Friday, January 22, 2010

Bahasa Budaya Bangsa

Antara masalah yang dihadapi oleh pengguna bahasa malaya ni ialah kurangnya "Q". Gua tak reti nak terangkan apa itu "Q" secara ilmiah sebab gua bukan linguist. Jadi gua akan terangkan pengamatan gua sahaja.

Ok go!

Bila tengok awek lawa, otak cakap:

1) "Chun awek ni. Kalau la gua leh panjat tingkap bilik mandi dia.." (ni mat rock punya otak cakap)

2) "Cantik wanita ni. Kalaulah ada kedai bunga di sini tentu aku akan belikan untuknya.." (ni mat cintan punya otak cakap)

3) "Perghh.. awek ni kalau pakai birthday-suit mesti baik nih.." (ni mat sex punya otak cakap)

4) "Lawa handbag awek ni!" (ni mat peragut beg punya mulut cakap sebab dia takde otak nak cakap)


"Q" yang gua maksudkan itu ada dalam perkara 3) di atas. Bahasa malaya takde skill untuk membolehkan penggunanya untuk kata "birthday-suit" yang membawa maksud bogel tetapi dengan cara yang berhemah. Takkan nak kata "pakaian waktu lahir". Kejadah.

1 comment: