Friday, January 29, 2010

Hongkey

Sebelum gua amik A-Levels dulu gua kena pergi latihan bahasa inggeris kat seremban. Semua budak2 MRSM dari serata pelusuk malaya yang amik jurusan ni kena pi kursus tu.

Masa tu english gua haprak lagi. Sekarang ni dah ok skit mungkin kerana terlalu banyak tengok dvd yang ada sarikata. Tengok sarikata, tengok mulut pelakon, dengar apa dia cakap pastu cuba fahami konteks perbualan tu.. Penat juga. Lelama sebab dah penat, tengok muka pelakon aje lah. Sepatah haram dia cakap pun lu dah malas nak amik tau. Lantak lu la brad pitt.

Tapi kalau dvd cetak rompak, sarikata langsung tak sama dengan skrip filem. Ni mesti angkara lanun pakai singlet, rambut hongkey tak reti cakap inggeris buat sarikata. Cakap melayu pun tunggang-langgang ada hati nak alih bahasa. Masa kita nak beli dvd tu, sebok dok cakap gambar kualiti gred A la, manyak cantik wooo la. Saja nak alihkan perhatian kita dari menanyakan samada sarikata dalam cerita tu ok ke tak.

Meniiipppuuuu aje kerja korang ni..

Thursday, January 28, 2010

Being Practical

Ringtone "Malaya Tetap Merdeka" nyanyian Zaharah Agos berkumandang dari mobile phone nokia musicexpress 1st generation member gua. Handphone yang diikat dengan gelang getah kerana baterinya yg dah tak ketat dan asik tertanggal-tanggal. Kaler putihnya dah pudar jadik kelabu asap dan merahnya jadi baby pink. I like baby pink tapi seriously, member gua ni memang zuhud. Nama betul dia bukan baber, tapi gua panggil dia baber.

Waktu ringtone tu menghentam gegendang telinga gua, gua usha phone tu atas meja baber sebab nak tau sapa yang telefon. Member gua dalam toilet.

Member gua ni suka buang air besar tatkala masuk ofis. Masuk masuk ofis, on laptop, belum abis boot-up lagi, dia dah bukak kancing seluar nak pi toilet. Gua pun cangitu jugak, tapi selalunya gua biar dia masuk dulu dan tunggu 15 minit selepas dia dah keluar baru gua masuk. Nak kena kasik kadar radiasi dan aroma tu neutral dulu. Baru tenang. Kalau gua yang masuk dulu, tak sempat gua nak letgo, dia dah bising bising luar toilet. Mana boleh tenang.

Balik ke isu handphone tadi.

"Siti Fatimah Isteriku" tertera di skrin serentak dengan ringtone Zaharah Agos. Taste member gua ni memang pelik. Tapi dia zuhud. Gua dah cakap kan?

"Wey, siti isteriku call!" jerit gua pada baber.

"Hhmmm" suara baber sayup sayup. Malas nak bergegas pickup phone lah tu. Kang tak bersih pulak.

Dah selesai return call wife dia, gua tanya, "ber, apsal lu letak isteriku lepas nama wife lu? Lu selalu kena insomnia tak ingat nama bini lu ke?".

Gua memang selalu curious bila benda benda macam ni jadik. Yelah, takkan lu tak tau nama bini lu? Letak ajelah Siti Fatimah dalam phone contact. Kan?

Baber tenung muka gua, pastu dia tengok laptop. Dia buat derk aje.

"Oii...jawap lah", gua herdik dia. Hati gua dah memberontak nak tau ni.

"Gua pernah nampak orang jatuh motor depan gua. Teruk gak keadaan dia. Gua sorang kat situ. Takkan nak biar mamat tu macam tu aje. Gua pun bukak wallet dia, nak tau dia sapa, nak kena call sapa. Yang ada duit skit dengan lesen motor."

"Gua dah agak kelam kabut time tu. Gua call peronda lebuh raya. Tiba-tiba tergerak hati gua nak tengok handphone dia. Bukak contact list, banyak nama. Tapi ntah sesapa punya nama. Nama client ke, apa ke", sambung baber dengan muka yg serius.

"Gua scroll down lagi, ada nama isteriku. Gua pun call isteriku dan cerita keadaan mamat tu yang dah tak sedar diri".

"Lepas kes tu, gua add isteriku lepas nama wife gua. Senang orang nak call kalau apa apa jadi", kata baber tegas.

Sekarang kalau wife gua call, "Princess isteriku 016" akan tertera berselang-seli dengan ringtone classic versi blackberry kat phone gua.

Lu memang practical lah baber.

Wednesday, January 27, 2010

Apa Punya Style Lah

"jgn lp mlm ni lpk mmk 9p. k thx bye"

Translation: Jgn lupa malam ni lepak mamak jam 9 pm ok? Thanks and babai

Apa punya style sms atau lebih corporatenya "text" message ni? Kalau gua tak tau sms ni dari sapa, gua ada masalah terjemahan. Selalunya remaja akan ringkaskan seringkas ringkasnya text dia sebab nak jimat kredit. So, agak-agak gua ni text dari golongan remaja kaki lepak. Untuk lebih tepat lagi, golongan lelaki sebab perempuan jarang pergi lepak mamak. Adakah mereka mat rock atau mat shuffle? Gua tak leh nak drilldown lagi. Susah tuuuu.

"albm hilry df is out!!!!"

Translation: Album Hillary Duff dah release!!!

