Friday, January 29, 2010

Hongkey

Sebelum gua amik A-Levels dulu gua kena pergi latihan bahasa inggeris kat seremban. Semua budak2 MRSM dari serata pelusuk malaya yang amik jurusan ni kena pi kursus tu.

Masa tu english gua haprak lagi. Sekarang ni dah ok skit mungkin kerana terlalu banyak tengok dvd yang ada sarikata. Tengok sarikata, tengok mulut pelakon, dengar apa dia cakap pastu cuba fahami konteks perbualan tu.. Penat juga. Lelama sebab dah penat, tengok muka pelakon aje lah. Sepatah haram dia cakap pun lu dah malas nak amik tau. Lantak lu la brad pitt.

Tapi kalau dvd cetak rompak, sarikata langsung tak sama dengan skrip filem. Ni mesti angkara lanun pakai singlet, rambut hongkey tak reti cakap inggeris buat sarikata. Cakap melayu pun tunggang-langgang ada hati nak alih bahasa. Masa kita nak beli dvd tu, sebok dok cakap gambar kualiti gred A la, manyak cantik wooo la. Saja nak alihkan perhatian kita dari menanyakan samada sarikata dalam cerita tu ok ke tak.

Meniiipppuuuu aje kerja korang ni..

6 comments:

  1. DVD Spiderman tak hengat no bape:

    "Peter Parker"

    dialihbasekan ke...

    "Peter si pemarking kereta"

    ?????

    ReplyDelete
  2. Takpa jugak. Kalau "itu adalah keadaan keatas sini", amacam? Satu hapah pun gua tak faham.

    ReplyDelete
  3. hahahahhahahaha

    vodo okay!!! cite hapa keadaan keatas sini tu???

    ReplyDelete
  4. hikss aku ingat dia guna google translate la weh wakakaka :D

    ReplyDelete