Monday, December 30, 2013

Resolusi 2014

Salam semua.

Resolusi tahun 2014 saya hanya ada satu. Saya berjanji untuk tambah yakin dengan kebolehan yang ada didalam diri.

For real.


Thursday, December 19, 2013

Cerita Pendek #3 - Dragonlily


--- About the flower, Dragonlily (Dracunculus Vulgaris) ---

"An amazing plant, it blooms like a giant! A humongous dark blood red black calla lily or jack in the pulpit style flower, it does not have a very great fragrance in the garden when it blooms though its not planted for the fragrance but for its rarity, beauty, uniqueness and large haunting flowers." - Anonymous

--- end of note ---


"Phewwiiittt.. "

Lily senyum bersahaja sambil mengerling jejaka yang baru sahaja bersiul tadi. Perkara sebegini memang dah selalu sangat dia hadapi. Dia dah lali tetapi langkahnya tiba-tiba terhenti apabila ternampak muka hadapan suratkhabar yang tertulis, SEORANG LELAKI DIJUMPAI MATI TANPA KEPALA, TANGAN DAN KAKI DI KAMPUNG CEMPAKA.

Lily termenung sejenak sebelum meneruskan perjalanan tanpa menoleh kebelakang lagi.


--- 2 hari sebelum itu ---


"Tong.. kau call Lily. Suruh dia datang jumpa aku sekarang. Aku ada tugas untuk dia".

"Baik boss!" Ah Tong, seorang gangster yang penuh dengan tatu ditangan terus menyeluk poket seluar mencari telefon bimbitnya.

"Grr grr grr", gegaran papan pemuka Samsung Note2 menyentuh jari jemari Ah Tong. Dia menekap telefon ke telinga dan tekun cuba meneka caller ringtone Lily.

"Hmmpphh...Yuna. Suara macam kucing. Benci".

Komen ikhlas dalam hati Ah Tong yang sudah lama jaki dengan genre lagu dibawa Yuna sambil menekan butang speaker phone.

"Hello..Ada apa Tong?"

Suara lunak dan merdu Lily terus membuatkan Ah Tong yang bersifat garang, berani mati dan rakus jadi menikus.

"Boss suruh you datang jumpa dia A.S.A.P."

"Baiklah... bye", jawap Lily ringkas dan padat.

"Hmmm", Ah Tong jawap ganas namun jauh disudut hatinya penuh rasa berahi terhadap Lily.

Lily ialah seorang pembunuh upahan. Wanita ini bersusuk mantap. Kurus, tinggi lampai dan berkaki panjang. Rambutnya yang ikal ke paras pinggang akan dia dandan kemas menjadi sanggul ketika menjalankan tugas. Walaupun disanggul, akan ada sedikit rambut terjuntai ditepi pipi. Manis.

Rupa paras Lily kemas. Hidungnya mancung, pipinya tinggi dan berkulit cerah. Kening Lily memang sejak azali nipis dan bulu matanya melentik, lebat. Bibir Lily pula sederhana tebal tetapi merahnya bukan main menyala.

Yang paling menawan ialah lesung pipit Lily. Lesung pipit comel, halus menegak dipipi tatkala dia senyum. Ciptaan tuhan yang amat indah. Orang pertama yang menggunakan nama 'lesung' untuk mendefinasikannya tentu seorang yang otak mereng. Ditambah pula perkataan 'pipit' selepas lesung itu. Gila.

Ah Tong mengelamun terbayangkan Lily.

"Bidadari Maut..."

Tanpa disedari ayat itu terpacul keluar dari mulut Ah Tong. Dia pasrah. Boss memandang Ah Tong. Ah Tong memandang Boss. Mereka saling pandang-memandang. Ah Tong tunduk malu.


---

"Ada apa boss?" Soalan Lily sambil matanya liar memerhatikan kuncu-kuncu dikiri-kanan Boss. 

"Aku mau kau cari Kamal. Dia hutang aku banyak. Dah lama aku bagi dia muka. Kau dapatkan seberapa banyak duit dari dia dan bila dia dah tak boleh nak bayar, potong ibujari tangan kiri dia dulu kemudian lepaskan dia. Upah kau ialah 30% kutipan duit dari Kamal."

"Baiklah."

---


"Hi Ayeen sayang. Kay sini. I nak mintak tolong sikit lah sayang. I nak pakai duit.

"I nak pakai dalam RM10,000 malam ni.

"Dalam sebulan I gantilah balik sayang. You tak kan tak percaya I?

"Thanks sayang. You know I love you sorang aje kan? I love you very much sayang."

Kamal meletakkan ganggang. Kakinya yang tersadai setelah dikepakkan oleh Lily tadi diurut cermat kerana sengal. Lily yang berada dihadapan Kamal duduk angkuh menyilangkan kaki, mengacukan sepucuk pistol Kahr P9 kearah Kamal mengarahkan beliau untuk terus menalipon seberapa banyak orang yang dia mampu untuk membayar hutang Boss yang kini berjumlah hampir RM350,000 itu.

5 orang sudah Kamal telefon dan dia telah berjaya dapatkan RM30,000. Peluh dingin Kamal yang menitik-nitik mungkin dah semangkuk. Denyut kakinya yang patah sudah tidak dia rasakan lagi. Dia menekan butang hijau telefon bimbitnya.

"Hi Liza. Hi sayang. How are you? I am fine. Sorry lah lama tak call. I sebok betul lately ni.

"Walaupun I tau I dah lama tak contact you but I need your help lah sayang.

"I nak pakai RM10,000 malam ni jugak... Liza... liza..liza are you there? Liza?"

