Wednesday, January 20, 2010

Triple S

Gua ada satu strategy marketing yang belum di publish dalam buku teks berunsur pengurusan untuk digunapakai di universiti tempatan mahupun global.

Strategy ni memang dah ada yg guna tapi belum di bukukan aje. Gua namakan strategy "Triple S".

Product lu mesti ada salah satu dari tiga teknik pemasaran ini atau lebih baik lagi, semua sekali. Gua gerenti "touch wood" (orang cina punya expression) dengan darah, produk ni pasti berjaya.

1) Slim.
Produk lu mesti boleh kasi badan jadi slim. Masalah obesity ni universal. Bagus kalau lu dapat slot iklan waktu "the biggest loser asia".

2) Sexy.
Produk lu mesti boleh kasi jerawat dan jeragat muka, badan atau dibontot hilang. Bila bebenda ni hilang, muka pengguna boleh bertambah seksi nak nak bila lu tempek kosmetik dan juga membolehkan pengguna memakai "two-piece" bikini tanpa perasan malu. Slot iklan amat sesuai waktu program "Nona" atau "Wanita Hari ini".

3) Sexual.
Kalau boleh produk lu mesti kasi alat sulit lelaki bertambah panjang atau tahan lama sewaktu digunakan. Slot iklan untuk ni dalam TV takder. Lu kena tampal kat tiang tiang elektrik, kotak switch telekom kat tepi jalan atau kat papan poster dalam 7-eleven.

Kalau lu boleh masukkan ketiga2 unsur ni dalam satu product lagi chun, tapi gua tak tau apa barang yg boleh dikongsi antara lelaki dan wanita. Kalau pondan tu lain lah.

3 comments: