Tuesday, August 16, 2011

Hantu Gemuk

Saya tak berapa gemar tengok cerita hantu. Cerita hantu ni tak berwawasan. Ia cuma memperkotak-katikkan perasaan orang yang menengok dengan memainkan lagu-lagu dan sound effect terkejut waktu babak ngeri. Apa ni? Apa agenda yang nak dicapai? KPI diorang nak kasi orang mati sakit jantung sehari seorang ke?

Anyway, hantu dalam filem takde yang gemuk. Setakat yang saya tengok lah.

Pada pendapat saya penampilan mutu dan kualiti hantu sebagai makhluk yang buruk dan busuk amatlah bersesuaian. Hantu pun memang asalnya manusia yang jahat jadi bila mereka mati, kejahatan itu dilahiriahkan dalam bentuk fizikal mereka.

Yang saya nak marah tu kenapa tak jadikan hantu ni sebagai sesuatu yang gemuk? 250kg mungkin. Ini tidak. Semuanya kurus, slim, berat badan 40kg, jumlah luas permukaan per isipadu yang solid dan tinggi per kilogram yang perfect (kecuali hantu galah).

Apa ni? Tolong lah kasi diorang gemuk.

6 comments:

  1. kalo gemuk dorang tak mampu nak terbang - bagi pontianak la.

    kang semput lak nak kejar-kejar manusia

    ReplyDelete
  2. gimme 5 eLL, aku pun ada point yang sama.....hantu gemuk akan tambah kos produksi sesebuah filem.....kena pakai kren kut untuk scene terbang...

    ReplyDelete
  3. Ok lah. Let hantu female kurus tapi hantu male gemok. Half the cost saved.

    ReplyDelete
  4. hahahaha...then, sesuai gambar melayu aja lah...sebab vampire perempuan semua gambar melayu aja...hahahah

    ReplyDelete
  5. Lu sesuai sbb lu gemok!

    ReplyDelete
  6. tapi kalau pocong gemuk, nnt da macam kuih pau melompat pulak... aishhh...

    ReplyDelete