Kamal tekan butang merah di telefon bimbitnya dan merenung Lily. Kamal benar-benar takut. Huru-hara dia mentatal senarai nama didalam telefon. 'Shasha facebook' terpampang. Memori Kamal mencanak-canak teringatkan seorang perempuan yang dia pernah tipu dahulu walhal mereka tidak pernah berjumpa. Hanya berkenalan didalam facebook. Banyak juga duit perempuan tu dia sakau. Mungkin dalam RM50,000. Kamal sempat ketawa kecil bila teringatkan betapa mudahnya dia menipu Shasha hanya dengan berlakon menjadi orang susah, banyak hutang, masalah keluarga dan masalah ditempat kerja yang tak sudah-sudah. Kamal yakin dia akan dapat menipu Shasha lagi malam ini. Kamal terdesak.

"Come on Shasha.." bisik hatinya ketika mendail.

Caller ringtone lagu Yuna berkumandang ditelinga Kamal.

Telefon bimbit Lily tiba2 berdering. Lily jeling nama pemanggil dan membiarkan telefon itu melalak.

"Ahh.. angkat lah Shasha..", detus hati Kamal sebelum menghentikan panggilan.

Kamal dail nombor Shasha sekali lagi.

Telefon Lily berdering semula. Lily terkejut dan merasakan ada sesuatu yang tak kena. Lily tenung mata Kamal. Kuyu.

Perlahan-lahan Lily mengeluarkan telefonnya dan memandang nama pemanggil yang tertera, "Joe Penipu".

"Hello, Joe?" Lily menjawap tegas, menghalakan Kahr P9 tepat kearah kepala Kamal.

"Joe? Hello? Hello?"

Dengan tangan yang terketar-ketar, perlahan-lahan Kamal baringkan telefon diatas meja tanpa meletak ganggang. Jeritan Lily dihujung talian jelas kedengaran. Kamal tahu ajalnya sudah hampir namun nalurinya sempat bertanya, "kenapa muka dia dalam facebook lain?"

Lily mengeluarkan sebilah pisau dari dalam beg, tenang menyisipkan rambut yang terjuntai ditepi pipi ke telinga sambil berbisik seolah-olah berdoa, "terima kasih Tuhan."

--- Tamat ---

Monday, November 11, 2013

Antara Sebab Kenapa Kini Islam Lemah

Minggu sudah saya melayan pembentangan kertas kerja (melalui youtube) yang menjawap persoalan tajuk entry saya kali ini. Video itu boleh dilayari (klik disini). Dr Afifi Al-Akiti merupakan seorang cendikiawan islam melayu yang menjadi pensyarah di Theology Faculty, Oxford University.

Dr. Afifi memulakan pembentangannya dengan berceritakan tentang kehebatan Imam Al-Juwaini (tahun 1028-1085) yang hidup di penghujung zaman kegemilangan tamadun islam. Al-Juwaini merupakan guru kepada Imam Al-Ghazali dan beliau telah mewasiatkan 6 ciri-ciri yang harus ada didalam diri setiap mukmin untuk berjaya dalam hidup, dunia dan akhirat. Harus diingat, ini bukanlah penambahan kepada rukun islam atau rukun iman. Ini hanya ciri2 atau 'traits' yang ada pada mukmin berjaya pada zaman kegemilangan islam dahulu dan diterjemahkan oleh Imam Al-Juwaini, merumuskan menjadi 6 wasiat ini.

1) Zaka'un - Akal yang cerdas. Jaga akal kita dan jangan rosakkan ia dengan perkara tidak baik.
2) Wa khirsun - Kesungguhan yang tinggi dalam apa juga usaha. Jangan buat kerja sambil lewa.
3) Wa iftikarun - Sentiasa merendah diri. Ikut resmi padi. Makin berisi makin tunduk.
4) Wa ghurbatun - Sentiasa ada sifat ingin merantau, mencari pengalaman. Bukan jadi jaguh kampung.
5) Wa talqeenu uztazi - Harus ada bimbingan guru yg bertauliah. Bergurukan buku, syaitanlah guru.
6) Wa tulus zamani - Kesihatan dan umur yg panjang. Bila badan sihat, segala usaha jadi lebih mudah.

Menariknya disini, ahli falsafah kristian pada zaman selepas Al-Juwaini telah mengambil 6 wasiat ini dan menerapkan didalam pendidikan mereka pula. Bermula dari Adelard of Bath yang mempelajari pelbagai ilmu islam pada zaman itu hinggalah diturunkan kepada Bernard of Chartres, salah seorang filasuf kristian yang terkenal yang menggesa orang kristian eropah yang amat mundur pada zaman itu untuk mengamalkan 6 prinsip yang Bernard of Chartres panggil dalam bahasa latin:

1) mens humilis
2) studium querendi
3) paupertas
4) terra aliena
5) scrutinium tacitum
6) vita quietta

Ini adalah merupakan 6 prinsip yang sama, diceduk dari wasiat Imam Al-Juwaini dan lihatlah, kini orang eropah jauh lagi kedepan dalam setiap aspek kehidupan hatta sifat perikemanusiaan sekalipun, jika dibandingkan dengan masyarakat dunia islam.

Saya amat yakin, jika setiap mukmin menerapkan kembali 6 ciri ini didalam kehidupan seharian mereka, dunia islam akan kembali gemilang, yang gelap akan menjadi terang benderang. Kita amat perlukan anjakan paradigma ini.

Thursday, October 17, 2013

IIII

Apakah perkara yang benar2 menyakitkan hati anda? Adakah ubat untuk menyembuhkan rasa sakit hati itu?


Jika anda perasan, angka empat pada muka jam itu ialah IIII. Tapi bukankah nombor roman untuk empat ialah IV? Tahukah anda semua jam yang menggunakan nombor roman akan menggunakan IIII. Kenapa bukan IV?

Wednesday, October 09, 2013

Mereka yang berumur 40 tahun keatas kini tinggal di planet Marikh.


Beberapa minggu yang sudah saya berbual dengan seorang sahabat. Bermacam-macam isu telah kami bualkan dan isu yang menarik perhatian saya ialah isu generasi Y.