Ni golongan kanak kanak perempuan yang sangat remaja. Awek yang 20 and above ni tak layan dah hillary duff. That was so 70's. Diorang layan Colby Caillat dan nama nama rare indie yang gua tak pernah tahu wujud pun. Ada kemungkinan text ni datang dari lelaki, tapi nauzubillah jangan lah dari anak jantan gua.

"BLK!!!!"

Yang ni tak payah translation. Ni text dari wife gua suruh balik rumah sebab dah lewat. Yang hairannya bila gua balik rumah aje, jam dinding tunjuk kul 10.30, tak da pun nescafe panas menanti tapi cuma wife gua dok rilek goyang kaki kat rumah depan TV dan line phone dia pulak post paid.

Tuesday, January 26, 2010

Gua Layan Otak Kanak-kanak

Benda halus kita tak nampak sebab diorang dok kat alam satu lagi.

Gua dah standby jawapan bila anak gua dah besar sikit dan tanya gua, "Apa pasal kita tak nampak hantu yer daddy? Dah tanya mummy tapi mummy cakap pergi main game Bomberman PSP4 tu daddy".

Walaupun jawapan gua mungkin salah, tapi jawapan untuk soalan kanak-kanak ni tak semestinya betol. Cukup untuk puaskan nafsu ingin tahu diorang aje. Otak kanak-kanak memang out-of-the-box punya style. Kenapa ayam tak boleh terbang macam burung, contohnya.



Jawapan gua pada soalan hantu anak gua tadi. "Cuba adik tengok dalam rear-view mirror kereta ni adik. Dengan mata biasa, adik nampak kereta tengah bergerak kedepan kan? Tapi dalam cermin tu, adik nampak benda lain gerak ke arah yang berlainan. Satu lagi daddy nak pesan, adik jangan sokong Manchester United, diorang orang jahat".

Sekarang gua tengah terpikir, rear-view mirror cakap melayu apa eh? Bukak kamus dwi-bahasa tak aci.

Monday, January 25, 2010

Sukan Bukan Sokan

Mak gua, nenek gua dan wife gua tak reti sebut "sukan". Diorang sebut sokan. Tak uptodate langsung bunyiknya.

Apa2 jenis sokan pun gua memang suka layan kecuali bungee jumping. Tu bukan sokan, tu kerja giler.

Semalam dato chong wei angkat piala badminton malaysian open 2010 acara single. Tahniah lah gua ucapkan. Handal dia sekarang ni. Gua rasa Lin Dan bukan tak mau join dua super series 2010 yang baru lepas ni tapi tengah kecut perot tengok dato punya menyinga dalam court. Chong Wei sorang2 lawan bergu china yg kalah final semalam pun gua yakin dia boleh menang.

Setengah jenis sokan memang satu bangsa aje yg handal. Badminton permainan orang2 china lah. Taktau lah apsal. Chopstik takde kena mengena dgn skill raket rasa gua. Pembuat raket tersohor ialah orang jepun, tapi tak gak diorang champion. Lumba lari lain lah. Memang nigger yang handal sebab dari dulu diorang asik kena kejar dengan anjing tuan dia.

Melayu takda sokan yg kita pandai. Tak, merempit bukan sokan bang. Tu kerja orang bangang. Orang india hanya tau geleng bila betul, angguk bila salah. Orang2 yg sokong Man Utd tak tau apa apa langsung. Kesian.

Hadiah dan sponsor main peranan dalam pembangunan sokan. Kalau setakat menang dapat medal emas tiruan dan voucher beli barang murah kat Giant, renti kan lah.

Minat pun kena ada untuk maju dalam sokan. Tengok dato nicol skuash tu. Bukan ada sponsorship juta-juta, hadiah pulak taklah ranggi mana tapi dato nicol ann tetap handal. Cuma gua kesian kat bakal laki dia. Dapat gelaran datin.

Rata-rata mamat melayu minat lepak kedai mamak minum teh, minah nya pulak minat mengumpat. Apa cerita?

Bila mak gua sebut "sokan", gua akan tegur baik baik, "bukan sokan mak, suuukann".

"Peti es?" tanya mak gua.

Thumbdrive Besar Bola

Gua dah fedup hilang thumbdrive. Apasal diorang buat saiz kecik2 ni? Bebenda kecik ni memang gua mudah lupa lah lahanat.

Gua nak propose kat Apacer untuk buat thumbdrive besar bola. Gerenti tak hilang.

Saturday, January 23, 2010

Pamela Anderson

Asik-asik drama melayu baru aje mesti cerita hantu. Apahal ni?

Kalau bukan hantu pun, harus ada unsur2 mistik. Bomoh lah, penunggu lah.

Mungkin manusia malaya alaf baru ni ketagihkan sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata dan di sentuh dgn tangan. Satu malaya dah bosan dengan cerita cinta, cerita pakai cgi merapik-rapik, cerita bunuh2.

Gua agak terkejut dengan komen member gua berbangsa china yg kata satu family dia layan cerita "susuk". Dia kata best. Gua sendiri pun tak layan cerita tu.

Bukan sebab gua tak minat, tapi hantu cerita melayu ni tak cool lah. Tak Jennifer.

Dulu2 bolehlah hantu muka horrific, kepala tinggal setengah, perut terburai sambil terbang dan mengilai. Boring.

Kalau gua bikin filem seram, karakter hantu gua ialah hantu kopek. Cerita tentang asal usul hantu kopek. Gua kena buat research skit dan gua akan paksa pelakon bertaraf hollywood untuk bawa watak ni.

