Friday, July 15, 2011

Clarke Gable

Sewaktu didalam perjalanan ke tempat kerja pagi semalam isteri saya bertanya, "rizab minyak dalam tanah kita ni banyak lagi? Kalau dah habis macamana?"

Soalan seorang insan yang risaukan masa depan anak. Maklumlah, kalau minyak dah takde, anak dah besar nanti naik apa? Kuda?

Saya jawab, "rizab minyak kita ada lagi tapi kalau dah habis nanti tentu ada tenaga alternatif seperti elektrik atau tenaga dari air (tenaga hasil pemecahan Hydrogen Bonding dalam H2O)."

Bila saya fikir balik, apa salahnya kembali naik kuda?

Tak perlu fikir pasal servis kuda. Paling-paling pun trim bulu tengkok kuda dan servis ladam. Makanan kuda tak lah mahal sangat rasanya.

Make-up kuda tak seteruk make-up kereta. Takde spoiler, skirting, rim 18 inci tayar low profile, ekzos bising dan cermin tinted. Make-up kuda paling power pun pakaikan kuda tu baju dan tampal sticker "Arsenal FC" kat bontot kuda.

Plate pun tak perlu. JPJ dan polis trafik pun tak perlu. Kalau ada roadblock, sentap tali kuda lompat atas kepala brader polis. Wow!

Anjakan paradigma yang agak radikal diperlukan disini dan nama kuda saya nanti ialah "Clarke Gable".

7 comments:

  1. bila sampai waktu tu, lumba kuda agak2 jadi legal tak?

    ReplyDelete
  2. *tepuk dahi*

    alahaaaiiii.... why?

    ReplyDelete
  3. Beli sekor jantan sekor betina, lama-lama dapat satu stable kuda. Perghhhh ....

    Dr: mungkinlah, mungkin.

    Eric: Lumba kuda memang boleh, judi lumba kuda tu yang takbule.

    Gayah: Kuda boleh bercakap dalam magazine Gila-Gila namanya itulah.

    ReplyDelete
  4. najis kuda?

    kuda x berapa seswai nk idup dlm suasana mesia. kalo dua tiga bulan beli pastu mati kena slalu beli kuda lain ka?

    ReplyDelete
  5. Hmmm saya memang teringin ada kuda walaupun belum pandai naik lagi. Kuda sesuai untuk perjalanan jarak dekat shj, mungkin dari Kajang ke Rawang. Untuk ke Ipoh atau ke tempat yang lebih jauh kita memerlukan "Appa" sky bison yang dinaiki oleh Aang dalam cerita "The Avatar".

    ReplyDelete
  6. Noona: kalau kuda dah banyak, takkan takde klinik kuda? Bab najis kuda memang tricky skit kerana bandar New York diawal 1900 memang ada masalah dengan benda alah tu.

    Wiz: binatang dalam cerita avatar tu makan apa pun kita tak tau. Buatnya makan budak kecik. Naya, naya.

    ReplyDelete