Generasi Y atau generasi muda mudi dilahirkan circa 1977-1989, dilahirkan didalam dunia yang jauh berbeza dari dunia ibu-bapa mereka. Perkembangan dan evolusi teknologi yang terlalu pantas dan maju diwaktu kelahiran generasi Y ini adalah penyebab utama terbinanya jurang yang amat jauh ini. Kajian telah dijalankan dan didapati perbezaan jurang yang ketara ini tidak pernah lagi berlaku didalam sejarah peradaban manusia.


Satu contoh yang dapat saya berikan disini ialah cara generasi Y berkomunikasi. Jika dulu setiap rumah harus ada 'fix-line phone' tanpa 'caller-ID'. Penerima panggilan sudah tentu tidak tahu siapa yang menalipon maka penjawap akan lebih bersopan-santun menjawap panggilan tersebut.

"Hello, siapa disana? Sarah disini."

Itu adalah pembuka perbualan talipon yang sering kita dengar dahulu tetapi kini setiap orang menggunakan talipon pintar yang akan memaparkan nama pemanggil ketika deringan.

"Oi, wassap dude", adalah diantara cara menjawap panggilan talipon terkini. Jika tiada nama terpapar, mungkin panggilan itu akan diabaikan terus. Kekangan menanti panggilan talipon dirumah kini sudah tiada lagi. Mereka bebas untuk berada dimana sahaja untuk menerima panggilan talipon. Kata kunci disini ialah "bebas".

Satu lagi contoh ialah mengenai air-cond didalam kereta dan rumah. Dahulu harga air-cond rumah mahal. Hanya mereka yang kaya sahaja boleh memiliki air-cond dalam rumah. Kini boleh dikatakan setiap rumah ada air-cond.

Begitu juga dengan air-cond kereta. Dahulu kala hanya ada kipas angin dalam kereta dan sehelai kain untuk mengelap cermin yang berwap ketika hujan. Jika diberi pilihan, kanak-kanak kini hanya akan naik kereta yang ada air-cond dan akan komplen jika rumah yang sedang didiami panas.


Dulu TV akan tamat siaran pada jam 12 malam. Kini mereka bersiaran 24 jam dan rancangan kartun juga 24 jam.

Lagi 10-15 tahun, kanak-kanak ini pula akan menjadi dewasa dan perbezaan yang dahulunya sedikit menjadi lebih ketara. Apa yang ibu-bapa mereka "value" mungkin tidak sama langsung dengan apa yang mereka "value".

Kesimpulannya, jika anda kini berumur lebih dari 40 tahun, sebenarnya anda kini bukan lagi tinggal di bumi tempat anda dilahirkan dahulu. Cara pemikiran dan 'value proposition" anda sudah jauh berbeza dari generasi Y. Bagi mereka, anda ibarat penduduk yang lahir di planet Marikh.

Anda asing.

Tuesday, August 13, 2013

Life's Innocent Little Tit-Bits.

This is an old piece.

-------------- start

Please understand that whatever you do in life, you leave tit-bits of trail behind you.

Whenever you buy something over the net using paypal, you tell someone your buying traits.

Whenever you go the ATM to get cash, you tell someone your cashflow habits.

Over time, these little trails will unveil a distinct pattern and may match an algorithm that traces terrorist. When this happens, just make sure you have an insurance policy because a terrorist never owns one.

-------------- end

Thursday, August 01, 2013

Lubang Besar.

B*R 9494.

Nombor plet kereta pertama yang saya beli. Ia sebuah Nissan Sentra lama yang berkarat, kriuk-kriuk diatas jalanraya, comot tetapi dimata saya ia kereta tercantik ketika itu.

Sebagai sebuah kereta yang agak uzur, B*R tidak dapat lari dari kerosakan. Satu hari, penanda meter aras minyak di atas papan pemuka B*R tidak berfungsi. Masalah yang mungkin disebabkan oleh litar pintas di bahagian elektrikal papan pemuka kereta atau kerosakan pada sensor aras dalam tangki minyak. Saya ketuk2 meter dua tiga kali, jarum masih kaku diaras 'E'.

"Hmmnn.. fuel sensor dah kong la ni.." hati kecil saya merengus kehampaan.

Harga sensor agak mahal pada saya waktu itu. Maklumlah, usia baru mahu mengenal dunia memang sentiasa kurang duit. Maka saya pun teruskan juga kehidupan sehari-hari memandu B*R dengan keadaan jarum penanda aras minyak, kaku. Setiap kali minyak diisi, saya akan reset mileage untuk membolehkan saya mengagak waktu yang sesuai untuk minyak diisi semula nanti.

Begitulah kehidupan saya. Ada juga beberapa kali kereta tersengguk-sengguk sebelum terhenti dibahu jalan akibat ketiadaan minyak namun saya tidak marah. Saya akan buka boot belakang, ambil bekas minyak petrol yang saya beli khas untuk waktu-waktu kecemasan begini dan menapak ke stesyen minyak berhampiran. Selesai menyumbat petrol ke dalam tangki kereta, pam minyak ditekan beberapa kali untuk menarik minyak naik, enjin pun saya mulakan. Semua ini akan saya harungi dengan senyuman dibibir, keriangan dihati.

Pada suatu petang, waktu sedang memandu B*R menuju pulang sambil mendengar kaset lagu nyanyian Amy Mastura penyanyi genit yang top ketika itu, saya cuba mengelak satu lubang besar diatas jalan namun tayar belakang kereta tetap terlanggar lubang.

"Gedeganggg!"

Saya rasa amat terkejut dan risau sekiranya rim Enkei 16" saya bengkok. Saya terus ketepi jalan dan lega apabila melihat semua rim kereta saya masih utuh. Lebih mengejutkan saya lagi apabila kereta bergerak, meter aras minyak dipapan pemuka kembali berfungsi seperti normal.

Mulai dari saat itu, bukan semua lubang besar itu bala bagi saya.



Thursday, July 25, 2013

Selebet.

