Thursday, February 18, 2010

Sulit dan Terhad

Bila terbaca posting ni, gua teringat teknik bercakap secara "encrypted". Bercakap cara ni perlu bila ada anak-anak buah lu yg masih kecik dan belum faham erti kehidupan dok main chak! chak! tepi lu.

Yer, anak anak kecil belajar berkomunikasi dari ibu bapa mereka. Pada kebiasaannya mereka akan mulakan dengan mengikut apa yg mak bapak dia ajar.

"Mammm Maaa. Cuba adik cakap, Mammm Maaa", adik ipar lu cuba ajar anak dia cakap Mama.

"Papp paaa. Cakap cepat, Papp paa", adik ipar lu yang sama cuba ajar anak dia cakap papa.

Papa baby tu buat derk aje dok sebok main X-Box. Lelaki yang ada sifat penyayang dan suka mengajar ni sangat rare.

Lama kelamaan anak2 ini akan tangkap apa saja yang lu cakap dan tiru bulat-bulat macam burung kakak tua, tanpa faham apa maksudnya. Dalam kes posting yang gua dah link kat atas, "ceks ceks ceks".

Lepas dah faham maksudnya pula, mereka akan suka bercerita apa yang mereka nampak mak bapak dia buat pada sesapa saja yang mereka suka nak cerita. "Asu, tadi mami kentut kuat", cerita anak lu pada maksu dia dengan nada yang tidak bersalah langsung. Setakat cerita pasal kentut ok lagi, kan?

Teknik bercakap secara encrypted ni mudah saja. "Cipher algorithm" nya ialah penambahan satu sukukata selepas setiap suku kata, dimulakan dengan huruf F dan ditambah dengan bunyi vokal yang sama seperti bunyi vokal suku kata asal.

Heh? Apa lu merepek ni brader?

Contoh, "Jom Tengok Wayang" akan berbunyi "JomFom TengFeng NgokFok WaFa YangFang".

Ayat jom tengok wayang ni penting bila lu malas nak bawak anak lu pergi sama kerana bila masuk panggung, tak sudah sudah tanya lu soalan soalan berasaskan cerita yang sedang lu khusyuk tengok. "Kenapa Avatar tu muka dia macam kucing tapi perangai macam monyet daddy?". Geram gua.

Kalau nak bercakap secara encrypted depan mak gua, senang aje. "You ask your mother to go to ayah chor's kenduri next week, not me", kata gua pada adik gua masa tengah lepak lepak minum petang kat serambi umah mak gua. Mak gua rilek aje baca suratkhabat Harakah edisi terkini kat depan TV.

3 comments:

  1. btol2 byk yg bdk2 skang cete mende yg tak sepatutnya psl mak bapak dia huhu

    ReplyDelete
  2. JeFuhNuhFuh LaFa CaFaKapFap GiFiNiFI. LiFIDahFah DahFah BerFerSimFimPulFul...

    aiyoh..

    *menangis meraung air mata keluar macam air terjun*

    ReplyDelete
  3. biola: kalau yg x-rated tu leceh.

    wifey: cafakapfap mafamcamfam tufu bifilafa perferlufu aje. Kalau tidak orang kata lu sengal.

    ReplyDelete