Thursday, January 21, 2010

Lu Mesti Peduli

Jangan hisap rokok yg filter dia kaler putih. Takut tersilap waktu nak pasang, hujung tembakau dalam mulut, filter lu bakar. Bukan sahaja rugi sebatang rokok tetapi orang lain yg nampak akan label kan lu bebal. Kalau ini terjadi, cover cecepat dan buat muka selamba.

Setengah benda lu tak boleh ambil mudah. Cakap melayunya "take things for granted".

Masa gua muda muda dulu, gua dapat peluang belajar kat luar negara. Belajar tak pandai, meniru aje gua pandai. Eh geng, meniru dan menipu pun satu teknik untuk berjaya. Tengok Bill Gates. Meniru dan menipu juga mesti ada gaya, ada "flair" macam Cyril Takayama.

Time kat luar negara tu, gua pergi skola atau gi town naik keretapi macam LRT rupa parasnya. Orang tempatan sana panggil "tube". Cuma coverage tube ni sangatlah terbaik kalau dibandingkan dgn LRT. Ibarat langit dengan bumi. Naik LRT, lu turun kelana jaya, kena naik bas pulak pergi wisma FAM. Kalau nak "peddle" i.e jalan kaki memang boleh, tapi standby handyplast untuk kaki dan celah kelangkang yg lecet dan juga batang paip besi besar lengan untuk pertahankan diri dari peragut beg bersiri. Nama dia mungkin zack arai (sempena brand helmet tiruan yg dipakainya), joy celak (sempena mata dia yg senantiasa lebam) atau man bingai (sempena otak dia yang dah takda).

Dalam tube, gua selalu adakan pertandingan dengan memember skola gua dulu, teka pintu tube belah mana yang akan buka bila sampai destinasi. Sapa salah kena terajang kat perot. Latihan ala komando untuk "ambik pot keadaan sekeliling anda secara bestari".

Bila kita ambik semua perkara mudah, kita terlupa bahawa ada orang lain yg akan ambik peluang belasah kita.

Tak percaya? Tanya memember gua yg hari hari kena tendang kat perot lepas keluar dari tube station dulu dan juga saki baki pelarian bosnia yang ada kat Malaya ni.

3 comments:

  1. gua selalu main tuju selipar dlm lrt..
    jap..
    pelarian bosnia kt malaysia..
    ade ke?

    ReplyDelete
  2. yg psl lrt tu heh setuju sesangat sgt tak besh ok hahaha

    ReplyDelete