Celaka betol lah lensa Olympus 45mm F1.8 (gambar bawah) untuk kamera 'micro 4/3'. Geram aje saya menengok gambar 'portrait' dan 'street photography' yang menggunakan lensa yang murah ini. Semuanya cantik, indah, berseri dan berbunga ramona. Tengoklah hasilnya di flickr (sini).
Sebenarnya saya pun hairan dengan gambar yang diambil di negara bermusim sejuk. Gambar yang menggunakan 'camera body and lens' yang sama akan menghasilkan gambar yang jauh lebih kemas, bercahaya dan 'sharp' berbanding dengan gambar yang diambil di Klang Valley. Apa pasal lah agaknya eh? Humidity? Temperature? Frekuensi cahaya yang berbeza? Belacan?
Ahh.. geram, geram, geram betol!
Wednesday, December 26, 2012
Wednesday, December 12, 2012
The Line
I love Rolex watches. Whenever I have the chance to grab one, I will do so as swift as the wind and as firm as mount Everest.
One day back in 2005, my cousin and me went to Planet Hollywood in KL Plaza. We had dinner and lent our ears to a local band that I cannot remember who. As the night go by, we bid farewell to the club and went our way back home.
The next day, my cousin came over and showed me a watch (pic above) he found on our seat while we where in Planet Hollywood. I had a look at it and it felt real. It is real. So, I hand it over to him and said, "This is a real Rolex".
I could have told him it was not the original thing and he would have trusted me. To make the drama more enticing, I could have thrown it into the garbage bin and wait for him to disappear before scouring through the bin and kept the original Datejust 36mm Steel Domed Bezel only for me.
But I did not. There is a line that I dare not cross. That is just not me.

Tuesday, December 04, 2012
Komentari Radio
Apa yang kamu suka dan anggap penting mungkin tidak dapat dikongsi bersama dengan saya walaupun rambut kita sama hitam.
Ada benda yang saya tidak nafikan, tidak masuk akal untuk saya terima sebagai penting. Makan kuaci contohnya. Bagi saya kuaci tergolong didalam produk yang membazir, sama seperti kerepek kentang dan kacang. Ia tidak mengenyangkan langsung. Tapi kuaci adalah jauh lebih tidak munasabah jika dibandingkan dengan kerepek kentang dan kacang kerana sekurang-kurangnya kacang dan kerepek kentang sedap dibilas dengan Coca-Cola. Kuaci? Nak bilas dengan apa? Air liur?
Sabtu lepas saya tidak sempat untuk melihat 30 minit pertama perlawanan bolasepak diantara Malaysia dengan Indonesia dikaca televisyen. Waktu itu saya didalam perjalanan pulang dari rumah mak saya di Ampang. Maka terpaksalah saya mendengar perlawanan itu melalui corong radio didalam kereta.
Kenangan mendengar komentari perlawanan bolasepak menerusi radio terus menyelubungi jiwa. Tenang, saya mengimbas kembali pengalaman di asrama, separuh akhir Piala Malaysia tahun 1988 diantara Kuala Lumpur menentang Selangor. Ahh, seperti baru semalam ia berlaku. Pengacaraan radio yang bagus memberikan gambaran yang jelas dan menjadikan setiap pergerakan diatas padang bola seakan-akan bermain dihadapan mata. Sambil berbaring mendengarkannya, lambungan bola ke kiri dan kanan bahagian sayap serangan, meniti dibibir pemikiran, memukau mata hati. Sebelum bola menerjah kejaring, jari jemari sudah pun saya genggam erat dan jeritan "gol!" oleh pengacara akan saya sambut dengan laungan yang sama. Mungkin lebih kuat lagi.
Lama juga saya tidak mendengar komentari bolasepak dalam radio. Hmm, lama benar. Tatkala saya mencari siaran di radio, kenangan dan memori tadi tidak dapat saya bendung lagi. Saya tekan, saya tekan dan saya tekan lagi mencari siaran.
Tup, tup. Kedengaran suara komentari bolasepak berbahasa inggeris. Jelas sungguh bunyinya. Seperti mereka berada disebelah saya sahaja. Olahan bahasa dan penguasaan terminologi bolasepak yang digunakan amatlah bermutu. Lunak dan gemersik alunan pengacaraan beliau dan lamunan saya berterusan.
Teguran isteri mengatakan bahawa yang sedang kami dengari ialah komentari perlawanan EPL antara West Ham dan Chelsea menyentakkan. Saya teruskan mencari. Saya tekan butang radio lagi, tekan lagi, tekan lagi sampai jumpa. Sungguh tidak sabar rasa hati untuk mengecapi kenangan mendengar komentari bolasepak di radio seperti dizaman sekolah dahulu.
Akhirnya, jumpa juga.
Alangkah kecewanya saya dengan mutu siaran dan komentari bolasepak tempatan terkini yang gagal menceritakan aksi di atas padang dengan baik. Apa, dia ingat kita nampak apa yang dia nampak? Bunyi rakaman yang sebu pula amat menghairankan. Kenapa kualiti audio dari London yang bersiaran dari jarak hampir 10,000 batu lebih jelas dari siaran yang hanya 50 batu dari kita? Kenapa?
Penggunaan dan olahan bahasa bolasepak juga amat memalukan. Tolonglah fahami bahawa komentar di televisyen adalah langsung tidak sama dengan komentar di radio. Di televisyen, pendengar nampak apa yang pengacara ingin sampaikan tetapi di radio, pendengar nampak lampu brek kereta dihadapan.
Bila tiba-tiba kau cakap "Ooooo.. cubaan penyerang Indonesia tersasar..." selepas kau baru selesai kata "Bola hantaran Aidil kandas disitu...", adalah sangat memeningkan kepala otak pendengar radio.
Faham?

Tuesday, November 27, 2012
The Nostalgia Store
Saya sering hairan mengenangkan teknik pengurusan yang dimiliki oleh orang zaman dahulu kala untuk kekal produktif. Zaman tatkala talipon mendabik dada kerana ia merupakan cara telekomunikasi paling canggih. Saling berutus surat melalui pos atau mungkin telegraf suatu ketika dahulu adalah cara yang biasa untuk syarikat tempatan berurusan dengan syarikat luar negara. Saya pasti, sungguh perlahan perjalanan waktu ketika itu.
Kebiasaannya teknologi analog kuno akan dianak-tirikan dan lama-kelamaan akan terus lupus. Tempatnya akan diambil-alih oleh kuasa digital dan elektronik yang saya pasti pula, membuatkan masa berlalu begitu pantas. Sepantas Superman.
Bagi saya, teknologi terlalu cepat berkembang dan persaingan sengit diantara mereka agak melemaskan. Blackberry yang 4-5 tahun dahulu merupakan satu produk yang sangat orgasmik, kini semakin tok kadok dan seperti retak menanti belah, Blackberry ibarat telor budak dihujung tanduk. Apple IOS dan Android pula tak habis-habis berperang. Masing-masing tak sudah-sudah mengeluarkan model baru hingga habis budak kolej di Malaysia jatuh bangkrap.
Mungkin teknologi juga dikuasai oleh trend muda-mudi dan tidak semestinya citarasa mereka sentiasa adalah yang terbaik. Justin Bieber dan Kpop ialah dua contoh trend anak muda yang bapak budak seperti saya tidak boleh fahami langsung. Ahh, muda-mudi bukannya faham apa-apa. Yang mereka tahu, nak beromen sahaja.
Blackberry Bold 9000 yang saya paparkan didalam entri pertama blog saya telah mati dua minggu yang sudah. Hampir tepat tiga tahun saya melunyaikan, begitu banyak kenangan pahit dan manis telah kami lalui bersama. Malah, beratus juga entri blog saya taip mengunakan berry ini. Jujur saya ingin jelaskan bahawa Blackberry model baru memang agak meloyakan tetapi Blackberry Bold 9000 saya stabil sampailah ke akhir hayatnya. Bentuknya yang perkasa dengan butang menaip yang selesa diketik, model ini memang merembes.
Wahai 20E7AB32, semoga kau kekal didalam stor nostalgia aku selamanya.

