berada di puncak, mereka ada kelebihan kerana mereka ada duit. Dengan duit yang mereka kumpul dulu mereka akan mula menguasai persekitaran mereka pula.

5 comments:

  1. huhu mcm baca buku ekonomi lak aku rasa hehe lenkali ko masukkan sekali keluk2 dd dan ss hehe

    ReplyDelete
  2. gua nampak tajuk entry lu EKONOMI je, gua terus teringat lecturer gua En. Ahmad Mahir. potong siot.

    terus tak nak baca.

    ReplyDelete
  3. gua amek pper ekonomi sem ni..
    mcm hram jadah sshnye..

    lu cite lagi gua phm..

    ReplyDelete