Friday, February 12, 2010

You Ada Faham Ka?

Sekarang kul 2.15 pagi walaupun kadang2 timestamp kat bawah posting gua tunjuk waktu berbeza. Apahal? Ntah.

Gua baru balik dari JB. Apahal? Gua malas cerita tapi yang gua perasan tepi highway banyak pondok polis ala2 khemah majlis kawin bersaiz kenit. Mungkin harga khemah tu kat Tesco hanya rm35, tapi gua predict supplier polis hentak rm3,000 seketol. Susah nak print logo polis kut.

Gua sedang mentelaah sebuah buku yang amat unik bertajuk "Super Freakonomics". Ianya sequel kepada buku yang bertajuk? Cuba teka? Salah, "Freakonomics". Penulisnya 2 ekor yahudi yang berfikiran "out-of-the-box" macam kanak kanak riang ribena. Gua suka. Nama diorang Steven D. Levitt dan Stephen J. Dubner.

Penulisan mereka merapik2 tapi berfakta. Contohnya dalam buku pertama mereka yang gua dah khatam, mereka kaji apa perbezaan cikgu sekolah dengan sumo wrestler. Juga, kenapa pusher dadah masih tinggal dengan mak mereka. Walaupun kajian mereka dibuat di USA dan mungkin takbule digunapakai di malaya, gua tak kesah. Gua peduli semua ni.

Buku sequel ni lagi berapi-api dan gua baru dimukasurat 60. Kalau gua rajin nanti gua share dengan luorang.

Gua akhiri dengan kata2 jiran gua berbangsa cina yang selalu guna kata2 ni selepas dia komplen pasal keadaan ekonomi semasa tempatan, "lepas saya mati itu jam aaaa, saya mau hidup balik lain masa jadik melayu. You..you...you ada faham ka saya cakap?"

6 comments:

  1. wat pe g JB? wakaka len plak yg aku tanya ahakzz

    ReplyDelete
  2. gua syak dua2 yahudi tu gay..
    hahaha..

    ReplyDelete
  3. Mungkin la. Fikir ikut bontot tapi bernas. :-)

    ReplyDelete
  4. Fikir ikut bontot tapi bernas...hahha Beras Nasional di tubuhkan dari bontot2 petani yang diliwat kerajaan dan opportunis...(gua merepek teruk betul)

    ReplyDelete