Wednesday, November 14, 2012
Kami Pula Mendengar, Melihat & Merasa
Poster seorang lelaki tersengih puas bergantungan di stesyen komuter sekitar KL dan tertera dibahagian atas poster itu satu slogan yang mengandungi ayat "Kami Mendengar".
Rupa paras lelaki yang tersengih puas itu mirip orang melayu tetapi yang anehnya testimoni tentang mutu perkhidmatan KTM yang telah meningkat ditepi gambar lelaki tersengih itu, nama orang cina. Cubaan untuk menitipkan konsep 1Malaysia barangkali?
Komuter memang berwajah baru dengan penambahan jumlah koc berteknologi terkini buatan negara People Republic of China. Rajah perjalanan yang kelihatan elektronik dengan lampu oren untuk memberitahu lokasi stesyen terkini manakala lampu hijau berkelipan tanda hala tuju perjalanan, KTM gah. Ditambah pula dengan diskaun 50% untuk tiket perjalanan sekiranya anda pemegang kad 1Malaysia, KTM tampak mesra rakyat.
Saya agak teruja. Namun setibanya saya di Midvalley, saya menyedari bahawa konsep 1Malaysia ini agak sukar untuk ditelan bersama.
Saya membawa kereta tolak anak saya untuk ekspedisi kali ini, bertujuan untuk memberikan pengalaman naik keretapi kali kedua kepada anak saya. Di Midvalley, ada ketikanya saya naik ke tingkat atas dengan menggunakan eskalator kerana nak ke lif, agak jauh dan orang yang menunggu lif pun ramai. Dilemma naik lif ini agak rumit untuk dibincangkan. Maklumlah ada diantara mereka yang berpusu naik lif ini kadang-kadang naik hanya satu tingkat dan walaupun masih muda dan bertenaga untuk berjalan ke eskalator, mereka lebih suka bersesak naik lif yang menyebabkan pengunjung berkerusi roda atau ibubapa yang membawa kereta tolak seperti saya menjadi hati panas.
Kejadian yang tidak saya ingini berlaku ketika naik dari tingkat LG ke G. Memang eskalator yang satu itu agak sesak dan saya terpaksa beratur, menunggu giliran untuk naik. Saya jangkakan mereka yang bersesak bersama saya akan memberikan sedikit laluan kerana saya menolak kereta tolak dengan anak saya didalamnya. Jangkaan saya meleset. Mereka yang berkulit kuning, bermata sepet tetap mahu bersesak malah mereka sanggup berdiri ditepi kereta tolak saya yang menyebabkan tayar getah kereta tolak saya bergesel dengan bahagian tepi eskalator. Kereta tolak dan anak saya yang didalamnya bergegar-gegar tetapi golongan bodoh ini buat endah tak endah sahaja.
Saya tenung muka sekor-sekor tapi seperti memandang ke dinding, mereka buat tak tahu.
Ketika ingin pulang, komuter yang kami naiki agak lengang dan tidak memerlukan saya sinsing lengan baju untuk masuk kedalam. Dengan berkereta tolak, saya harap agar tempat untuk parkir kereta sorong orang cacat akan kosong dan membolehkan saya parkir kereta tolak saya disitu. Kereta tolak saya jenis yang agak besar dan sukar untuk dilipat. Sekali lagi jangkaan saya meleset. Golongan yang sama telah berdiri diruangan orang cacat itu manakala saya terpaksa berdiri dengan kereta tolak saya melintang menghalang separuh dari ruang jalan koc.
Kemarahan saya sudah tidak boleh dibendung lagi. Saya tinggikan suara dan tanya kepada dua orang kuning mata sepet yang berdiri disitu, "ini tempat orang cacat. You cacat ka?". Seperti biasa, mereka buat tak tahu. Terpaksalah saya masuk ke bahagian dalam yang agak kosong untuk parkir kereta tolak saya. Saya rasa nak bertumbuk dah dan mulut saya menghamburkan kata "bodoh punya orang", tapi mereka tetap membatu.
Bertahun lamanya saya memberi muka kepada mereka, berlemah lembut dengan mereka. Yer benar, tidak semua yang begitu tetapi tahukah anda apa yang ada didalam hati kecil mereka? Apabila orang kita berpecah belah, mereka bersatu. Atas alasan untuk menjadi pemerintah yang lebih adil? Betul ke? Jika ruang hanya seluas dua kaki di eskalator dan didalam komuter pun mereka tak mahu beri, anda ingat mereka akan pulangkan tanahair kita bila didalam genggaman mereka?
Jangan jadi naif.
Ideologi 1Malaysia sebegini tidak lagi memberi makna didalam diri saya. "Survival of the fittest" yang mata sepet ini dramakan dihadapan saya akan saya pulangkan kepada mereka dengan lebih keras. Saya tidak akan ganggu kamu selagi kamu tidak ganggu kami.
Selesai turun dari komuter, saya memandang poster lelaki tersengih bernama Jimmy Tan itu dan berkata didalam hati, "langkah mayat aku dulu sebelum mahu ambil negara ini".

Wednesday, October 31, 2012
Menangkap Cahaya
Saya amat gemarkan fotografi. Pengalaman dan memori yang ditangkap oleh lensa sering berjaya membuatkan saya tersengih sendirian tatkala melayari koleksi foto-foto ini. Tak kesah lah gambar yang saya ambil ataupun gambar yang orang lain ambil. Saya tidak prejudis apabila berbicara tentang fotografi.
Fotografi hanyalah teknik merekodkan cahaya yang akan dipantulkan masuk kemata kita. Jadi tak kiralah sports, portrait, landscape atau wildlife photography. Saya suka semua. Pokoknya, mampu dengan tidak mampu sahaja.
Foto diatas ditangkap oleh seorang kawan yang sangat suka masuk hutan dan ambil gambar wildlife, burung khususnya. Dalam facebook dia ada beratus gambar burung. Untunglah dia kerana mampu nak beli lensa 300mm dan 500mm yang besar macam bazooka.
Kepada yang gemarkan foto sebegini, lawati lah facebook beliau (klik sini). nama dia Johari tapi mesra dipanggil MatJo. Dia seorang yang baik.

Thursday, October 25, 2012
Of Books, Malls and Meatworks.
Visited Times yesterday evening just for the fun of looking at books. I don't read much but I do love the smell of a new book. Paperback is the best, both in terms of its smell and handleability (is there such a word?). I mean, I prefer carrying a paperback around rather than a tough hardcover, anytime. Its sheer flexibility allows me to bend it, misplace it, drop it, forcefully shove it into an already stuffed bag and have coffee stains all over it without a tint of remorse. Not to mention cheap.
To put it simply, a hardcover is a lady while a paperback is a bitch.
Anyway, the visit yesterday was for me to buy the new Steven Gerrard autobiography but I guess the store owner is not a kop and might be a scum by the look of things.
The Meatworks which is located one floor beneath the stupid bookshop looks a bit stale, ailing for customers. From my observation they seem content having to entertain only a handful of patron every day for quite sometime now and oddly enough, the restaurant does not seem to faze a tiny bit. I mean, one must be filthy rich to sustain this exclusive food joint at that rate, its fascinating. It also sucks balls because every time I pass by I have to turn away so that I do not have to show mercy and walk in to eat their food. Which comes to my next conclusion. No matter how good the food is, people never forget.
Friday, October 19, 2012
Darul Iman
Minggu sudah, saya bercuti ke Terengganu. Pulau Redang khususnya. Terbaik.
Ini ialah kali ketiga saya ke Pulau Redang. Dua kali menetap di Laguna Redang dan sekali di resort kecil sahaja.
Terengganu ialah sebuah negeri yang amat-amat cantik. Tidak dapat saya jelaskan dengan kata-kata betapa amannya suasana dan cantiknya persisiran pantai yang menjalar disepanjang negeri itu. Dengan air laut yang menghijau serta pulau-pulau kecil melindungi pantai-pantainya, menambahkan lagi keindahan negeri ini.
Cuma dialek bahasanya sahaja yang agak ganas, natang.
Mungkin Sabah bisa menandingi Terengganu dari aspek keindahan alam sekitar seperti ini tetapi jika diambil kira faktor lojistik, Terengganu menang besar.
Saya dan isteri saya amat gembira bercuti kesana namun yang paling gembira ialah anak saya.
Malaysia, syurga asia.

