Wednesday, July 20, 2011

Peniaga Pasar Malam

Anak saya dah pandai berjalan. Baru pandai berjalan 3 hari dah memandai nak berlari. Bila tergolek langgar kaki meja, nangis. Comel aje dia nangis. Geram saya. Akibat geram, saya tepuk-tepuk kaki meja yang anak saya langgar tu. "Jahat! Jahat!" saya marahkan kaki meja dengan anak saya memandang kaki meja yang sama lalu mula surut menangis.

Senang betul budak-budak kena trick.

Pasar malam dekat kawasan rumah saya seminggu ada dua kali. Satu di kawasan yang ada 7-eleven, satu dekat kawasan Esso station berkembar.

"Satu barang, satu ringgit. One thing, one ringgit!" Jeritan yang sentiasa membuatkan saya tersipu-sipu seorang diri ketika di pasar malam.

Nampak gayanya anak patung angry bird sudah mula membanjiri pasar malam sementara kuih-muih untuk raya belum mula dijual.

Ramai juga orang yang pakai crocs palsu. Macamana saya tahu itu palsu? Pattern macam crocs tapi jenama "Amporlo". Come on lah, takkan takde orang perasan kepalsuan itu?

Pasar malam seperti kebiasaan hujung bulan belum gaji, lengang. Orang yang ada pun beli barang ala-kadar dan membawa satu atau dua beg plastik ditangan sahaja. Namun walaupun begitu, pihak penjual tetap tersenyum dan girang berjual.

Peniaga pasar malam bukan dari golongan orang kaya yang buka kedai di Pavillion. Kalau di Pavillion, kedai tidak laku pun tidak mengapa. Kenapa? Sebab duit mereka memang banyak. Entah-entah memang kedai itu dimajukan untuk menghalalkan duit yang haram. Kepada peniaga pasar malam sentimen ekonomi akan merudum mungkin tidak pernah terlintas difikiran mereka. Itu semua tidak penting. Yang penting ialah mencari sesuap nasi dan ada tempat untuk berteduh.

Pasar malam ialah salah satu tulang di belakang ekonomi negara. Saya sangat sukakan peniaga pasar malam kerana mereka mungkin golongan yang paling optimis dalam hidup. Saya doakan mereka berjaya dan tidak tinggalkan solat magrib ketika sebok meniaga.

7 comments:

  1. aku plan nak jual soya ramadan nanti. tapi jenis malu. macam mana tu?

    apapun, soya adalah makanan yang berkhasiat, dan bagus untuk otak.

    ReplyDelete
  2. Meniaga mana boleh malu dik. Lagi pun apa yg nak dimalukan?

    Soya memang sedap.

    ReplyDelete
  3. saya pun suka pasar malam umah saya. saya aminkan doa awak.

    ReplyDelete
  4. saya menjual kaspersky, untuk keterangan lanjut sila ke http://www.technodinz.co.nr/

    ReplyDelete
  5. Mendiang Seva dari AVP asia yg jual kaspersky tu kawan saya. Dia org baik. Tetiba teringat kat dia.

    ReplyDelete
  6. Saya pemakai kasut crocs palsu dan tanpa silu saya mesti akan memberitahu orang kepalsuan crocs saya itu.

    Selebih duit hasil penjimatan belian crocs palsu saya salurkan untuk belanja sekolah anak2.

    Tapi untuk yg merokok dia akan salurkan untuk tembakau dia.

    wiz

    ReplyDelete
  7. Kita ialah pemborong barangan am, banyak barang-barang sesuai dijual di Pasar Malam, Online Seller, Kedai Logam, Kedai barangan am.

    Mari sini >>>> http://www.facebook.com/pages/TW-Retails-Wholesales-%E5%B9%BF%E5%B7%9E%E9%9B%B6%E5%94%AE%E4%B8%8E%E6%89%B9%E5%8F%91/222725814429436

    ReplyDelete