Pamela Anderson.

Friday, January 22, 2010

Bahasa Budaya Bangsa

Antara masalah yang dihadapi oleh pengguna bahasa malaya ni ialah kurangnya "Q". Gua tak reti nak terangkan apa itu "Q" secara ilmiah sebab gua bukan linguist. Jadi gua akan terangkan pengamatan gua sahaja.

Ok go!

Bila tengok awek lawa, otak cakap:

1) "Chun awek ni. Kalau la gua leh panjat tingkap bilik mandi dia.." (ni mat rock punya otak cakap)

2) "Cantik wanita ni. Kalaulah ada kedai bunga di sini tentu aku akan belikan untuknya.." (ni mat cintan punya otak cakap)

3) "Perghh.. awek ni kalau pakai birthday-suit mesti baik nih.." (ni mat sex punya otak cakap)

4) "Lawa handbag awek ni!" (ni mat peragut beg punya mulut cakap sebab dia takde otak nak cakap)


"Q" yang gua maksudkan itu ada dalam perkara 3) di atas. Bahasa malaya takde skill untuk membolehkan penggunanya untuk kata "birthday-suit" yang membawa maksud bogel tetapi dengan cara yang berhemah. Takkan nak kata "pakaian waktu lahir". Kejadah.

Thursday, January 21, 2010

Lu Mesti Peduli

Jangan hisap rokok yg filter dia kaler putih. Takut tersilap waktu nak pasang, hujung tembakau dalam mulut, filter lu bakar. Bukan sahaja rugi sebatang rokok tetapi orang lain yg nampak akan label kan lu bebal. Kalau ini terjadi, cover cecepat dan buat muka selamba.

Setengah benda lu tak boleh ambil mudah. Cakap melayunya "take things for granted".

Masa gua muda muda dulu, gua dapat peluang belajar kat luar negara. Belajar tak pandai, meniru aje gua pandai. Eh geng, meniru dan menipu pun satu teknik untuk berjaya. Tengok Bill Gates. Meniru dan menipu juga mesti ada gaya, ada "flair" macam Cyril Takayama.

Time kat luar negara tu, gua pergi skola atau gi town naik keretapi macam LRT rupa parasnya. Orang tempatan sana panggil "tube". Cuma coverage tube ni sangatlah terbaik kalau dibandingkan dgn LRT. Ibarat langit dengan bumi. Naik LRT, lu turun kelana jaya, kena naik bas pulak pergi wisma FAM. Kalau nak "peddle" i.e jalan kaki memang boleh, tapi standby handyplast untuk kaki dan celah kelangkang yg lecet dan juga batang paip besi besar lengan untuk pertahankan diri dari peragut beg bersiri. Nama dia mungkin zack arai (sempena brand helmet tiruan yg dipakainya), joy celak (sempena mata dia yg senantiasa lebam) atau man bingai (sempena otak dia yang dah takda).

Dalam tube, gua selalu adakan pertandingan dengan memember skola gua dulu, teka pintu tube belah mana yang akan buka bila sampai destinasi. Sapa salah kena terajang kat perot. Latihan ala komando untuk "ambik pot keadaan sekeliling anda secara bestari".

Bila kita ambik semua perkara mudah, kita terlupa bahawa ada orang lain yg akan ambik peluang belasah kita.

Tak percaya? Tanya memember gua yg hari hari kena tendang kat perot lepas keluar dari tube station dulu dan juga saki baki pelarian bosnia yang ada kat Malaya ni.

Made In Indonesia

Selain dari rokok kretek, barang2 keluaran Indonesia kurang memberangsangkan. Kretek ni pun kalau lu hisap banyak tak ingat, kena urine test kantoi. Mungkin tu lah sebab peminat kretek yang "true" bilas dengan Salem. Tapi sebab rasa sedap, gua kasi pengecualian.

Pekerja kontrak dia tak ISO9001-2 langsung. Harapkan murah aje tapi kualiti macam kereta proton. Dengan diorang lu mesti ada BQ dan spec. Kalau harap ikut taste diorang, filem Prof razak mohaideen tu dah kira taraf hollywood. Rumah lu diorang bikin lu tengok macam reban ayam, dia kata chun.

Maid? Lupakan sajalah. Kerja baru 2-3 bulan nak berenti. Macam2 alasan. Kangen kampung lah, kena abuse lah. Kalau tak, diorang lari. Kalau tak dapat lari, merusuh dengan cara ketuk kepala anak lu dengan kuali. Jumpa jantan made in indon gak, mula lah berair. Tup-tup, jantan tu ayat dia dan barang2 rumah lu kena cikun.

Asal polis gari perompak aje 90% orang made in indonesia. 8% geng Hindraf dan lagi 2% tu anak polis jugak. Merompak pulak bukan stylo macam ocean eleven. Brutal giler ala-ala spec hitam Azwan Ali. Pakai jampi serapah apa ntah, lu pun jadik bangang kasi beg duit "dunhill" palsu lu kat dia sekali dengan cash dan kad kredit. Sesapa yang dah start berkawan dgn AKPK tu bernasib baik lah. Kalau tak, habis kad lu dia charge beli barang kat ebay.