Tuesday, September 25, 2012
Binatang Peliharaan
Apabila saya berada dikaunter pembayaran dan perlu memilih untuk menghulurkan duit cantik atau yang sudah rosak, saya akan hulurkan duit yang cantik. Anda bagaimana?
Sewaktu saya minum teh tarik bersama rakan sepejabat di restoran Kapitan tadi, kami telah berbincang mengenai binatang peliharaan. Betapa comelnya kucing, iguana itu mahal harganya dan ada juga orang yang membela ular sawa.
Timbul cerita tentang seorang kawan, kepada kawan, kepada seorang kawan yang anaknya ada membela seekor ular sawa. Anaknya dalam lingkungan umur 10-12 tahun dan telah beberapa tahun membela ular sawa kesayangannya itu.
Pada suatu hari ketika ingin memastikan yang anaknya sudah tidur dibilik, beliau perasan ular sawa itu tidak tidur melingkar tetapi memanjang disebelah anaknya. Yer, anaknya tidor dengan ular sawa. Keesokan malamnya, si bapa tadi perhatikan lagi tabiat ular sawa itu dan seperti semalam, ular sawa itu tidur memanjang disebelah anaknya. Selama empat malam berturut-turut, kejadian yang sama berlaku. Beliau mulai risau.
Pada hari kelima, dia pergi berjumpa seorang doktor haiwan dan menceritakan pengalamannya. Doktor haiwan itu menyuruhnya melepaskan ular sawa tersebut dengan berkata, "ular sawa itu sebenarnya sedang mengukur. Jika dia rasakan masanya sudah sesuai dan badannya sudah boleh menerima, dia akan menelan anak tuan". Bapa budak itu terus terdiam dan bergegas pulang kerumah.
Petang itu si anak menangis teresak-esak ketika ayahnya merampas binatang peliharaan kesayangannya dari tangan kecil beliau.

Friday, September 21, 2012
Being Rebellious
One of the most famous quote by the late icon Steve Jobs was, "It is more fun to be a pirate than join the navy".
Everybody wants to be a rebel. This is the norm in society. I accept this fact because I was once a rebel myself. When I was a kid, given the chance I would never listen to anything my parents say and I always wanted to be a Jedi so that I can join the rebel alliance.
I can also understand adults staying rebellious over things that are trivial such as pushing the 7-eleven door when there is a "pull" sticker the size of an elephant on the glass. But this form of rebellion does not make headlines.
What I fail to appreciate is the fact that someone can rebel over everything, his/her entire life. One might say that it is a matter of principle but hey, things around you change and when they change naturally you should too. Not in a drastic way but in a subtle, uncompromising, politically correct manner.
People grow up. Don't you?
Maybe they are just scared of something which reminds me of Master Yoda's word of advice, "Fear leads to anger. Anger leads to hate. Hate leads to suffering".
Wednesday, September 19, 2012
Ucapan Ala #Ecah
Created on the 17th of September 2012. Yes, posted 2 days late.
Slowpoke. Ecah.
Thursday, September 06, 2012
Inner Peace
Memory serves me well but sometimes when I remember the stupid things I did when I was young, I feel really really sad. Bad things that I did to people.
Wednesday, August 15, 2012
Pehh.. lama dah tak jamm.
Kutu lead gitar saya yang memakai baju Liverpool didalam klip video diatas sedang mengumpulkan ahli baru untuk mula jamm semula.
Saya?
Saya tukang lalak tapi saya bukan ketua. Saya follow aje.
Thursday, August 02, 2012
Ballyhaunis, Ireland
Terbaca tentang Republic Ireland di twitter tadi, saya teringat sesuatu.
Ye, saya pernah ke Republic Ireland sekali dengan menaiki sebuah ferry yang sangat besar seperti dalam gambar dibawah. Tapi dulu bukan Irish Ferries rasanya. Kami bertolak dari Holyhead, Wales terus ke Dublin dan mengambil masa dalam 2 jam.
Saya tak mahu bercerita tentang pengalaman ke sana sangat tetapi nostalgia dalam diri tidak dapat saya tahan. Cukuplah sekadar untuk mengingatkan saya kepada penemuan sebuah masjid sewaktu perjalanan kami dari Dublin ke Cork, masjid yang dibina dan bukan rumah sewa diubah menjadi masjid di sebuah pekan kecil bernama Ballyhaunis di wilayah Mayo.
Pada mulanya saya tak ingat nama bandar kecil itu. Yang saya ingat hanyalah rupa masjid yang tidak berpenghuni, kosong ditengah-tengah musim sejuk. Dari rupa parasnya, memang sah ia jarang digunakan walaupun ada yang menjaganya dan peralatan didalamnya mencukupi.
Ketika kami tiba, tiada pemanas haba jadi keadaan dalam masjid itu sangat sejuk. Saya masih ingat kesejukannya hingga agak sukar untuk kami mengambil wuduk dan persinggahan kami pun sebentar sahaja. Kami meneruskan perjalanan ke bandar Cork, diselatan Ireland.
Puas saya mencari masjid ini didalam internet tadi dan akhirnya saya jumpa di facebook. Ia sudah kelihatan agak berlainan dari apa yang saya ingat tetapi kubah hijau itu saya tidak lupa. Penjaga masjid yang ada bersama kami ketika itu menceritakan bahawa masjid ini dibina oleh seorang peniaga daging berbangsa Pakistan yang mengahwini penduduk tempatan. Dia berniaga di Ballyhaunis dan membina masjid itu.
Bila saya google sekarang, barulah saya tahu nama peniaga itu dan masjid ini ialah masjid pertama yang dibina khas di Ireland. Boleh baca disini (klik sini).
Melihatkan gambar ini, masih terngiang diingatan saya tentang betapa terperanjatnya saya melihat sebuah masjid cantik tersergam ditengah kawasan berpenduduk tidak lebih 1500 orang bukan islam yang jauh terpencil dipelusuk Ireland, betapa baiknya penduduk Ireland dan betapa sejuknya musim sejuk disana.
Monday, July 30, 2012
Illuminati
Saya ada seorang sahabat yang suatu ketika dahulu sangat gemar mendalami kegiatan illuminati, freemasonry, zionism dan bebenda yang berkaitan dengan yahudi. Ketika itu orang melayu dihubungkan dengan internet hanya melalui modem. Modem paling power ialah US Robotics V.92. Apabila anda mendial ISP samada Jaring atau TMNET, modem akan berbunyi, "toing, toing, tetetoing, toing, berrzzkkkk, toing". Antara TMNET dan Jaring, bunyi toing toing nya agak berbeza tetapi ia masih bunyi yang sangat indah.
Anyway, sahabat saya itu akan membaca setiap laman web yang berkaitan dengan perkara diatas. Siapa mereka, apa agenda mereka, dimana mereka dan sebagainya. Mana-mana dokumen yang boleh dia muat-turun, dia akan muat-turun. Kadang-kadang sehingga berejam-jam hanya untuk satu article bersaiz 15MB. Tapi dek kerana suka dan sifat ingin tahu yang membuak-buak, dia cekal. Dulu tiada wikipedia.
Disuatu hari yang indah, dizaman yang amat susah untuk menjadi salesman Perodua kerana komisyen jual kereta Kancil sahaja boleh mencecah RM30,000 sebulan menjadikan profession itu sangat digemari mat rempit, sahabat saya tadi telah menerima sepucuk surat beralamatkan rumahnya dari Amerika Syarikat yang tiada mengandungi apa-apa selain dari sekeping duit satu (1) USDollar. Mulai dari saat itu, dia berhenti mendalami perkara berkenaan illuminati lagi.