Sesekali ketika bosan melanggan laluan trafik yang sesak, saya akan renung simpang-siur jalanraya yang berada dihadapan mata lalu terkenang akan liku-liku hidup seorang manusia. Seperti jalan-jalan ini, yang setiap simpangnya akan membawa manusia kesatu arah atau tempat yang berbeza-beza. Susur-alur jalan ini juga akan membekalkan manusia itu tadi dengan pengalaman, nostalgia hidup dan memori yang unik, tersendiri.

Perbezaan diantara jalan-jalan tar dengan liku kehidupan cuma jika sesat di jalan tar, manusia masih boleh pusing dan mengambil jalan pulang. Tidak dengan liku kehidupan. Ianya jalan sehala dan tiada jalan menuju pulang. Ini kerana kehidupan berkait rapat dengan masa dan yang seperti kita tahu, masa pergi meninggalkan kita dan tidak akan kembali lagi.

Kehidupan harus diteruskan walaupun manis atau pahit.

Saya pasti didalam diri kamu wahai pembaca budiman, ada seorang manusia yang telah mempengaruhi hampir 50% dari kehidupan kamu, secara sedar atau pun tidak. Ini ialah kerana walaupun hubungan kamu dengan dia singkat tetapi ada perkara yang kamu lakukan berhubung terus dengan apa yang dia lakukan terhadap kamu seperti sayang, marah, nasihat atau juga tunjuk ajar dan perkara itu kemudiannya membentuk cara hidup kamu sehari-hari.

Selebet, terima kasih.

Friday, July 19, 2013

Ekspedisi Mockba - Pagi Yang Pertama

Khamis pagi, September 13 2001. 

Selesai sarapan bersama Tan Sri, saya mengambil keputusan untuk terus ke luar hotel, mencari udara nyaman. Penyisihan saya dari segala benda yang tidak sepatutnya saya ketahui di meja makan sebentar tadi agak menyesakkan dada. Saya perlu mengisi jiwa dengan semangat dan bukan 'inferiority complex'. 

Dikala melangkah pantas menuju pintu hotel saya sempat perhatikan keadaan di lobi sekiranya ada gadis-gadis tempatan mungil yang mampu mempercepatkan proses penyuntikan semula jiwa saya dengan semangat. Tidak ada.

Trafik dihadapan hotel tidak lah begitu teruk memandangkan populasi Moscow mencecah 10juta penduduk. Walau bagaimana pun pencemaran udara tetap ada tetapi bila lagi deria saya mampu menghidu bau asap musim luruh di Moscow jika bukan ketika saya disana? Saya bukan seorang wali yang bisa menyusup dicelah-celah perbezaan 'space and time' untuk tiba-tiba tercegat di tengah bandar Moscow, bila-bila masa yang saya suka. Bukan?

Rombongan saya mula keluar dari pintu hotel seorang demi seorang. Semua berpakaian kemas dengan jaket serta bertali leher. Kasut kulit hitam berkilat melindungi tapak-tapak kaki mereka dari debu lantai dan kejahatan laluan pejalan kaki bandar Moscow. Maklumlah, mereka mewakili Malaysia dan secara tidak langsung cara mereka membawa diri ketika berada di negara luar mencerminkan budaya dan masyarakat Malaysia. Mereka ada misi. Saya juga ada misi. 

Van yang akan membawa kami pada pagi itu tiba tepat pada masanya. Kami segera menaiki van tersebut dan sebagai anggota yang paling muda dikalangan mereka, saya duduk dibahagian belakang van. Bahagian yang paling banyak aksi bila tayar terlanggar lubang atau 'bump'. Saya buka butang paling atas kemeja saya untuk melonggarkan sedikit tali leher, palingkan mata kearah orang yang lalu lalang diluar dan pasrah dibuntut kenderaan.

"As mentioned yesterday, today we will be visiting two technology parks and meet owners of the company inside the parks incubator..", jerit ketua deligasi kami. Suaranya tenggelam ketika menyebut nama taman teknologi yang akan kami lawati. Sehingga kini saya tidak dapat mengingati nama tempat itu. 

Van deras menyusuri jalanraya Moscow menuju ke destinasi kami. Sekali-sekala ternampak kelibat kereta mewah 'made in USA' berdesup memintas. Pembantu rombongan kami yang berbangsa Rusia memberitahu saya bahawa Rusia sekarang bukan seperti Rusia dahulu. Barangan buatan Amerika tidak lagi dibenci malah menjadi idaman rakyat Rusia. 

"The most popular food joint here in Moscow is McDonalds", tambahnya.

"Oh, in Malaysia too". Jawap saya dalam hati.

Van tiba di taman teknologi pertama 45 minit kemudian. Pandangan pertama saya apabila melihat rupa paras bangunan itu ialah, "apa kejadahnya ni?".

- Akan disambung -

Edisi yang lepas:
- Ekspedisi Mockba
Ekspedisi Mockba -Zurich
- Ekspedisi Mockba - "Kilometer 23"
- Ekspedisi Mockba - Leningradskaya Hotel
- Ekspedisi Mockba - Sarapan Bersama Tan Sri

Saturday, July 13, 2013

The Cashier

This is a quick one.

I was supposed to have a late teh tarik session at a popular mamak spot in Kelana Jaya with a few friends that got called off tonight. I came early and since it was a late call-off, I had to finish my nescafe tarik and maggi goreng 'takde sayur' alone at the mamak.

No issue there.

As I was waiting for my change at the cashier, I saw behind her a framed picture of a mamak looking guy standing next to Tun Mahathir, with the both of them staring at a table full of food. As there were a few other people in the framed picture, I was assuming the prominent mamak looking guy next to Tun must be the owner of this mamak shop I just patroned.

Being a curious guy who want immediate answer, I asked the cashier,

"Abang misai tepi Tun tu owner kedai ni ke?"

She smiled sheepishly.

I repeated my question a few times but she kept giving me the "I dont know" sheepish smile.

I concluded that if I run a food joint, I will employ a female cashier who do not know the owner either. I guess she will never dare to steal from me.

Monday, June 17, 2013

Pertamina Butuh Kalahkan Petronas


Maafkan saya. Maksud butuh disini ialah mahu, seiring dengan intipati perbincangan saya untuk kali ini.