Metrobus ni pun macam peminat WWE jugak. Kurang cerdas. Amik driver dengan kelindan ramai yang made in indonesia. Bawa bas macam bawa motor. Selit sana sini berenti sana sini laju tak tentu pasal macam kereta proton bikin siap spoiler potong angin bentuk sayap kapalterbang, rim 17 inci spring potong, kat pintu kereta sticker besar gambar kuda berlari tepi bukit, ekjos gedabak sampai anak kucing boleh tidor kat dalam tabung.

Gua harap Karam Singh dapat selesaikan masalah ni dengan kadar segera.

Wednesday, January 20, 2010

Triple S

Gua ada satu strategy marketing yang belum di publish dalam buku teks berunsur pengurusan untuk digunapakai di universiti tempatan mahupun global.

Strategy ni memang dah ada yg guna tapi belum di bukukan aje. Gua namakan strategy "Triple S".

Product lu mesti ada salah satu dari tiga teknik pemasaran ini atau lebih baik lagi, semua sekali. Gua gerenti "touch wood" (orang cina punya expression) dengan darah, produk ni pasti berjaya.

1) Slim.
Produk lu mesti boleh kasi badan jadi slim. Masalah obesity ni universal. Bagus kalau lu dapat slot iklan waktu "the biggest loser asia".

2) Sexy.
Produk lu mesti boleh kasi jerawat dan jeragat muka, badan atau dibontot hilang. Bila bebenda ni hilang, muka pengguna boleh bertambah seksi nak nak bila lu tempek kosmetik dan juga membolehkan pengguna memakai "two-piece" bikini tanpa perasan malu. Slot iklan amat sesuai waktu program "Nona" atau "Wanita Hari ini".

3) Sexual.
Kalau boleh produk lu mesti kasi alat sulit lelaki bertambah panjang atau tahan lama sewaktu digunakan. Slot iklan untuk ni dalam TV takder. Lu kena tampal kat tiang tiang elektrik, kotak switch telekom kat tepi jalan atau kat papan poster dalam 7-eleven.

Kalau lu boleh masukkan ketiga2 unsur ni dalam satu product lagi chun, tapi gua tak tau apa barang yg boleh dikongsi antara lelaki dan wanita. Kalau pondan tu lain lah.

Monday, January 18, 2010

No Thank You Boroi.

Gua ingat lagi masa gua first time jumpa komputer. Bapak tiri arwah Farid beli. IBM komputer first generation tahun 1984.

Arwah memang tak ngam dengan bapak tiri dia. Farid panggil "boroi". Walaupun boroi ni dibenci tapi selain dari perut dia yg kedepan, technology adoption dia lagi kedepan.

Boroi beli IBM tu RM12,000. Gua cakap tahun 1984 ni. Apple Macintosh pun blom meletop. Microsoft Windows yg tolol jgn ceritalah. Bill Gates papa kedana makan meggi hari hari time tu.

Handphone pun boroi ada. Ericsson besar radio askar saiz backpack tu letak dalam kereta. Gua rasa mat pet zaman tu pun taktau apa guna benda alah tu kalau dia nampak. Pecah kereta curi kasut aje kut.

Berbalik pada komputer boroi, IBM tu run MS-DOS. Kena boot pakai floppy baru leh run game snooker yang tak 3D langsung. Tapi enjoy giler.

Hardisk dan processor IBM tu kecik aje tapi gua tak ingat berapa.

Gua tak pick up computing ni sebab asal gua lepak umah Farid nak main komputer aje, boroi kunci IBM dia dalam almari dan gua jadi menyampah dgn komputer. Baik gua layan Dunhill 7 dgn arwah dalam bilik sambil layan majalah lucah yang kitorang smuggle dari bawah tilam boroi.

Bila gua kat U, Windows 3.1 dah keluar. Laptop dah ada dan cost dalam RM4000 untuk brand brengsek. Perghhh, Prince of Persia tu lah game paling gerek. Bergadoh bertumbuk sebab nak main game tu pun iyer.

Sekarang, hardisk, memory dan processor dah murah. 1GB thumbdrive lagi murah dari sepasang kasut CROCS.

Handphone dah jadi macam komputer. Kecik, mantap dan menjadikan aktiviti meniru sangat ABC.

Gua nyesal tak jadi geek dulu. Kalau tak, gua dah kautim dgn Bill Gates jadi distibutor Microsoft atau jadi penulis virus tersohor.

Dear boroi, no thank you for your IBM but thanks for the magazine.

Sunday, January 17, 2010

Sunday

There is a song I would like to recall. "Easy". It is all about being cool and relax like a fine sunday morning. Well, is sunday an easy day?

The moment you wake up groggily (you slept late the night before because your favorite football team was shite), there are strings of chores you have to attend to. First, you have to run to your favourite mamak shop to buy roti canai on the go. Roti canai can be very popular on weekend mornings and if you are late, it will be gone.

Then you have to scamper to your nearest store to get groceries and in between the mamak and the store trip, you have to squeeze in a car wash. I have posted an earlier entry about the horror of getting grocery.

Just before having lunch you will have to do some washing. It usually rains in the afternoon so it is awfully excellent if you have your clothes all dried up just before it rains.

After lunch you have a small room for a short nap but you try not too because you fear that if you oversleep, your bedtime routine will go haywire.

Cleaning up comes next. You get your vacuum cleaner out and fight the dust. Make sure you dont miss a spot or else your spouse will kill your KPI. They do keep one you know. Its their dirty little secret.

Then it is the excursion to the shopping mall where you struggle to keep your spouse from buying everything she sees. Women can be very scary when it comes to shopping. You get dinner at the mall and drive home.

Before you go to sleep you worry about monday morning blues.

Sunday is not an easy day at all but i feel very english today.

Friday, January 15, 2010

Nama Moden

"Qashrina!" jerit wife gua kat anak buah dia.

Qashrina, alisha, damia. Nama moden. Mana pergi salmah, hayati, badariah? Salmi jadik salmie. Rizal jadik reezal. Nak kasik moden.

Yang gua hairan, mat saleh punya nama sama aje stylenya dari dulu sampai lah sekarang. John, beth, mary tetap john, beth, mary.

Cuma golongan negro moden kat USA aje suka namakan anak dia dengan nama yg pelik2 tapi berirama. Negro memang poyo. Tengoklah P.Diddy tu.

Kat malaya ni nama berubah ikut peredaran masa. Gua rasa orang kat malaya ni terikut2 dengan dunia artis dan hiburan justeru menjadikan golongan ni idola mereka. Nama artis malaya ni sekarang memang tak berjadah nak nak artis dangdut. Ayu ayuni, mas idayu.... iishh.

Ada orang letak nama tetap kat depan ibarat satu "constant" dan tukar2 nama kedua. Contoh anis aniza, anis anita, anis razikin. Anis tu "constant". Tapi jarang orang pakai konsep "constant" jugak tapi pakai numbers sebagai nama kedua. Contoh anis satu, anis dua, anis tiga. Mungkin ada tapi lu mesti terkenal macam raja raja lah. Raja memang tak suka ikut peraturan.

Orang dulu2 kasi nama depan polis yg register anak dia tu aje. Senang dan simple. Tu yang kes salah eja nama dalam ic berlambak2. Tak prihatin betol lah polis zaman dulu. Dahlah pakai seluar pendek pi keja.

Sekarang ni nak kasi nama kena usha buku panduan nama. Yang refer internet ada. Yang pakai bomoh pun ada padahal nama bomoh tu sendiri ntah datang dari mana.

Luorang kasi lah nama anak lu apa pun dan luorang boleh panggil gua kuno atau primitif tapi bagi gua nama yang terbaik tetap Muhammad dan Siti Khadijah.

Tuesday, January 12, 2010

Susu

Ada macam2 jenis susu ni. Gua tak mau cerita pasal susu pekat, cair mahupun susu creamer yang dibuat untuk tarik dengan tea tu. Gua tak minat.

Sebagai seorang yg ada anak, luorang mesti faham apa yg gua akan bagitau ni. Mereka2 yang belom ada anak atau yang tau buat anak tapi taknak akad, dok dendiam.

Bila anak kecik lu nangis nak susu, perasaan bingit tu ada extra skit. Bukan saja menikam telinga tapi juga kalbu. Lu rasa macam nak sumbat ipod maksimum volume aje bila anak lu merengek nak susu. Kasi susu HL lowfat sumbat kat mulut, dia gerenti reject. Kalau susu baby dah habis, round satu KL cari pun gua sanggup.

Monopoli pulak bukan permainan papan atau boardgame tapi sejenis strategy perniagaan dimana lu kawal setiap aspek industry itu dari segi pengilangan dan jualan.

Jadi, kalau gua diberi peluang untuk monopoly satu industry, gua nak monopoly perniagaan susu tepung untuk bayi.

Luorang nak monopoly jual belacan? Cencaluk boleh ganti. Fastfood? Nasi lemak ukay perdana "makang owned by Nate" ada. Kain? Synthetic plastik potong lu kat corner aje bang.

Tapi kalau monopoly susu bayi...

Apa? Nak diskaun beli susu sebab anak tengah meraung? Sorry, ni harga tarak diskaun. Nak diskaun pergi beli kain kat Mydin. Kedai gua harga mati. Lagi mau naik ujung tahun lagi ada.

Apa? Tak de duit nak beli susu enfagrow? Paksa anak lu umur 2 tahun yg tgh meraung tu bergantung kat susu natural mak dia atau kat lembu betina owned by pak jamal hamidi abdul rahman kampung sebelah. Gerenti bapak budak tu tak sanggup.

Kaya gua...

L.O.V.E

Masa gua couple dengan wife gua sekarang ni, gua tak pernah berdating kat tasik jalan pegang pegang tangan. Apa yang luorang buat kat tasik tu gua pun tak pasti tapi banyak 3gp clip orang beromen lah. Inikah cinta?

Masa couple dulu, bila sehari tak jumpa atau borak2, rasa rindu. Inikah cinta?

Masa couple dulu, yang tak cantik kat couple lu pun lu nampak cantik. Inikah cinta?

Nak pi dating tengok wayang pakai t-shirt yg paling chun dalam almari dan spray perfume kat badan macam picit ridsect nak bunuh lipas punya banyak. Inikah cinta?

Lepas kawin, lu mintak dia buat nescafe untuk lu, dia kata "saya penatlah..senang aje buat pakai nescafe 3 in 1". Lu senyum dan pi dapur buat air 3 in 1 yang tak sedap. Bagi gua inilah cinta.

Bila perut wife lu makin buncit mengandung, tapak kaki sakit sakit sebab tak mampu tampung berat badan yg makin naik. Lu sapukan minyak urut kat kaki dia malam malam sebelum tidor. Bagi gua inilah cinta.


Bila kulit perot dia dah mula merekah kerana baby yang makin membesar, lu tolong sapukan minyak anti-merekah kat badan dia tiap tiap malam sambil kata perlahan-lahan "awak cantik lagi". Bagi gua inilah cinta.