Thursday, July 19, 2012
Makcik Ground Floor
Hari-hari bekerja saya akan hantar anak saya ke babysitter yang berhampiran dengan pejabat. Rumah baby sitter itu di pangsapuri biasa-biasa dan berada di tingkat 2.
Letih juga mendukung anak naik tangga/turun tangga hari-hari. Bila hari hujan, lagi lah saya tension.
Di ground floor pangsapuri babysitter itu, ada seorang makcik yang berumur lewat 40an. Dia sangat peramah dan setiap kali terserempak dengan saya dan anak saya, beliau akan menegur kami sambil tersenyum. Kelihatan dia sangat ceria. Tak pernah saya nampak dia murung atau masam muka.
Suatu hari, saya sarapan dengan anak di restoran bersebelahan pangsapuri babysitter. Duduk di tepi kami ialah makcik ground floor tersebut. Seperti biasa, dia akan menegur bermain-main dengan Adam.
Kemudian dia mula bercerita.
"Makcik minum teh tarik gelas kecik ni sekali seminggu aje nak. Maksud makcik, ini sahaja air yang makcik minum untuk seminggu. Makcik ada sakit buah pinggang. Seminggu tiga kali makcik berulang ke pusat dialisis di Petaling Jaya."
Saya terngangga. Saya minum 3 liter air sehari, itu pun masih dahaga.
"Jarang makcik makan nasi. Bila nasi cerna dalam perut, ia hasilkan air. Jadi makcik makan roti hari hari. Kadang-kadang makcik dah rindu nasik, makcik makan sikit." Raut wajah makcik masih ceria walau menceritakan kepahitan hidup.
Saya jadi lesu.
Melihat kan muka saya yang sudah tak lalu nak makan, makcik tu sambung lagi bercerita.
"Doktor kata umur makcik ni memang panjang sebab ramai yang kes kronik macam makcik ni maksimum pun 15 tahun sahaja hidup. Tangan kanan makcik ni dah hampir lumpuh sebab tak ada tempat nak cucuk untuk dialisis. Dah 20 tahun makcik macam ni nak. Makcik dah tak kesah. "
Makcik ground floor masih tetap tersenyum dalam bercerita.
Mulai dari saat itu, saya pastikan supaya saya sentiasa bersyukur dengan kesihatan yang Tuhan berikan kepada kami sekeluarga dan jika saya murung, saya akan teringatkan makcik ground floor yang tetap tersenyum dalam perit-jerih menempuh kesakitan harinya selama 20 tahun itu dan saya akan ikut senyum.

Wednesday, July 18, 2012
Layu - Malique
Dulu saya jarang mendengar muzik Malique (ex-Too Phat) tapi sekarang makin kerap pula saya layan.
Bagus lirik dia.
Keep it up.
Thursday, July 12, 2012
AIA
Semasa saya sedang menunggu keputusan SPM dahulu, saya telah mengambil keputusan untuk mencari kerja sementara. Ada rakan-rakan mengajak saya menjadi pam attenden, tapi saya tak mahu. Bukan kerana kerja itu jijik tetapi kerana saya tak tahan nak bau petrol lama-lama. Boleh jadi mereng.
Berbeza dari rakan yang lain, saya mendaftar di sebuah agensi pekerjaan di bangunan Cahaya Suria. Kawan juga yang rekemen agensi tu. Waktu saya masuk, seorang ahso sedang sebok membelek suratkhabar cina.
"You mau kerja ofisboy?". Tanya ahso.
"Boleh jugak. Tapi saya takde lesen motor dan kereta". Saya balas.
"Ok, ok. Sekarang you bayar RM100 duit pendaftaran kemudian pergi bangunan AIA, Jalan Ampang sana. Jumpa ini orang." Ahso hulur sekeping surat kepada saya. Selesai bayar, saya pun bergegas pergi.
Habis sahaja ditemubual oleh orang yang ahso tadi suruh jumpa, saya terus diminta bekerja. Macam-macam kerja saya kena buat tapi lebih kepada kerja kuli lah. Angkat barang, susun barang, clear store, beli nasi bungkus akak sebelah meja dan macam-macam lagi.
Dua minggu saya bekerja macam itu. Masuk minggu yang kedua, saya diminta membuat kerja yang lebih advance. Seperti mengisi borang pakai pen dan menyimpan borang itu mengikut susunan yang telah ditentukan oleh boss.
Satu hari, sorang kakak ni minta tolong saya taip surat pakai typewriter (zaman itu, komputer belum canggih). Saya boleh menaip sebab arwah abah saya dahulu ada sebiji. Waktu kecik memang saya selalu main taip-taip pakai mesin taip. Kakak itu sedang menggelabah kerana kerja dia banyak sangat dan surat itu sangatlah urgent.
Saya pun terus menaip surat yang kakak tadi minta. Bila tersilap, saya akan 'blanco'. Banyak betul 'blanco' atas surat itu. Usai menaip, saya hantar surat itu kepada boss besar, seperti yang kakak itu pinta.
Boss besar saya mengetap bibir apabila melihat surat yang saya taip itu dan terus memanggil kakak tadi. Dihadapan saya kakak itu dimarahi. Saya keluar bilik boss besar dan sewaktu membelakangkan bilik itu, kedengaran kakak tadi kena tampar. Saya sangat sedih kerana kesalahan saya, kakak itu pula kena.
Esoknya saya malas nak pergi kerja. Sampai sekarang saya tak pernah jejakkan kaki di AIA lagi.

Thursday, July 05, 2012
Ahad Lepas, Adik Ipar Saya Kawin
Selamat pengantin baru ika (atau nama glamour ko dik, Maya).
Tuesday, July 03, 2012
Doktor Yang Hebat
Pediatrician yang sejak dari dahulu lagi merawat anak saya ialah Dato Dr Musa Mohd Nordin. Beliau bertugas di unit kanak-kanak Damansara Specialist Hospital.
Isnin lepas saya membawa anak saya yang kini berusia 2 tahun berjumpa beliau untuk mendapatkan vaksin hepatitis B, mengikut jadual.
Selesai timbang berat, ukur tinggi dan vaksin yang mengambil masa 45 saat, kami berborak kosong dan dia mula membuka cerita tentang pengalamannya bersama kumpulan NGO 'Viva Palestine' yang banyak menjalankan kegiatan membantu orang-orang Palestine di semenanjung Gaza. Dia baru pulang dari Gaza minggu sudah dalam proses membekal peralatan perubatan dan makanan berjumlah RM1juta.
"Sehari sebelum kami tiba, jet pejuang Israel mengebom Gaza dan 8 maut.
"3 hari saya di sana, Alhamdullillah tiada pengeboman. Kami diberitahu, sehari selepas kami pulang ke Malaysia, Gaza dibedil lagi.
"Macamana nak lawan jet pejuang yahudi jika mereka hanya bersenjatakan senapang buruk? Apa yang kita boleh buat hanya memberikan mereka bantuan. Kita beri lembu untuk mereka ternak. Mereka pun sekarang dah boleh berdikari. Yahudi tak benarkan mereka kelaut untuk menangkap ikan, mereka buat kolam dan ternak ikan. Alhamdulillah."
Ayat yang mengakhiri perbualan kami.
Saya tenung muka Dr Musa lama. Sebelum keluar dari biliknya saya mengucapkan terima kasih dan terus menuju ke kaunter pembayaran.
"155 ringgit ye encik", pinta kerani di kaunter. Kali ini, sedikit pun saya tidak mengomel ketika membayar.

Wednesday, June 27, 2012
Saya Geram Tengok Luca
Semua entri blog dia di lucadeketiak.blogspot.com ada footnote 'posted using android bla bla'.
Ni saya tengah test equipment. Harap-harap adalah tulis something yang boleh fight luca.

