Ringtone "Malaya Tetap Merdeka" nyanyian Zaharah Agos berkumandang dari mobile phone nokia musicexpress 1st generation member gua. Handphone yang diikat dengan gelang getah kerana baterinya yg dah tak ketat dan asik tertanggal-tanggal. Kaler putihnya dah pudar jadik kelabu asap dan merahnya jadi baby pink. I like baby pink tapi seriously, member gua ni memang zuhud. Nama betul dia bukan baber, tapi gua panggil dia baber.
Waktu ringtone tu menghentam gegendang telinga gua, gua usha phone tu atas meja baber sebab nak tau sapa yang telefon. Member gua dalam toilet.
Member gua ni suka buang air besar tatkala masuk ofis. Masuk masuk ofis, on laptop, belum abis boot-up lagi, dia dah bukak kancing seluar nak pi toilet. Gua pun cangitu jugak, tapi selalunya gua biar dia masuk dulu dan tunggu 15 minit selepas dia dah keluar baru gua masuk. Nak kena kasik kadar radiasi dan aroma tu neutral dulu. Baru tenang. Kalau gua yang masuk dulu, tak sempat gua nak letgo, dia dah bising bising luar toilet. Mana boleh tenang.
Balik ke isu handphone tadi.
"Siti Fatimah Isteriku" tertera di skrin serentak dengan ringtone Zaharah Agos. Taste member gua ni memang pelik. Tapi dia zuhud. Gua dah cakap kan?
"Wey, siti isteriku call!" jerit gua pada baber.
"Hhmmm" suara baber sayup sayup. Malas nak bergegas pickup phone lah tu. Kang tak bersih pulak.
Dah selesai return call wife dia, gua tanya, "ber, apsal lu letak isteriku lepas nama wife lu? Lu selalu kena insomnia tak ingat nama bini lu ke?".
Gua memang selalu curious bila benda benda macam ni jadik. Yelah, takkan lu tak tau nama bini lu? Letak ajelah Siti Fatimah dalam phone contact. Kan?
Baber tenung muka gua, pastu dia tengok laptop. Dia buat derk aje.
"Oii...jawap lah", gua herdik dia. Hati gua dah memberontak nak tau ni.
"Gua pernah nampak orang jatuh motor depan gua. Teruk gak keadaan dia. Gua sorang kat situ. Takkan nak biar mamat tu macam tu aje. Gua pun bukak wallet dia, nak tau dia sapa, nak kena call sapa. Yang ada duit skit dengan lesen motor."
"Gua dah agak kelam kabut time tu. Gua call peronda lebuh raya. Tiba-tiba tergerak hati gua nak tengok handphone dia. Bukak contact list, banyak nama. Tapi ntah sesapa punya nama. Nama client ke, apa ke", sambung baber dengan muka yg serius.
"Gua scroll down lagi, ada nama isteriku. Gua pun call isteriku dan cerita keadaan mamat tu yang dah tak sedar diri".
"Lepas kes tu, gua add isteriku lepas nama wife gua. Senang orang nak call kalau apa apa jadi", kata baber tegas.
Sekarang kalau wife gua call, "Princess isteriku 016" akan tertera berselang-seli dengan ringtone classic versi blackberry kat phone gua.
Lu memang practical lah baber.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
wah.. kalau la kena call isteri lu kan, kena cakap ampun tuanku dulu ke dah letak nama princess?
ReplyDeleteKadang2 dia yang ampun tuanku kat gua.
ReplyDeleteaku lom ada asben huhu camne ekk..tp x pe kt hp aku ade aku tulis aaamakkkk hehe no phone mak aku..set cenggitu la hehe
ReplyDeletewow... mau buat juga la..err tapi gua bulom nikah la.hahhaa
ReplyDeleteBiola, lu nikah dgn fikiran licin aje lah.
ReplyDeletepak kordi x fhm lak aku ..kawen dgn fikiran licin tu mende :D
ReplyDeletejap2 aku dah fhm wakaka :p
ReplyDeleteBiola.. Cubit pipi lu kuat kuat kang baru tau.
ReplyDelete