Bila rambut dia mula gugur akibat perubahan hormon badan, bebenda kecik pun dia cepat naik angin, hidung dia extra kembang sebab kadar air dalam badan makin banyak tapi lu sabar aje. Bagi gua inilah cinta.

Pukul 3 pagi, lu baru nyenyak terlelap, tiba-tiba dia meraung raung kejut kan lu. Ingatkan amenda, rupanya kena "cramp". Lu bangun sapu tiger balm kat kaki dia. Bagi gua inilah cinta.

Lu sanggup bercinta?

Monday, January 11, 2010

Anjing

Sejenis haiwan mamalia yang orang islam haram pegang. Boleh pegang tapi panjang cerita.

Gua amati haiwan ni dan gua rasa anjing ni memang patut lah kita jauhi.

Bila menyalak memalam, lu mesti rasa macam dia menyalak depan umah lu. Tak de tempat lain nak menyalak ke? Dah lah kalau nyalak sayup2 tu orang kata dia nampak hantu. Ehh jangan bagitau la lu nampak apa pun. Buat bini gua takut aje.

Berak depan umah lu bukan reti nak kambus balik macam kucing. Bau jangan ceritalah, besar pulak macam nasi lemak 5 ringgit. Sapa nak kasik clear tu?

Kencing mesti standard kat tayar kereta atau kat tepi tong sampah umah lu.

Gua rasa anjing ni paling suka terkejutkan orang yang lalu lalang depan umah tuan dia. Macam dia nyorok belakang tiang pastu bila lu bebetol depan gate tuan dia, "GONG GONG!" menyalak. Rasa macam nak tendang muka dia aje.

Paling gua tak tahan, lepas dia acah-acah nak kejar lu dia jelir lidah macam kata "tau pun takut..heh heh heh".

Sunday, January 10, 2010

AJL

Jangan tertipu oleh konspirasi media UK tentang kenapa game bola EPL ditangguhkan malam ni. Bukan sebab "inclement weather" atau cuaca macam haram seperti yang diwar-warkan tapi sebab sebenar ialah malam ni ada AJL.

"Peer pressure" adalah masalah perubahan dalam diri akibat pengaruh kawan2. Gua layan AJL sebab "spouse pressure".

Gua mau aizat menang ni malam. Bukan sebab cd album dia ada dalam kereta gua tapi sebab gua rasa dia amat talented, macam aidit alfian jugak.

Kepada pemain gitar yang baru nak berjinak2 baca buku "1000 chord lagu paling popular", curi lah chord lagu2 AJL secara live bila camera focus kat mat gitar, kalau sempat lah.

Kepada isteri gua pulak yang sentiasa menyokong faizal tahir sampai selalu mimpi berdating dengannya, selamat tak berjaya.

Pasar Basah NSK

Hai.

Bila wife gua ajak gi pasar beli brg basah kat NSK gua akan angguk tanda setuju namun hati kecil gua mesti kata sebaliknya. Gua tak tau kenapa. Macam tikus, bukannya tikus ni jahat giler hisap darah, tapi gua tak suka.

Sampai pasar basah NSK, parking mesti macam pundek. Dapat park pun jauh2. Pastu susah giler nak dapat troli yg roda dia ikut cakap.

Masuk dalam pasar lu akan berhadapan dengan beribu makcik2 yang akan berebut dengan lu. Time beli ayam lah saat yg paling kritikal. Gua rasa semua kaum adam benci part ni, tu sebab jarang laki yg berebut kat kaunter potong ayam. Bukan ada nombor giliran pilih ayam. Hati mesti kental bila tiba waktu pilih ayam dan request potong 6,8,12 atau potong kecik2. Bergadoh dengan orang yg sepesen dgn kita tu lain lah. Takkan lu nak siku orang tua?

Nak bayar pun satu hal. Q bayar panjang giler. Mujur gua ada handphone yg boleh internet. Boleh surf sambil menunggu giliran. Kalau tak, layan budak kecik sebelah line bergadoh dgn mak dia nak beli gula2 lah jawapnya.

Pasar basah NSK memang mengerikan. Gua tak suka.

Friday, January 08, 2010

Buat Balik

Headquarters geng bas sekolah almost ready. Tunggu streamyx nak install dan kosmetik. Meniaga ni bukan satu urusan yang mudah. Kalau kita dilahirkan "seven-up" itu lain cerita.

Pengalaman meniaga gua dgn luorang mungkin berbeda, tapi gua pasti semua ada satu persamaan. Perasaan takut, gementar, tak pasti, teruja dan yakin tapi tidak. Semua perasaan ini bercampur baur menjadi satu, "meniaga".

Rasa macam terjun masuk perigi buta. Kalau ada air kat bawah, lu selamat tapi tu pun kalau lu boleh terapung selama mana yang perlu. Terapung sampai air hujan penuhkan perigi dan lu boleh melompat keluar gembira. Kalau takder air, "keleerrppeekkk.." jadi mangsa "meniaga".

Gua akan cuba sekali lagi (setelah banyak kali kelerrppeekk) untuk berjaya tapi patut gua tekankan dengan pisau bahawa perkataan "berjaya" tu pun sesuatu yang relatif. Ada orang kata brad pitt hensem tapi gua kata angelina jolie lagi hensem. Relatif.

"Yer, aku akan buat balik tapi dengan style yang berbeza, macam elvis", taip jari aku sambil dengar youtube lagu "WALK" oleh kumpulan gitar rancak kegemaran gua, Pantera, masa jadik student dulu.

