Gua ingat lagi masa gua first time jumpa komputer. Bapak tiri arwah Farid beli. IBM komputer first generation tahun 1984.
Arwah memang tak ngam dengan bapak tiri dia. Farid panggil "boroi". Walaupun boroi ni dibenci tapi selain dari perut dia yg kedepan, technology adoption dia lagi kedepan.
Boroi beli IBM tu RM12,000. Gua cakap tahun 1984 ni. Apple Macintosh pun blom meletop. Microsoft Windows yg tolol jgn ceritalah. Bill Gates papa kedana makan meggi hari hari time tu.
Handphone pun boroi ada. Ericsson besar radio askar saiz backpack tu letak dalam kereta. Gua rasa mat pet zaman tu pun taktau apa guna benda alah tu kalau dia nampak. Pecah kereta curi kasut aje kut.
Berbalik pada komputer boroi, IBM tu run MS-DOS. Kena boot pakai floppy baru leh run game snooker yang tak 3D langsung. Tapi enjoy giler.
Hardisk dan processor IBM tu kecik aje tapi gua tak ingat berapa.
Gua tak pick up computing ni sebab asal gua lepak umah Farid nak main komputer aje, boroi kunci IBM dia dalam almari dan gua jadi menyampah dgn komputer. Baik gua layan Dunhill 7 dgn arwah dalam bilik sambil layan majalah lucah yang kitorang smuggle dari bawah tilam boroi.
Bila gua kat U, Windows 3.1 dah keluar. Laptop dah ada dan cost dalam RM4000 untuk brand brengsek. Perghhh, Prince of Persia tu lah game paling gerek. Bergadoh bertumbuk sebab nak main game tu pun iyer.
Sekarang, hardisk, memory dan processor dah murah. 1GB thumbdrive lagi murah dari sepasang kasut CROCS.
Handphone dah jadi macam komputer. Kecik, mantap dan menjadikan aktiviti meniru sangat ABC.
Gua nyesal tak jadi geek dulu. Kalau tak, gua dah kautim dgn Bill Gates jadi distibutor Microsoft atau jadi penulis virus tersohor.
Dear boroi, no thank you for your IBM but thanks for the magazine.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
magazine pe?playboy ekk wakaka
ReplyDeleteMagazine swedish hardcore tunggang langgang punya version. Boroi tak main magazine untuk kanak kanak. :-)
ReplyDeletemasatu ada software nama wordstar
ReplyDeletehahaha
Control K Q !!!! Hahaha.
ReplyDeleteMag tu ada simpan lagi bro? nhahaaahah~
ReplyDeleteTak dak dah bro. Layan shufuni aje laa ni.
ReplyDelete