Perusahaan Pertambangan Minyak dan Gas Bumi Negara atau pendeknya Pertamina merupakan institusi yang menerajui pembangunan minyak dan gas di Indonesia. Manakala di Malaysia pula kita ada Petroliam Nasional Berhad atau pendeknya Petronas.


Jika dibandingkan dari aspek penubuhan, Petronas (1974) adalah adik kepada Pertamina (1968) tetapi dari aspek perolehan, Petronas jauh lebih maju dari abangnya itu. Tatkala Pertamina mengumumkan keuntungan bersih sebanyak USD2.8 billion pada tahun 2012, Petronas gah dengan keuntungan bersih USD20 billion (tukaran wang: USD1:RM3).


Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif pertama Petronas ialah Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) ketika beliau berumur 37 tahun. Tun Abdul Razak yang merupakan perdana menteri Malaysia ketika itu sangat percaya kepada kewibawaan Ku Li walaupun beliau ketika itu sangat muda dan menganggap tugas Ku Li di Petronas itu setaraf menjadi menteri di kabinet.

Diberitakan kepada saya oleh seorang sahabat keturunan kerabat Kelantan bahawa Ku Li telah ditawarkan habuan dan ganjaran yang lumayan dari kumpulan pengusaha minyak terkemuka dunia waktu itu, terkenal dengan panggil 'Seven Sisters', sekiranya Ku Li bersetuju agar Petronas menggunakan 'Production Sharing Contract' (PSC) model yang telah diguna-pakai di Indonesia (Pertamina). Dikhabarkan oleh sahabat saya itu, Ku Li ditawarkan RM500juta untuk bersetuju dengan cadangan Seven Sisters, tapi ditolak oleh Ku Li. Wallahualam.


Di Indonesia ketika itu, blok minyak dan gas yang dijumpai akan diusahakan dan menjadi milik penuh syarikat minyak yang telah dipilih oleh Pertamina. Kerajaan Indonesia hanya mendapat peratus dari keuntungan yang diperolehi mereka. Ku Li tidak bersetuju dengan cadangan itu kerana model Pertamina itu tidak menguntungkan kerajaan. Sebaliknya Ku Li memutuskan bahawa sumber minyak dan gas yang dijumpai di Malaysia ialah milik kerajaan Malaysia dan syarikat luar hanya boleh mengusahakan blok itu sebagai kontraktor yang akan berkongsi operasi dan keuntungan dengan Petronas. Melalui cara ini, kerajaan boleh mengekalkan pengaruh dan kuasa keatas minyak yang diusahakan dari segi operasi, keuntungan dan sebagainya.


Sebagai contoh, antara blok minyak yang pertama dibangunkan di Indonesia ialah 'Blok Mahakam' di Kalimantan pada tahun 1970. Blok itu menjadi milik 50%-50% diantara Inpex (Jepun) dan Total (Perancis) untuk dibangunkan. Sehingga kini blok itu masih kepunyaan mereka dan hanya akan dikembalikan hak milik blok itu kepada kerajaan Indonesia pada 2017. Pertamina menjangkakan akan menguna-pakai PSC model Petronas selepas mendapat kembali hak milik blok mahakam itu dan saya yakin PSC model yang sama untuk blok-blok seterusnya juga.

Nyata, keputusan Ku Li untuk menjaga kepentingan negara melebihi kepentingan diri sendiri (dengan tidak menguna-pakai model Pertamina) membuahkan hasil. Jika dulu Seven Sisters ialah Shell, BP, Gulf Oil, Mobil, Esso, Texaco dan Chevron, kini the new Seven Sisters seperti yang disiarkan oleh The Financial Times ialah China National Petroleum Corporation, Gazprom, National Iran Oil Company, Petrobras, PDVSA (Venezuela), Saudi Aramco dan Petronas.

Pertamina ada?

Wahai kawan-kawan. Kita harus ada perasaan cintakan negara dan bangsa untuk dapat berfikir secara rasional tentang apa yang baik dan apa yang buruk untuk masa depan kita. InsyaAllah jika kita ikhlas, kita akan berjaya.

Wednesday, June 12, 2013

Volkswagen a.k.a Wak Segan

Volkswagen.

Satu nama yang tidak lama dahulu terkenal dengan design yang kodok (VW Beetle) dan 'old-school' tetapi kini digemari segenap lapisan masyarakat termasuklah pakcik, makcik dan bloggers. Peminat-peminat VW akan mengerumun setiap keluaran model baru jenama VW tak ubah seperti lalat yang beria-ria menghurung secebis najis yang masih suam.


Model VW yang paling 'segem' ialah GOLF GTI. Lihat sahaja rekabentuk model Mk7 terbarunya dalam gambar diatas. Comel, kemas dan bergaya. Persis Neelofa sedang menggayakan 'spaghetti strap short dress' warna hitam dengan 'killer heels'. Rasa macam nak gigit gitu.

Kini, model GOLF GTI ini dicemari isu kononnya pengumuman didada akhbar Utusan baru-baru ini tentang penurunan harga GOLF GTI sebanyak 7% sebagai satu penipuan oleh pihak kerajaan.


Industri kenderaan bukanlah bidang saya. Ilmu saya lebih kepada penjagaan anak seperti membasuh bontot anak sampai bersih dan membuat susu anak pada jam 4 pagi didalam keadaan separa sedar. Namun begitu, terdetik dihati saya untuk mendalami isu penurunan harga VW GOLF GTI ini.

Saya bergegas membaca berita itu di Utusan Online (klik sini) dan saya ingin memetik beberapa perenggan seperti berikut:

"Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.


Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%)."

Ada dua perkara yang menarik hati saya disini.

Pertama, perkataan yang telah saya warnakan dengan warna merah diatas. Pemahaman saya ialah bahawa usaha kerajaan untuk menurunkan harga itu bukanlah sesuatu yang baru. Usaha ini telah mula dibuat sebelum PRU13 lagi.