Friday, June 22, 2012
Cerita Bola Sepak Malaysia - Kuala Lumpur 1987-89
Manusia beratur seperti rantai dihadapan mesin tiket KL monorail Stesen Imbi yang mengadap Berjaya Times Square. Sebenarnya stesen ini terhimpit diantara dua bangunan gergasi dan disokong oleh tiang-tiang besar dicelah jalanraya menuju Jalan Imbi, sajak dengan namanya. Himpitan yang jelas memberitahu kita bahawa perancangan pertumbuhan bandar Kuala Lumpur ini bolehlah dirumuskan sebagai ‘hampir tiada’.
Suasana sudah mula redup. Angin yang asalnya sepoi-sepoi kini semakin menganas. Dahan-dahan pokok yang menjadi lanskap mengindahkan kawasan Berjaya Times mula menggila. Bau hujan makin jelas menusuk hidung. Titis air halus mula gugur berpusing-pusing melayang ditiup angin deras. Saya berdoa agar saya sempat sampai ke KL Sentral sebelum hujan lebat turun.
***
Saya memandang keluar tingkap gerabak, menggelamun menyaksikan titis air yang berselirat dan menjadi huru-hara apabila ditiup angin kuat memukul bahagian luar tingkap. Tiba-tiba titisan air hujan yang tadinya penuh melekat di tingkap gerabak menjadi semakin sirna. Nun jauh diluar dan membelakangkan lembayung senja, kelihatan sebuah kubu. Kubu yang pernah menjadi kebanggaan negara suatu ketika dahulu. Kubu yang didalamnya pernah dilaungkan kalimat bersejarah, “Merdeka! Merdeka! Merdeka!”
Kubu yang diberi nama Stadium Merdeka.
Walau dengan cat yang kelihatan masih elok dan hanya sedikit kusam akibat serangan kulat hitam yang meliar menyelubungi bahagian tepi konkritnya, Stadium Merdeka jelas tampak sunyi dan keseorangan. Berjirankan pencakar langit yang pernah bertakhta sebagai yang tertinggi didunia, Stadium Merdeka kini tinggal sejarah.
Bunyi geseran tayar gerabak tadi semakin menghilang. Kini, mula menguasai telinga dan minda saya hanya sorakan pengunjung yang bergema dari dalam stadium dan manusia yang berpusu-pusu mencari tempat parkir kereta diluar manakala penunggang motosikal pula sebok memastikan helmet ‘Apollo’ buruk mereka tersendal kemas ditempat duduk motor. Saya yakin mereka ada helmet yang jauh lebih cantik dari itu dirumah. Gema sorakan tadi mendadak naik dan seperti mana ia datang, mendadak surut. Jerit pekik penjual air dan burger juga bersimpang-siur didalam minda.
Pemandangan saya tiba-tiba terus menjadi gelap.
“Wooooaarrrrrrrrrrrrrr!” Gema sorakan dari dalam stadium menyentakkan saya yang tiba-tiba ibarat dalam mimpi, sedang berjalan menuju kearah Stadium Merdeka didalam gelap malam. Ditemani lampu kuning jalan dan agas. Saya berdiri tercegat bagai dilanggar garuda. Tercenggang.
“Lubang kekunci masa mana pulak yang aku dah lintas ni?” hati saya berdetik. Sekeping tiket ditangan menunjukkan saya harus ke pintu masuk stadium nombor 1.
Debaran makin terasa dan langkah saya makin laju. Saya renung kembali tiket dalam genggaman yang tertulis, “Perlawanan Akhir Piala Malaysia tahun 1989”. Lidah saya menjadi kelu.
*************
Sedikit sedutan dari cerita pasukan bolasepak Kuala Lumpur (1987-89) yang saya tulis bersama beberapa lagi jemaah penggila bolasepak Malaysia didalam buku Cerita Bola Sepak Malaysia.
Akan dijual di KLAB esok.
Semoga buku terbitan Dubook Press ini mendapat sambutan hangat.

