Thursday, February 25, 2010

Masinmu Dan Masinku Tak Sama

Cuaca sangat panas. Bila panas macam ni ada beberapa perkara yang gua akan standby.

Antaranya ialah air minum dalam kereta. Apa apa air boleh. Air mineral boleh, air masak putih boleh, ais kosong pun boleh. Cuma gua nak pesan, jgn minum air mineral yang dah lama terbiar dalam kereta kerana botol plastik yg dah lama boleh mengakibatkan airnya penggalak kanser dan jangan guna tarikh harijadi sebagai password ATM. Senang sangat nak teka.

Simpan air laut dalam kereta untuk minum tu boleh tapi gua tak syorkan sebab air laut ni penambah dahaga dan tak sedap diminum.

Garam dalam air laut lain skit dari garam untuk masak. Kalau otak lu lebih kurang otak udang, cuba try campur garam dalam air kosong dan minum. Lain rasanya dari air laut yang lu selalu tegok masa mandi laut. Bukan itu sahaja. Minum air garam tak tersedak, minum air laut tersedak.

Ikan laut pun tahu perbezaan ni. Faizal, member gua punya ikan laut semua kojol setelah dilepaskan dalam aquarium yang mengandungi air paip campur garam masak yang faizal cikun dari dapur mak dia. Waktu faizal sedang setting aquarium tu gua ada disisi dan gua tenung aje dia dok tambah garam pakai sendok sambil kacau2 kasi larut kemudian rasa pakai mulut. Kesian mak faizal sebab rugi 2 pek garam. Kesian jugak pada ikan laut yang tersiksa sebelum mati. Tak lupa juga kesian gua pada anak2 faizal sebab bapak dia ngokngek masa kecik.

Bila kita kata masin, pandangan kita tentang masin berbeza beza. Datanglah pepatah "rambut sama hitam hati lain2". Satu benda yang gua rasa semua orang akan ada pendapat yang sama ialah rambut samy velu nampak sangat tak ori dan hingga kini gua yakin bahawasanya samy velu ialah ahli politik yang tulen kerana dia tipu rambut secara terang-terangan tapi tak pernah peduli dengan penipuannya itu.

9 comments:

  1. hebat la faizal..
    gua kagum..

    tapi apa celaka kait dgn uncle samy velu?

    ReplyDelete
  2. Saja nak selit nama seorang lagenda.

    ReplyDelete
  3. actually boleh, tapi kena campur bahan lain gak, supaya jadi sama cam air laut.

    tapi aku syak yang ikan tu mati sebab hypo kot? atau hyper. concentration tak betoi.

    ReplyDelete
  4. I say Samy Vellu is metrosexual. Uhuk.
    With that tricky hair-do, he seems one :-)

    Tulen politician walau tipu rambut ?
    Apa pun, he has guts in exploring the female domain without fear of losing his status as real man. Kosher perrr !

    ~mia~

    ReplyDelete
  5. mia-
    1) Gua tak berani nak sentuh seksualiti seseorang kerana itu prerogative dia.

    2) Politician semua kuat tipu. Kita insan biasa panggil "compulsive liar".

    3) Dunia samy memang sangat unik. I will get a signed copy when his autobiography comes out.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. gua dengan samy tak ngam. kami satu kelas waktu darjah 6 anggerik dulu.

    ReplyDelete
  8. rambut sekarang pun dah x byk yg sama hitam hehe

    ReplyDelete