Anda mungkin akan bertanya, jika memang usaha ini sudah dilakukan kenapa masih mahu dimasukkan kedalam manifesto PRU13? Nak tipu rakyat ke?

Pada pendapat saya ia harus dimasukkan kerana usaha menurunkan harga ini akan berlaku secara berperingkat, sehinggalah mencapai tahap penurunan 20-30%. Penekanan harus diberikan bahawa ini baru fasa pertama dan banyak lagi fasa yang wajib kerajaan tunaikan maka ia perlu dijanjikan didalam manifesto. Jika tidak masuk manifesto, nampak macam 'flip-flop' pula.

Keduanya, harga GOLF GTI dinyatakan telah turun sebanyak 7% dan didalam gambar diatas tertulis harga asal VW ialah RM169,888 dan telah diturunkan kepada RM157,888 tetapi ramai yang mengatakan bahawa harga yang dilancarkan oleh VW untuk GOLF GTI Mk7 ini memang RM157,888 pun. Nak tipu lagi ke?

Disini saya yakin bahawa kesilapan ialah didalam cara penyampaian pihak akhbar tentang penurunan harga GOLF GTI Mk7 itu. Untuk lebih tepat, pihak Utusan harus menulis bahawa RRP (recommended retail price) sebelum penurunan eksais duti sepatutnya ialah RM169,888 (ini bukanlah harga pelancaran) tetapi selepas kerajaan menurunkan eksais duti untuk fasa pertama, RRP (seperti yang telah dilancarkan oleh VW Malaysia) ialah RM157,888.

Mungkin kekeliruan yang sama juga akan anda dapati didalam 9 model lain yang disebut didalam artikel utusan itu. Bagi saya, semua ini hanyalah salah faham dan boleh dielakkan jika Utusan lebih teliti dalam kerjanya.

Saya ingin ulangi disini bahawasanya saya bukan didalam industri kereta dan saya mungkin tersilap. Maklumlah, SPM saya pun cukup-cukup makan sahaja.

Monday, June 10, 2013

Greece & Malaysia, Siapa Lagi Handal?

Waktu yang terbaik untuk membaca tentang perkembangan dunia luar ialah ketika mencangkung. Ia sesuai kerana mencangkung memerlukan pembacaan yang ringan, isu yang tidak ada kena mengena dengan kita dan mudah difahami supaya tujuan asal kita mencangkung dapat dilaksanakan sebaik mungkin. Kerana itulah didalam bilik mencangkung di pejabat saya ada majalah Newsweek lama, edisi cetak (untuk makluman Newsweek kini hanya beroperasi secara online dan edisi cetak hanya boleh didapati di U.K dan eropah).


Greece.

Itulah berita tentang perkembangan dunia luar yang saya baca ketika mencangkung pagi tadi. Kehancuran ekonomi Greece dan bagaimana kini ramai penduduk mereka menjadi gelandangan, miskin dan tinggal ditepi-tepi jalan. Untuk pengetahuan umum, pada tahun 2011 Bank Dunia meletakkan Greece pada kedudukan ke-34 didalam senarai negara dengan keluaran negara kasar (KDNK) tertinggi didunia manakala Malaysia ditempat ke-35.

Pada hemah saya, jatuhnya ekonomi sebuah negara bergantung kepada banyak perkara dan jika secara kolektifnya ia tidak dapat dibendung, ekonomi akan merudum.


Terdapat dua pendapat popular tentang ekonomi tetapi pada saya, untuk maju, sesebuah negara perlu melabur didalam ekonomi mereka sendiri. Kitaran wang didalam ekonomi juga harus aktif. Jika kerajaan sendiri tidak melabur, bagaimanakah kitaran ini akan menjadi aktif? Jika pulangan didalam pelaburan itu akan menguntungkan, tidak salah untuk kerajaan meminjam untuk menrealisasikan pelaburan itu bukan? Pokoknya, pelaburan itu harus menguntungkan negara dan pinjaman tersebut dapat dilangsaikan.

Kembali kepada masalah Greece.

Greece banyak bergantung kepada sektor perkhidmatan, perkapalan dan pelancongan didalam keluaran negara kasar mereka. Greece tiada sumber asli yang boleh mereka sandarkan untuk memangkin pelaburan seterusnya memacukan ekonomi. Apabila sektor perkhidmatan mereka jatuh, kadar pungutan cukai yang rendah dan beberapa lagi permasalahan dalaman negara yang tidak berjaya ditangani, Greece gagal didalam melunaskan hutang negara. Greece bangkrap justeru penduduk mereka menderita.


Alhamdulillah tidak seperti negara Greece, Malaysia mempunyai simpanan minyak dan gas yang berpatutan sebagai modal untuk menjadi paksi pelaburan yang lumayan selain dari kelapa sawit dan getah. Segala puji hanya lah kepada Allah, kerana telah melimpahkan begitu banyak rahmat kepada Malaysia. Malangnya ramai yang mengambil sikap sambil lewa atau "take for granted" dengan apa yang kita kecapi. Janganlah kita hancurkan kemakmuran negara kita ini walau dengan apa niat sekali pun.

Saya menulis ini setelah terbaca sebuah posting blog (klik disini) yang bergembira kerana berjaya memperlahankan usaha memajukan RAPID (salah satu usaha transformasi ekonomi berasaskan petroleum dan gas di Pengerang, Johor).


Saya sungguh kecewa kerana itu sepatutnya bukan cara kita.

Wednesday, June 05, 2013

Kritik, Keji, Gurau.

Selepas tsunami PRU13 kini kita dilanda krisis kebebasan bersuara pula. Atas alasan kebebasan bersuara, berbagai kenyataan yang bersifat negatif dari kacamata kerajaan (dan juga pada mata manusia marhaen seperti saya) telah dikeluarkan oleh golongan generasi baru yang kelihatannya lebih pro-pembangkang. Samada apa yang mereka nukilkan atas dasar kebebasan bersuara itu satu kritikan ataupun kejian, bukanlah hak saya untuk tentukan.