Wednesday, June 20, 2012
Cacat
Mungkin seorang yang cacat fizikal ada kelemahan yang mengekangnya dari melakukan sesuatu tetapi ini tidak bererti dia lemah sepenuhnya. Ramai dari mereka boleh berfikir dengan waras dan selalunya kekurangan mereka itu tidak membahayakan orang lain.
Adalah tidak wajar untuk kita mengklasifikasikan mereka yang ada kekurangan dari aspek fizikal sahaja patut digelar cacat. Pada saya, kekurangan dari segi mental juga boleh dianggap cacat. Malah kecacatan mereka ini kadangkala lebih kronik dari manusia yang cacat fizikal.
Seorang gadis yang sentiasa murung tetapi masih setia kepada teman lelaki yang sering membohongi, memukul dan meminta wang darinya adalah seorang yang cacat. Seorang lelaki yang membawa motor seperti seekor monyet diatas jalanraya persekutuan pada kelajuan 120km/j adalah seorang yang cacat.
Saya juga cacat. Dari kecil sampai lah sekarang, saya tidak dapat membezakan yang mana nombor genap dan yang mana nombor ganjil. Masa saya sekolah dahulu, saya cukup takut jika ada soalan matematik yang ada unsur genap dan ganjil (contohnya soalan kebarangkalian) tapi bagi saya ini tidak penting. Yang penting, cacat seperti saya tidak membahayakan nyawa sesiapa.
3 ialah nombor ganjil. Jujur saya katakan saya baru sahaja meng'Google'nya.
Adalah tidak wajar untuk kita mengklasifikasikan mereka yang ada kekurangan dari aspek fizikal sahaja patut digelar cacat. Pada saya, kekurangan dari segi mental juga boleh dianggap cacat. Malah kecacatan mereka ini kadangkala lebih kronik dari manusia yang cacat fizikal.
Saya juga cacat. Dari kecil sampai lah sekarang, saya tidak dapat membezakan yang mana nombor genap dan yang mana nombor ganjil. Masa saya sekolah dahulu, saya cukup takut jika ada soalan matematik yang ada unsur genap dan ganjil (contohnya soalan kebarangkalian) tapi bagi saya ini tidak penting. Yang penting, cacat seperti saya tidak membahayakan nyawa sesiapa.
3 ialah nombor ganjil. Jujur saya katakan saya baru sahaja meng'Google'nya.
Thursday, June 14, 2012
Banglo Usang di Lubang 8
Jika seseorang itu ada banyak harta dan wang bersama dengan naluri sebagai seorang manusia biasa, apakah yang akan mereka lakukan dengan wang dan harta yang banyak itu?
Ramai diantara mereka akan membeli kereta mewah, rumah mewah, pakaian mewah, tas tangan mewah dan segalanya mewah. Mungkin tujuan mereka hanyalah untuk merasai kenikmatan menggunakan barangan mewah kerana kebanyakkan barang mewah ini mempunyai kualiti yang sangat baik.
Mungkin juga ada yang bertujuan untuk menunjuk-nunjuk, riak dan sombong.
Setiap tahun, satu pertandingan golf antarabangsa akan dianjurkan di kelab golf 'The Mines'. Sekiranya berkesempatan, saya akan pergi menyaksikannya dan setiap kali saya kesana, saya akan sentiasa teringatkan peristiwa pertama kali saya lalu ditepi rumah banglo yang terletak diantara lubang 8 dan 'tee-box' nombor 9 kelab golf itu.
Mengikut kepercayaan orang cina (harus kita ingat, 'The Mines' ialah milik Tan Sri Lee Kim Yew, seorang cina) nombor lapan mempunyai sifat 'untung' atau 'nasib baik' yang sangat bernilai. Jadi pada pendapat saya, rumah banglo ditepi lubang nombor 8 haruslah gah, kelihatan amat mewah dan dimiliki oleh seorang billionaire. Pendapat saya itu adalah sangat berpatutan kerana banglo didalam kelab golf ini semuanya hebat-hebat malah banglo di tepi lubang no 7 sahaja sudah seperti istana yang saya pasti memerlukan 'elevator' untuk ketingkat paling atas.
Saya jadi amat hairan apabila mendapati rumah banglo di tepi lubang nombor 8, diatas tapak tanah yang paling bernilai, didalam kelab golf yang paling mahal di Malaysia ini hanyalah sebuah banglo dua tingkat yang sangat normal.
Banglo lama yang dilamannya berpohon rendang dan dianjungnya tersadai sebuah kerusi rotan mungkin tempat untuk membaca, persis rumah yang kita biasa lihat di Petaling Jaya atau didalam cerita P.Ramlee. Parkir ditepi banglo itu pula hanya ada beberapa buah kereta biasa dan kalau tidak silap saya kebanyakkannya kereta buatan tempatan yang berharga kurang dari RM50,000 dan ada yang kelihatan usang. Dengan kain baju yang tersidai diampai luar rumah banglo itu, saya amat pasti banglo itu milik seorang melayu.
Otak saya jadi tidak keruan. Sesuatu yang tidak logik sedang bermain dihadapan mata saya. Ianya ibarat berada didalam sebuah 'showroom' kereta mewah tetapi tiba-tiba 'centre piece' ialah hanya sebuah kereta Proton Megavalve milik seorang yang tidak pedulikan kemewahan.
Saya amat yakin pemilik banglo itu ialah seorang yang luarbiasa dan firasat saya jelas terbukti benar apabila saya mendapat jawapannya dari seorang pekerja di kelab golf yang sama. Air mata saya hampir menitis apabila mendengar nama pemilik rumah itu. Bukan kerana sedih tetapi teruja.
Kau memang sangat-sangat istimewa.
Wednesday, June 06, 2012
Personaliti TV
Menjadi seorang personaliti televisyen datang dengan pelbagai cabaran. Disamping kerja yang tidak tentu masa dan memerlukan pengorbanan yang tinggi, ia juga menaikkan status individu itu dari manusia biasa ke manusia luar biasa.
Lihat sahaja Karam Singh Walia. Pengacaraan beliau sebenarnya biasa-biasa sahaja tapi keunikan berbahasa melayu dihadapan kamera menonjolkan personaliti itu dan telah mempopularkannya. Tangannya yang berpusing-pusing ketika berbicara juga amatlah luar biasa.
Seorang lagi personaliti televisyen yang melonjak naik statusnya dari manusia biasa ke manusia luar biasa ialah Azrinaz Mazhar Hakim. Azrinaz memang comel. Dari seorang insan pembaca berita TV3 yang normal, beliau dilamar lelaki antara yang paling kaya didunia. Sejuk perut ibu ketika mengandungkannya. Kini, beliau telah kembali membujang.
Azwan Ali pula tak perlulah kita pertikaikan betapa luar biasanya dia.
Lihat sahaja Karam Singh Walia. Pengacaraan beliau sebenarnya biasa-biasa sahaja tapi keunikan berbahasa melayu dihadapan kamera menonjolkan personaliti itu dan telah mempopularkannya. Tangannya yang berpusing-pusing ketika berbicara juga amatlah luar biasa.
Seorang lagi personaliti televisyen yang melonjak naik statusnya dari manusia biasa ke manusia luar biasa ialah Azrinaz Mazhar Hakim. Azrinaz memang comel. Dari seorang insan pembaca berita TV3 yang normal, beliau dilamar lelaki antara yang paling kaya didunia. Sejuk perut ibu ketika mengandungkannya. Kini, beliau telah kembali membujang.
Wednesday, May 30, 2012
Jaguar
Siapa tak kenal kereta jenama Jaguar. Mahsyur serata dunia dek kerana kemasan dan kekuatan enjin kereta itu. Pendek kata, ia setaraf dengan Rolls Royce dan Bentley.
Arwah Tan Sri Yahya Ahmad, bekas Pengerusi DRB-HICOM sewaktu muda dan tiada punya apa-apa bercita-cita besar untuk memiliki sebuah kereta ini lalu berusaha amat keras, hinggalah beliau berjaya.
Begitulah hebatnya tarikan kereta Jaguar buatan inggeris ini.
Beberapa bulan yang sudah, saya ternampak sebuah Jaguar model awal tahun 2000 parkir tepi jalan di atas bukit area Bangsar, dengan sebuah tong minyak hitam kosong diatas bumbungnya.
Tuesday, May 29, 2012
Tong Minyak Hitam Kosong
Siapa sangka bekas tong minyak hitam yang sudah kosong jika diletakkan diatas kereta yang diparkir adalah satu signal menunjukkan kereta itu untuk dijual?
Siapa? Siapa? Siapa?
Thursday, May 03, 2012
Asia Open Sky Policy
Saya bukan seorang ahli didalam bidang penerbangan. Naik kapalterbang pun jarang sekali, inikan pula memahami akar umbi industri ini. Namun begitu sebagai seorang rakyat Malaysia yang inginkan penjelasan, isu terbaru tentang Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia cukup untuk "kick-start" saya membuat satu mini-kertaskerja.
Hari ini diberitakan bahawa "share swap" diantara MAS dan AirAsia telah ditarik balik oleh kerajaan. Sehubungan dengan itu tiada lagi orang AirAsia didalam lembaga pengarah MAS dan begitu juga sebaliknya. Pada asalnya "share swap" ini dianjurkan supaya MAS dan AirAsia boleh mengurangkan kos dan pada masa yang sama meningkatkan produktiviti didalam pelbagai aspek yang boleh dikongsi seperti operasi penyenggaraan kapalterbang, kerjasama laluan penerbangan dan perkongsian "ground services".
Mengapa perlu ada kerjasama? Ini ialah isu yang saya rasa amat berat untuk kita kupas. Dato' Sri Idris Jala didalam "The MAS Way - Business Turnaround Plan" ada menyatakan kelemahan dan cabaran MAS dan perkara yang perlu MAS lakukan untuk kekal kompetitif dan dari sini sahaja sudah cukup untuk kita merumuskan bahawa memang ada ruang untuk dua organisasi ini bekerjasama seterusnya menjadi lebih produktif. Ini ialah amat penting kerana tanpa produktiviti dan pengurangan kos, MAS mungkin tenggelam apabila "Asia Open Sky Policy" mula digunapakai didalam tahun 2020. Polisi yang akan membuka pelbagai cabaran kepada MAS atas dasar "kebebasan perniagaan". Dasar yang mungkin boleh digunapakai di Eropah tetapi mungkin agak sukar di Asia Tenggara kerana faktor saiz GDP dan infrastruktur negara anggota yang jauh berbeza. Walau berat sebelah macamana pun, polisi ini tidak boleh dianggap remeh kerana MAS bakal tercabar dan semua cabaran ini ada disebut secara langsung atau tidak langsung didalam "Business Turnaround Plan" Dato' Sri Idris Jala.
Umum tentu maklum bahawa diantara perkara yang akan disentuh didalam usahasama asal MAS/AirAsia ini ialah kemungkinan pengurangan tenaga kerja. Sekiranya dulu satu orang boleh buat 2 kerja, dengan pengurangan tenaga kerja kini beliau terpaksa buat 3 kerja. Tentunya ini akan menimbulkan permasalahan dengan pihak kesatuan pekerja. Didalam kes MAS, kesatuan pekerjalah yang telah memaksa pihak kerajaan untuk tidak meneruskan "share swap" diantara MAS dan AirAsia ini. Kita harus faham bahawa pusat operasi MAS ialah di Selangor, negeri pakatan pembangkang yang kerajaan mahukan kembali didalam pilihanraya umum yang akan datang. Oleh itu, keputusan kerajaan ini saya kira sebagai satu keputusan yang berunsurkan politik dan bukannya strategik. Bagi saya, didalam perniagaan tidak perlu ada keputusan yang berasaskan politik kerana ianya tidak pernah menguntungkan perniagaan. Itu ialah pendapat saya.
Kembali kepada isu MAS, kita perlu faham bahawa beroperasi didalam kerugian tidak akan menguntungkan sesiapa. Tidak kerajaan dan tidak juga rakyat. Malah sekiranya MAS gagal, pekerja MAS akan gagal dan seluruh rakyat Malaysia akan gagal.
Kita akur dengan kejayaan syarikat Jepun melakar nama dipeta dunia. Kita sanjung mereka atas pencapaian mereka tetapi kita juga harus ambil iktibar dengan sifat yang ada pada setiap individu dan pekerja mereka. Mereka sanggup berkorban untuk kejayaan negara. Mereka lebih rela melakukan "hara-kiri" dari menanggung malu dan aib jika mereka gagal. Kita dapat lihat pada awal tahun 2011, pengurusan Japan Airlines lebih dramatik dengan tetap membuang pekerja untuk kekal bersaing kerana "VSS" yang ditawarkan tidak mendapat sambutan pekerja dan pemberhentian kerja itu mendapat tentangan dari kesatuan. Disini kita nampak dua perkara. Pertamanya, kesatuan mereka telah bersetuju untuk meneruskan dengan proses "VSS" kerana mereka faham bahawa kos tenaga kerja harus dikurangkan walaupun ianya pahit. Keduanya, pihak pengurusan tetap mengambil langkah memberhentikan pekerjaan yang jelas tidak popular dari aspek politik untuk memastikan JAL kekal kompetitif.
Kita hidup dizaman yang serba moden. Zaman dimana kanak-kanak yang berumur 3 tahun sudah tahu mengendalikan Apple 'ipad' serta 'iphone'. Manusia lebih cerdik dalam memahami dan mungkin memaafkan sekiranya kita lebih telus dan ikhlas didalam menyuarakan kesilapan kita. Saya percaya jika penyampaian tentang penyelesaian untuk kekal kompetitif ini disampaikan dengan betul, rakyat akan lebih menerima. Jika rakyat rasakan bahawa masih ada perkara yang disorok oleh pihak yang bertanggungjawab tetapi yang memikul bebannya tetap rakyat, kerjasama tidak akan dapat dicapai.
Nasi sudah menjadi bubur. Kerjasama MAS dan AirAsia mungkin terus terkubur. Walaupun saya tidak suka kepada AirAsia atas beberapa sebab peribadi, MAS kini memerlukan AirAsia untuk kekal bersaing.
Apa yang saya harapkan kini ialah agar pekerja MAS tambah produktif. Berkorban lebih demi MAS, demi negara. Jika syarikat memerlukan mereka buat 4 kerja, berkorbanlah dengan membuat 5 kerja. Jika tidak mampu buat 5 kerja, teruskanlah dengan 4 kerja tetapi berjimat cermatlah bila menggunakan harta syarikat. Ini boleh mengurangkan kos operasi.
Inisiatif mengurangkan kos operasi ini harus dipraktikkan oleh semua lapisan, baik pihak kolar biru mahu pun kolar putih. Satu contoh yang bagus ialah satu cerita yang saya dengar dari mulut abang saya waktu beliau bekerja dengan Proton diwaktu perusahaan itu masih baru dan kekurangan wang. Dia kata untuk "save budget", mereka bergotong-royong tidak kira pangkat memotong rumput disekitar kilang. Proton berjaya kekal bersaing sehinggalah sampai satu masa dimana mungkin sifat "pengorbanan" ini telah hilang dan kini Proton dilihat sebagai beban negara.
Rakyat Malaysia berbangsa melayu yang berniaga sebagai penjual makanan juga ada tanggungjawab mereka agar MAS kekal kompetitif. Rakyat Malaysia berbangsa india atau cina yang bekerja sebagai kerani bank juga ada, malah semua orang yang memanggil diri mereka rakyat Malaysia ada tanggungjawab yang sama. Kita harus mengekalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang aman, damai dan tenteram. Kondusif untuk pelabur asing datang dan melabur di Malaysia. Pelaburan yang boleh datang didalam pelbagai bentuk dari membina kilang hinggalah pelancungan. Bila ekonomi meningkat, jumlah pengunjung keluar-masuk Malaysia juga meningkat dan secara tidak langsung, aktiviti MAS juga semakin meningkat.

Monday, April 30, 2012
Ekspedisi Mockba - Sarapan Bersama Tan Sri
Saya bangun awal untuk turun bersarapan. Sendirian tanpa teman dan rakan taulan. Sahabat bertepuk dan bertampar juga tiada bersama pada pagi itu. Saya tunjuk kupon sarapan saya kepada pekerja hotel di kaunter hadapan dan dia terus membawa saya ke kafe hotel.
Walaupun makanan buffet ada melambak, saya hanya ambil roti bakar dengan mentega, "scrambled egg" dan segelas jus oren.
Terkial-kial saya mencari meja untuk makan. Mulanya saya ingin makan sendirian sambil merenung lapik meja tetapi saya batalkan niat itu sebaik sahaja saya ternampak seorang pengerusi syarikat GLC berpangkat Tan Sri dengan kuncu-kuncunya sedang menjamah makanan. Perasaan ingin tahu tentang apa yang mereka bualkan semakin menaik.
Saya ke meja mereka, meminta kebenaran untuk sarapan bersama dan terus menarik kerusi untuk duduk. Mereka yang saya lihat dari jauh pada mulanya sedang rancak berbual sambil ketawa tiba-tiba menjadi sebu. Perbualan mereka menjadi seperti pembaca berita bercakap tentang isu semasa. Tiada lagi ketawa besar. Nampak sangat mereka telah tukar topik. Saya mula mengunyah sambil menyesal duduk disitu kerana ia sama seperti apa yang saya akan hadapi jika makan berseorangan, merenung lapik meja. Cuma kini saya rasa seperti manusia tersisih. Ibarat seorang pesakit kusta. Jijik.
Kunyahan saya menjadi semakin pantas. Dua, tiga kunyahan lalu terus menelan. Telinga saya pekakkan. Yang kini jelas hanya degupan jantung saya yang juga seperti kunyahan, menjadi semakin pantas. Cukup 30 kunyahan, saya teguk jus oren dan meminta diri. Sewaktu meninggalkan meja, kedengaran mereka kembali rancak berbual dibelakang saya. Topik perbualan mereka berubah ke topik asal rasanya.
"Lantak korang lah..." bisik hati saya meninggalkan kafeteria menuju lobi hotel.
Ajenda hari ini ialah sesi melawat syarikat Rusia yang berteknologi tinggi. Rombongan saya yang kebanyakkannya terdiri dari orang besar MDC mempunyai misi serampang dua-mata yang mana pertamanya ialah untuk mengajak syarikat-syarikat itu melabur di Malaysia dengan membina pusat di Cyberjaya dan keduanya ialah untuk mengenalpasti teknologi yang boleh MDC bawa pulang. Berbeza dengan saya yang mempunyai satu misi yang amat jelas, jalan-jalan.
... bersambung.
Edisi yang lepas:
- Ekspedisi Mockba
- Ekspedisi Mockba -Zurich
- Ekspedisi Mockba - "Kilometer 23"
- Ekspedisi Mockba - Leningradskaya Hotel

Friday, April 27, 2012
Teori Masuk Simpang
Setiap kali ke pejabat ketika saya memandu di NKVE dan melepasi kawasan Damansara menuju ke Subang, kemungkinan besar pasti trafik sesak.
Saya dapati kawasan dimana banyak kereta masuk dari arah tepi, trafik akan jadi haru-biru.
Saya ada satu idea dan mungkin pihak yang berwajib atau penyelidik di universiti tempatan boleh melakukan sedikit kajian. Lihat gambarajah dibawah.

Di dalam setup 1, kereta dari jalan asal hanya boleh pergi ke kanan dan memaksa kereta lain untuk kekanan juga dan ini akan menyempitkan hanya bahagian kanan jalan(nombor 1).
Didalam setup II, kereta dari susur tepi masuk melalui lorong bawah tanah dan muncul ditengah2 jalanraya. Kereta lain kini mempunyai lorong kiri dan kanan untuk menyusur berbanding setup I seterusnya mengurangkan efek kesesakan kerana kini himpitan dibahagi kepada dua bahagian jalan (nombor 2 & 3).
Wednesday, April 25, 2012
Tough Times
When I was little, I always wanted to be older, to be working, to drive my own car, to live a dream.
How naive.
Life can be tough on people and sometimes it cracks you up. It will be harder when the crack kicks in little by little, inch by inch, spreading you into bits and pieces, all in tiny blocks of pain.
I know, life can be cruel.