Changing Lanes

Hari hari gua tempoh trafik jem dan gua sangat berterima kasih kepada pencipta gear automatik.

Bila jem kat highway selalunya gua akan bertukar lane bila lane yang gua sedang pandu menjadi statik kepada lane yang lebih dinamik (ni bukan potong q. Potong q definasi dia lain). Yang gua pelik, asal gua tukar lane aje, ehh ehh, lane yg ditinggalkan pulak jadik laju. Macam haram.

Gua akan cuba mencari rahsia disebalik perubahan kelajuan yang tidak berkadar terus changing lanes ni.

Thursday, January 07, 2010

Mungkin Rekod Malaysia

Gua gi minum kat Aseana KLCC. Gua jarang minum situ sebab mahal. Orang kaya kaya aje selalu "pot" situ. Tapi sebab sahabat sekolah dah ajak pi sana, gua pergi lah. Sahabat punya pasal, gua pasrah. Lagi pun gua suka tengok gelagat orang kaya kaya ni dalam sessi ngeteh diorang. Bukan gua suka "eavesdropping", tapi gua tak leh nak elakkan dah. Gua sumpah.

Meja sebelah gua ada 3 orang. MMF (male male female dalam konteks pornography). Mat A, Mat B dan Minah C. Leh tahan lah Minah C ni, rambut "highlight" skit, hisap semporna A hijau. Mat A dan B pulak umur standard lahir lepas perang dunia kedua baru nak tamat.

"Oh, I bukan tak nak beli, tapi lampu depan brabus tu tak belalang lah.. Hah hah hah...", sekor dari diorang bersuara. Minah C tak nak ketinggalan dalam perbincangan tu menyelit, "I pun suka mata belalang, tapi I lagi suka yang mata keranjang.." sambil senyum senyum hisap straw air ice lemon T. Gua tersenyum konon-konon gelakkan joke sahabat gua yg tengah bercerita depan gua.

Cukup lah mengata perihal orang kaya. Tak baik.

Gua tak pasti, tapi gua rasa boleh masuk rekod Malaysia ni. Nescafe tarik dan teh tarik kat Aseana tu RM7 secawan. Bekas pak mentua gua dulu pernah kata, bila kita makan tempat mahal, kita tak bayar untuk makanan tapi kita bayar untuk "ambience" (cara sebut "om-b-yons").



Sekurang-kurangnya gua bayar rm7 bukan hanya untuk air, tapi juga untuk layan aksi A,B dan C yang macam dalam drama TV3 dan chikana-chikana yg ada kat situ. Best sial.

Wednesday, January 06, 2010

Malang Tak Berbau

Orang kata malang tak berbau. Tu sebab kita kena pakai tali pinggang keledar, topi keledar dan macam macam keledar.

Bagok dulu ada vespa plate BAJ apa ntah. Kaler lime green. Lalu depan umah gua aje gua dah boleh sense macam x-files. Vespa tu pun dah kena pengap dengan kawan bapak dia sekarang ni.

Kalau bagok naik motor, dia mesti pakai helmet sebab malang kan tak berbau. Nak pi beli rokok kat kedai acheh depan simpang jalan besar pun pakai helmet. Tapi macam gua cakap berulang ulang kali, malang tak berbau, malang tak berbau, berbau, berbau, bau (set sound effect "chorus" dan "echo").

Satu hari, balik magrib dari surau, bagok macam biasa pakai helmet. Jalan depan kedai acheh ada satu lubang baru punya. Hari pulak baru lepas hujan lebat dan masih renyai2, jadi lubang penuh air. Bagok cadang nak singgah beli rokok. Press motor la sebab renyai2. "Prepp, prep, prepp... PPRRRrapppp".. vespa bagok terbalik depan kedai acheh. Bagok tergolek golek. Dia bingkas bangun tengok vespa dia 10 kaki ke depan dan kain pelikat dia kat tepi vespa tu.

Malang memang tak berbau.

Appendix: Ok lah, kain dia sebenarnya tersingkap sampai tekak aje. Bila gua tanya dia injury, dia kata "takde bendalah, cuma calar kat bontot skit."

Tuesday, January 05, 2010

4 Tin Coca-cola

Arwah Farid ada teori dia tentang kenapa jalan kat KL ni selalu jem, jam atau macit dalam bahasa indon. Selain dari eksiden dan repair jalan, jalan jem sebab org suka potong q.

Memula gua tak berapa nak agree dgn dia, tapi lepas dia dah tarak ni, gua rasa teori dia ada betolnya. Susur kiri jem, kutu masuk fastlane dan bila nak sampai susur kiri, potong q. Fastlane pun jadi terkedek kedek.

Sekarang gua memang anti-potong q kecuali kalau dia pasang hazard light tanda emergency atau dia angkat tangan sopan santun. Itu pun tgk mood gua jugak.

Malam sabtu lepas, gua nak masuk parking jusco kepong nak pekena Johnny's. Selalu gua dinner awal, tapi malam tu gua layan HBO citer "The Ramen Girl". Brittany Murphy yg dah dalam kubur tu berlakon. Menarik jugak tengok org Jepun ni giler dia lain macam.

Jadi gua dah lewat pi makan. Macam gampang jem jalan masuk parking. Tetiba ada geng nak potong q gua kat susur masuk. Tarak hazard light, tarak angkat tangan.