Secara peribadi, saya rasa kritikan adalah sesuatu yang perlu wujud. Samada kritikan itu membina atau pun tidak, datang dari golongan yang kita didik ataupun tidak, ia kekal sebagai kritikan dan saya yakin untuk kita maju kehadapan, kita harus belajar untuk terima kritikan. Yang penting, ego kita tidak perlu terlalu tinggi kerana ego boleh membutakan mata dan hati.

Berlainan pula dengan kejian. Perbuatan mengeji adalah dilarang oleh agama. Siapakah kita untuk mengeji ciptaan Tuhan? Ada yang cuba menyembunyikan perbuatan mengeji dibelakang tabir gurauan. Pada saya, bergurau pun ada hadnya. Kadangkala saya suka mengeji ManUtd tetapi kejian itu hanyalah satu gurauan kerana menyokong kelab bolasepak tidak menganggu prinsip kemasyarakatan, prinsip beragama dan prinsip hidup seseorang. Tidak tahulah pula jika mengeji sebuah kelab bolasepak itu boleh menjatuhkan maruah penyokong2 mereka tetapi rasa saya, tidak.


Saya harap kita semua faham perbezaan diantara mengeji, bergurau dan mengkritik kerana jika perbezaan ini kabur, maka ranaplah sifat keislaman kita dan hancurlah budaya ketimuran kita.

Friday, May 31, 2013

Siapa Kata Cina Jahat?

Saya tidak membenci cina tetapi saya rasa sudah tiba masanya saya berpendirian tegas.

Ramai juga yang bersetuju dengan program boikot barangan buatan orang cina rupanya. Walaupun pada dasarnya kita semua tahu bahawa sepatutnya hanya cina "ultra-kiasu" sahaja yang patut diboikot, tetapi untuk meneliti mana yang bukan dan mana yang "ultra-kiasu" ini agak sukar maka secara pukalnya mereka terpaksa memboikot "en bloc" atau menyeluruh.

Pada hemat saya, adalah lebih tepat jika kita jalankan usaha "buy chinese last". Ini kerana banyak barang keperluan kita dikuasai oleh kaum cina. Kalau boleh, mana barang yang pemiliknya melayu kita dahulukan.

Kerajaan perlu cari jalan untuk memajukan lagi sektor "SME" melayu jika kita inginkan pengurangan pengaruh cina didalam rantai ekonomi negara. Kita harus faham bahawa kaum cina tidak akan membenarkan melayu berjaya didalam sektor SME kerana ini akan merosakkan periuk nasi mereka. 

Satu contoh halangan dihadapi oleh sahabat saya kira-kira 2-3 tahun lepas. 

(Gambar hiasan)

Keluarganya menjalankan perniagaan menjual rempah secara kecil-kecilan di Terengganu. Melihatkan potensi yang ada, kawan saya bercadang untuk memindahkan operasi kecil-kecilan ini dari Terengganu ke Lembah Kelang dengan membuka sebuah kilang SME di kawasan kilang berhampiran rumahnya di Subang supaya mudah untuk dia mengawal-selia. Tambahan pula ayahnya yang dah tua akan menguruskan, oleh itu sesuailah jika kilang itu berdekatan rumah. 

Operasi yang mengguna-pakai mesin besar harus memiliki premis kilang dan tidak boleh menggunakan rumah kedai biasa. Puas dia mencari lot-lot kilang yang sedia disewa tetapi kesemuanya milik kaum cina dan selepas mengetahui bahawa sahabat saya akan mengilang rempah yang amat berpotensi, mereka tidak mahu menyewakan pada beliau. Sahabat saya tambah kecewa apabila cina-cina pemilik lot kilang itu menyarankan agar sahabat saya mengambil seorang rakan kongsi cina masuk kedalam syarikatnya sebelum mereka membenarkan sahabat saya menyewa dari mereka. 

Sehingga kini perniagaan kawan saya itu kekal kecil-kecilan di Terengganu.

Ini bukan cerita baru dalam negara kita. Segala macam halangan akan mereka kenakan kepada melayu yang berani melanggar perniagaan orang cina. Industri kayu-kayan yang sangat lumayan contohnya, kekal milik kaum cina. Jika ada pengusaha kilang papan milik melayu yang tidak bersekongkol dengan mereka, mereka boikot tidak mahu jual kayu mereka dikedai-kedai hardware milik cina. Kayu yang tidak terjual akan reput maka sebagaimana reputnya kayu itu, reputlah kilang milik melayu itu tadi.


Dulu ada seorang kenalan membuka kedai menjual basikal di Taman Melawati. Saya melawat kedainya dan mendapati kedainya tidak menjual basikal kanak-kanak. Menjual basikal kanak2 sangat menguntungkan tetapi pengedar basikal jenis itu (seorang pengedar bangsa cina dan mengedar basikal di kawasan itu) enggan menjualnya kepada kawan saya. Apabila ditanya, pengedar itu kata berhampiran kedai kawan saya itu ada sebuah kedai basikal milik cina dan jika beliau edarkan pada kedai kawan saya, akan menggangu bisnes pemilik kedai basikal cina itu pula.

Sudah lama mereka rasakan tidak salah jika mereka menekan kita dengan pelbagai cara halus tetapi mereka akan melenting apabila kita lakukan tindakan seperti "buy chinese last" keatas mereka. Yang lebih menghairankan lagi, ada juga orang melayu yang melenting apabila kita sokong tindakan "buy chinese last" ini.

Wednesday, May 22, 2013

Apa Lagi Aku Mahu?

Sungguh kecoh sejak sejak akhir-akhir ini tentang pelbagai perkara terutama sekali tentang isu perkauman. Saya tidak ketinggalan membaca penulisan dan mendengar ceramah yang boleh saya capai dari internet. Ini akan membuatkan saya celik isu bila berborak dikaki lima nanti.

