Friday, February 05, 2010

Masak-masak

Masa gua jadik student kat tempat yg ada keretapi iras iras LRT yang dipanggil "tube" dulu gua pandai masak. Gua pasti skill memasak ni bukan macam skill naik basikal. Naik basikal kalau sekali dah pandai balance badan dan tak eh eh eh lagi, lu terus jadi pandai sampai bila bila.

Skill memasak ni lu kena selalu asah. Selalu amalkan. Kalau lu tinggalkan sebulan aje, jahanam masakan lu. Berapa sudu garam, gula, halia, nak pakai santan ke tak, nak pakai cili merah ke capsicum merah. Semua kena latihan.

Lelaki memang lagi terer dari perempuan bila masuk bab memasak ni. Lelaki ada "feel" skit bila masak. Perempuan pula hanya ikut buku masakan yang disalin pakai pen dari rancangan chef wan dan tak berani nak tambah barang secukup rasa. Mungkin kerana perempuan ni dah berjuta tahun asik masak untuk lelaki, jadi sekarang diorang dah malas nak masak lalu skill memasak terus hilang. Mungkin juga kerana lelaki lebih kreatif. Yang pasti, chef lelaki lebih tersohor. Tak percaya? Kalau lu google perkataan "chef", rata-rata semua nama lelaki aje yg keluar.

Antara skill memasak yg gua agak "king" dulu ialah masak lemak cili padi. Kaler kuning boleh, merah boleh malah masak lemak cili api tak pakai cili pun boleh. Ayam, daging, ikan, semua gua boleh jadi masak lemak. Kalau bagi gua masa skit, kepala otak monyet pun gua boleh jadikan masak lemak. Anak kucing aje gua tak sanggup, sebab bila dia mengiau-ngiau nangis tu, nampak comel. Kasihan dia.

Sekarang, skill gua hanya tinggal masak nasi pakai rice cooker (masak dalam periok biasa susah skit. Kena tengok jenis beras jugak. Basmathi faiza ke, cap rambutan ke atau brand Dato' Jalaluddin Hassan jadik model tu ke baru boleh agak sukatan air dengan pakai jari telunjuk), goreng telor dan masak maggi.

Skill memasak yang paling latest gua master ialah skill masak mee goreng "Sedap". Tu pun sebab wife gua malas memasak time-time pregnant ni. Kalau tak, nak pasang api kat dapor gas pun gua dah tak ingat.

Mee goreng brand "Sedap" memang sedap.

3 comments:

  1. ko masuk tak ada ade contast mee sedap tu..aku nk hadiah no 2 tu je huhu..ngeeee

    ReplyDelete
  2. ceh aku ikhlas gak pas beli baru pasan ada contest hahaha :p

    ReplyDelete