"Dah lambat nak tengok wayang Avatar lah kutu2 ni, kelam semacam aje" ujar gua pada wife gua. Diorang tak tau gua perot tgh lapar, jiwa jadik kacau. Wife gua dah suruh gua sabar. "Bergadoh pun tak apa" gua kata.

Gua kasik rapat dengan keta depan gua. Rapat giler sampai langgar bumper dia. Gua usha kereta mat kelam sebelah, semua tersengih2. Cina keta depan turun, tgk keta dia ok tapi calar skit. Gua kasi isyarat tangan kat mat kelam suruh follow gua pi ketepi nak kautim dgn cina tu. Diorang terus belah. Macam sial.

Tepi jusco ada car wax. Gua minta cina tu hantar pi wax bumper nak kasik hilang tu calar. Tokeh wax kata kos tak mahal. Upah bangla dia 4 orang 4 tin coca-cola je. Coca-cola kira ok lah. Gua dah bersedia nak bertumbuk dgn mat kelam tu pun sebenarnya.

Dalam jusco, gua cari mat kelam. Tak jumpa. Dalam TGV lah tu. Wife gua dah bising2 sama macam perot gua.

Ini prinsip hidup. Kalau harganya 4 tin coca-cola, so be it.

Monday, January 04, 2010

Cingaporeans

Apa masalah org org cina singapore (cingapore) ni?

Bila berborak sesama diorang, mesti cakap singlish.

"Eh, why laidet one?", "Pretty meh? Sure or not?" dan "I slap you, then you know." adalah beberapa contoh cakap2 diorang yang ntahapaapa.

Baik luorang cakap bahasa cina antara luorang lagi sesuai lah wey.

Makan ramai ramai tapi order kat kaunter sendiri2. Apalah salah lu pilih sorang taukeh antara lu, kasi duit dan place order. Taklah q jadi panjang macam batang hidung luorang.

Bila order kat kaunter, cakap english kat pelayan melayu yg gua pasti tak berapa cekap english. Pastu, buat melayu tu macam tak reti sebut A,B,C. Lu datang malaya takkan tak reti sepatah haram cakap melayu?

Time bayar, pakai duit seringgit dan syiling berguni2. Tak kesian org kaunter nak kena kira balik duit tu. Gua tau lah luorang tak mau simpan duit malaya, tapi agak2 lah.

Gua minta maap tapi gua rasa luorang memang babi.

Saturday, January 02, 2010

Malacca - Terra Do Caos (Land Of Chaos)

Tahun baru ni gua lepak bandar Melaka. Bandar ini banyak sejarah dan telah dinobatkan "World Heritage Site" oleh UNESCO in 2008. Air pancut dia pun ada sejarah. Giler ke apa?

Dataran Pahlawan ni perlu upgrade jalan-jalan dia kalau Melaka nak lebih berkembang sebagai pusat pelancongan. Traffic jam chaotic tahap optimus prime pencen. Mana taknya, dengan bas double decker, melaka duckride, van isuzu, orang jalan kaki, orang jalan kaki terdengkut-dengkut, orang gemok jalan kaki terdengkut-dengkut, teksi, teksi sapu, beca, beca sapu pun ada. Semua guna satu jalan kat dataran pahlawan. Tak belajar town planning betol.

Gua malas cerita pasal sejarah Melaka sebab semua tu dah termaktub dalam buku sekolah.
a) Parameswara bukak melaka.
b) Parameswara masuk islam jadi Raja Iskandar Shah dan jadikan melaka "Eastern Emporium".
c) Alfonso De Albuqurque lipat Sultan Mahmud Shah dan bikin A Farmosa.
d) Admiral Cornelis Watelief De Jong start belasah portugis dan akhirnya belanda menang dan bina The Stadthuys.
e) Melaka jadi milik British bila Dutch swap Melaka dengan Bencoolen di Sumatera (milik british) dan ajar orang melayu makan rasuah. Bencoolen? Apa hal?

Boring. Semua cerita pasal lemahnya melayu sampai tanah air kena tapau 3 kali. Sekarang ni kecoh pasal penggunaan kalimah "Allah" oleh ugama lain pulak.

Anyway, Melaka masih ada satu rahsia yang tak ramai orang luar tahu.



Mukmin Jaya Seafood Restaurant baru 4 bulan bukak kat area Taman Limbungan Indah. Makanan seafood style chinese sedap maut. Salah sorang cook yang juga tokeh dia is perempuan cina muslim.

Sejarah penaklukan kota Melaka dah berlalu. Sejarah baru mungkin kat kedai Mukmin ni pulak.

Friday, January 01, 2010

Twenty Ten

Gua rasa tahun baru ni:

1) Ekonomi global dan Malaysia macam tahun lepas. Macam sial.
a) Israel sukahati nak wayang kulit semua orang.
b) Komoditi naik harga 10%-20% akibat permintaan tinggi tapi supply hampeh. Contoh barangan adalah seperti gula, beras, rokok, petrol, senjata api dan daun terup.

2) Ekonomi gua macam biasa. Masih belum bankrup. Interest rate maintain.

3) Life gua makin menarik.
a) Baby coming in June.
b) Nak tangkap DSLR seketol. Gambar semua akan jadi menarik aje.

4) Team bola kegemaran gua masih akan main bola macam celaka atas alasan perkara 1) di atas.

5) Kalau sesapa nak menikah pada 10hb October 2010, patut dah book dewan dan catering bulan lepas lagi.

Happy new year to me.