Antara kupasan yang menarik hati saya ialah satu ceramah berjudul "For God, King and Racism" yang anda boleh lihat disini, menceritakan tentang bagaimana perjuangan pejuang nasionalis seperti Pak Sako, Ibrahim Yaakob, Mustapha Hussein malah Chin Peng juga didalam cubaan memerdekakan Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Penceramah memetik beberapa nama buku dan merumuskan bahawa sekiranya Amerika lewat seminggu mengugurkan bom atom di Nagasaki, Tanah Melayu sudah dimerdekakan oleh Jepun pada 17hb Ogos 1945. Penceramah menegaskan bahawa pejuang sebenar kemerdekaan bukanlah seperti yang diajarkan kepada kita waktu sekolah dan merupakan propaganda semata.

Selesai mendengar ceramah itu saya termenung sejenak.

Saya teringat kepada satu nasihat yang diceritakan oleh seorang kawan yang diterimanya dari seorang ahli ugama yang agak terkenal. Nasihat itu meminta kita agar sentiasa tabah, tenang dan bersyukur didalam menerima sesuatu kejadian. Ahli ugama tadi bercerita tentang seorang peniaga yang miskin. Peniaga ini tidak kaya tetapi hanya cukup untuk menampung perbelanjaan kehidupan ahli keluarganya. Satu hari, peniaga itu menerima satu tawaran yang cukup lumayan dari luar negara dan tawaran ini adalah peluang untuk si peniaga menjadi kaya raya. Malangnya si peniaga gagal menaiki pesawat dihari yang sepatutnya beliau pergi menerima tawaran tersebut. Beliau sungguh kesal dan pulang kerumah hampa. Setibanya di rumah, beliau terdengar berita bahawa kapal terbang yang sepatutnya beliau naiki itu telah terhempas dilautan. Terus beliau bersyukur kepada Allah kerana sekiranya beliau berada didalam pesawat itu tentu dia akan turut maut dan keluarganya akan ditimpa kesusahan yang amat sangat.

Mengambil iktibar dari nasihat ahli ugama itu saya yakin saya harus menerima segala takdir yang ditentukan oleh Allah Taala keatas Tanah Melayu yang kini dinamakan Malaysia. Tidak kiralah siapa yang membawa kita kepada keadaan yang kita hadapi sekarang dan tidak kira jugalah sekiranya ada yang mengatakan bahawa Malaysia akan punah jika kita tidak berubah.

Benar, kita perlu berusaha dan berdoa tetapi siapalah kita untuk melawan ketentuan Tuhan?

Thursday, February 28, 2013

Ok Glass. Ombak Rindu. Delete.

Didalam video demonstrasi Google Glass, terma "Ok Glass" ini sentiasa digunakan pada permulaan arahan sebelum Google Glass berfungsi. Sebenarnya saya kurang pasti tentang penggunaan terma "Ok Glass" ini tetapi apa yang saya pasti Google Glass adalah satu projek yang benar-benar mencabar aplikasi teknologi ketahap yang maksimum.


"Augmented Reality" Google Glass bukan sahaja cuba untuk menggunakan teknologi sebagai satu platfom untuk manusia berkongsi pengalaman visual dan audio mereka dalam masa nyata tetapi ia juga memberi informasi tambahan yang  tiada didalam otak pengguna apabila satu visual/audio muncul dihadapannya.

Sebagai contoh, kebiasaannya kita akan sentiasa memandang jam apabila kita lewat ke lapangan terbang. Kita jadi resah kerana ada kemungkinan kita akan terlepas penerbangan. Dengan adanya Google Glass, informasi tentang jadual penerbangan akan sentiasa kelihatan dimata kita tanpa perlu membuka laptop/smartphone dan ini akan membantu kita supaya lebih tenang dan peka dengan situasi genting yang sedang dihadapi.


Bayangkan pula anda sedang berada dihadapan MidValley dan dengan hanya memandang bangunan itu menggunakan Google Glass segala informasi tentang jualan murah didalamnya terpapar dihadapan mata secara automatik.

"Ok Glass. Lets do some serious shopping!"

Wednesday, February 13, 2013

Gaya Hidup Sihat

Nampak gayanya saya telah mengambil keputusan berbasikal untuk kekal sihat. Futsal dan berjogging sebulan sekali amat tidak mencukupi.

Sedang saya berjalan2 melihat kedai2 basikal untuk menangkap "feel", saya terserempak dengan sejenis topi keledar basikal yang agak ranggi untuk budak2.


Besar lah cepat anak jantan aku yang sorang tu. Tak sabar nak belikan dia topi buaya dan untuk saya pula, topi burung helang.

Amboi amboi amboi!

Monday, January 14, 2013

Art or Fart - Part II

Tahun lepas saya ada menulis tentang sebuah lukisan (anda boleh baca ). Ia sebuah lukisan yang  biasa dimata kasar tetapi hebat dimata hati.

Tempoh hari saya melayan Skyfall dan disatu scene seperti yang saya freezekan dibawah, lukisan dibelakang Q pembantu James Bond membuatkan saya tersenyum.

 
Sungguh mengujakan apabila apa yang saya rasa bagus juga diakui bagus oleh Sam Mendes, tuan pengarah Skyfall.

Wednesday, January 09, 2013

Pitera

Selama hidup ini, saya tak pernah terjumpa satu benda baru yang "revolutionary" atau "breaking boundaries" seperti Sir Isaac Newton yang terfikirkan tentang "The Universal Law of Gravitation" sewaktu buah epal jatuh depan matanya ketika dia sedang melepak bawah pokok epal sambil menghirup secawan teh.


Atau seperti kutu yang menjumpai Pitera setelah sekian lama membasuh beras sebelum dimasak dan kemudian menjadikan Pitera itu SK-II, sistem pencuci muka yang terbukti berkesan tetapi agak mahal.

Puas juga saya renung dan fokus dengan kejadian harian dihadapan mata, tapi haram tak jumpa lagi. Mungkin saya sedang fokus ditempat yang salah. Takpe, saya akan cuba lagi esok.