Friday, April 20, 2012
Money, money, money
Dua hari yang lepas saya melayan sebuah dokumentari di Sundance Channel bertajuk "Inside Job". Berkisar tentang bagaimana dan siapa yang bertanggungjawab didalam krisis kewangan yang melanda Amerika Syarikat pada tahun 2008.
Umum mungkin tahu bahawa krisis ini terjadi akibat kegagalan Amerika didalam mengawal kegiatan kumpulan perbankan beroperasi di sana yang telah mengeksploitasikan penggunaan "financial derivatives" didalam mengaut keuntungan secara besar-besaran tanpa mengambil kira risiko yang terkandung didalam instrumen kewangan sebegini.
Apa itu derivatif?
Derivatif ialah sejenis kontrak diantara dua pihak yang mengandungi beberapa terma yang perlu dipersetujui sebelum pembayaran keatas kontrak itu dilaksanakan. Mari kita melihat satu contoh yang mudah, kontrak 5 tahun diantara seorang pengilang beras dengan seorang penanam padi yang mengandungi terma dan syarat tentang harga dan masa untuk setiap bekalan dan bayaran yang berkaitan, dimana beras adalah asset yang diperdagangkan. Dari sini kita akan faham bahawa pihak pengilang beras akan terlindung dari risiko pihak penanam padi menaikkan harga dimasa hadapan manakala pihak penanam padi pula melindungi diri mereka dari risiko pihak pengilang beras membeli beras mereka pada harga yang murah didalam tempoh kontrak. Perdagangan nampak stabil dan risiko telah dapat dikurangkan.
Nampak mudah bukan?
Yer, ia nampak mudah tetapi apabila kita mengambil kira risiko bencana alam yang boleh merosakkan tanaman padi, ia menjadi sedikit kompleks. Lazimnya akan ada pihak ketiga yang akan membeli kontrak ini sekiranya berlaku bencana alam dan mereka ini akan menerima premium dari kontrak asal, seakan-akan insuren.
Ini ialah perkara asas instrumen derivatif dan sekiranya tidak dikawal, instrumen ini boleh menjadi amat merbahaya dan ini terbukti didalam krisis kewangan Amerika tahun 2008.
Asset yang diperdagangkan didalam krisis kewangan Amerika itu ialah CDO (Collaterized Debt Obligations) dan juga MBS (Mortgage-Backed Securities). Ia adalah sejenis derivatif yang mengandungi pelbagai asset seperti hutang kredit kad, hutang membeli kereta dan hutang membeli rumah. Asset-asset ini kemudian disatukan dan dijual kepada pihak ketiga pada premium yang ditetapkan.
Pasaran kewangan juga ada ajensi penarafan (Rating Agency) yang akan memberikan taraf tertentu kepada sesuatu alat kewangan seperti bon, saham dan kredit. Sebagai contoh, saham Maybank ditarafkan sebagai A- oleh Standard & Poor dan A3 oleh Moody's, dua ajensi penarafan dunia manakala ajensi penarafan tempatan seperti RAM dan MARC pula menarafkan saham Maybank sebagai AAA, iaitu taraf yang terbaik (sila lihat rajah bawah).
Sewaktu krisis di Amerika tahun 2008, Standard & Poor dan Moody's telah menarafkan CDO yang diperdagangkan sebagai AAA, terbaik didalam kelasnya dan ini membuatkan CDO ini dibeli oleh mereka yang ada banyak sumber dana atas dasar spekulasi, sama seperti membeli saham. Banyak kumpulan simpanan wang tempatan di Amerika (sama seperti KWSP) melabur dengan membeli CDO ini. Walaupun CDO ini mendapat penarafan AAA, sebenarnya ia mengandungi asset yang sangat berisiko iaitu pinjaman pembelian rumah yang diberikan kepada mereka yang tidak mampu (Sub-Prime Lending). Antara alasan yang diberikan ialah harga rumah tidak akan turun didalam jangkamasa panjang oleh itu CDO ini sangat bernilai.
Beberapa tahun sebelum 2008, pasaran perumahan di Amerika mendadak naik. Ini ialah kerana terdapat institusi kewangan yang memberikan pinjaman kepada mereka yang tidak mampu untuk membeli rumah. Mereka dibenarkan meminjam tanpa membayar wang cagaran dan memerlukan dokumentasi yang amat sedikit. Countrywide ialah salah satu institusi yang memberikan pinjaman paling popular kerana mudah untuk mereka yang tidak mampu mendapatkan pinjaman perumahan.
Apabila ramai peminjam tidak dapat membayar kembali hutang mereka, CDO merudum. Wang yang sepatutnya diterima oleh institusi kewangan menjadi hutang lapuk. Aliran tunai didalam pasaran kewangan Amerika menjadi kucar-kacir. Seperti efek domino, satu demi satu institusi kewangan mereka lumpuh. Ketika Lehman Brothers diisytiharkan muflis pada 15 September 2008, ada yang mengatakan pasaran kewangan Amerika akan runtuh sama sekali dan akan menarik ekonomi global bersamanya. "Armageddon".
Kerajaan Amerika terpaksa membantu dengan menyalurkan dana kepada institusi kewangan mereka untuk kekal aktif. TARP (Transfer Asset Relief Program) sebanyak USD700bilion telah diberikan kepada konglomerat yang mana kebanyakkannya ialah institusi kewangan (lihat rajah dibawah) dan pasaran kewangan Amerika kembali stabil.
Ini berlaku beberapa bulan sebelum Barack Obama menjadi Presiden kulit hitam yang pertama di Amerika. Salah satu ucapannya ketika baru menjadi Presiden ialah untuk mengubah dasar pasaran kewangan Amerika Syarikat tetapi hingga kini masih tiada banyak perubahan malah ironinya, mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui perubahan oleh Obama ialah orang-orang sama yang telah gagal mengawal derivatif didalam sistem kewangan Amerika ditahun sebelum ini.
Sistem kewangan Amerika ialah satu sistem yang telah diputar-belitkan oleh mereka-mereka yang berkepentingan untuk mengaut keuntungan dengan membiarkan orang lain yang membayar kosnya. Ia telah dimanipulasikan ketahap yang paling kronik. Morgan Stanley, salah satu institusi kewangan yang hampir muflis pada tahun sebelumnya memberikan bonus pekerja sebanyak USD3billion pada tahun 2009.
Saya percaya, dunia sistem kewangan akan hancur bila tiba masanya dan manusia akan kembali "barter trade" kerana inilah sistem yang paling adil.

Wednesday, April 18, 2012
Suis Lampu
Bila mata tak boleh nak lelap kerana terlebih minum kopi atau nescafe, saya akan terkial-kial membuka lampu bilik, memasang TV lalu melayan aksi sukan.
Ada juga masa dimana saya tidak boleh lelap kerana perasaan tiba-tiba jadi tidak tenteram. Ketenangan yang hilang kerana jiwa yang mula kosong. Didalam kegelapan bilik, saya akan membuka saluran dokumentari dan berita luar negara. Tengok muka harimau, ikan, hos tukang masak, Christian Amanpour dan lain-lain lagi. Pendek kata, fikiran lebih gemar melayari rancangan yang memaparkan liku-liku dan cabaran kehidupan dan bukan aksi sukan.
Pernah seorang sahabat berkata bahawa hati ini ibarat sebuah bilik gelap, jika suis lampu dibuka maka kegelapan akan hilang. Begitu juga sebaliknya. Bila hati kita sudah mula lupa akan ugama, ia ibarat menutup suis lampu. Tidak mungkin hati kembali bercahaya jika suis lampu tidak dinyalakan semula. Bila hati sudah mula gelap, agar sukar untuk kita membezakan perkara yang haq dan yang bathil.
Bagi saya, dunia ini umpama sebuah bilik yang amat gelap. Hanya tuhan sahaja yang dapat memberikan kita petunjuk kearah suis lampu suluh yang kemudiannya dapat memberikan cahaya untuk kita membezakan lubang gaung dari tebing yang selamat. Dan jika kita berjaya mengelak gaung didunia, harapan untuk kita berjaya diakhirat sangat tinggi.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar dapat memetik suis lampu suluh itu dan lampu suluh itu pula mempunyai bateri yang tahan lama.

Thursday, April 12, 2012
Jaga-jaga 1-3
Jaga-jaga 1 - Sila jaga-jaga bila menggoreng keropok lekor. Anda harus potong dibahagian tengahnya dahulu sebelum menggoreng. Ini ialah kerana angin yang terperangkap dicelah-celah isi keropok yang belum digoreng boleh meletup lalu memercikkan minyak panas ke muka si penggoreng.
Jaga-jaga 2 - Sebuah buku tulisan seorang kawan akan dirilis tidak lama lagi berjudul "Jefri". Berapa ringgit? Saya tak tahu tapi saya yakin buku ini pasti akan membuatkan anda suka-suki.
Jaga-jaga 3 - Seorang kawan baru sahaja membuka sebuah kedai berasaskan yogurt, Snogurt di Kota Damansara bersebelahan pusat karaoke "Loudspeaker". Sedap tak hingat!

Friday, April 06, 2012
Wednesday, March 21, 2012
Ekspedisi Mockba - Leningradskaya Hotel
Turun dari kenderaan, rombongan kami terus terkedek-kedek masuk ke lobi hotel seperti kambing keluar kandang. Ada yang mengeluarkan talipon bimbit untuk menguji talian sekiranya ada servis perantauan antarabangsa, ada yang sedang membaca sms dan mendengar "voice" message, ada pula yang melakukan regangan badan ala-ala senaman kucing. Saya yang tahu bahawa servis perantauan antarabangsa sangat mahal, tidak membawa langsung talipon bimbit saya.
Sejurus turun dan sebelum memasuki lobi hotel, saya tinjau keadaan keliling hotel. Nampak macam orait. Saya jeling kedai-kedai yang berhampiran tetapi semuanya kedai menjual barangan untuk manusia normal.
Hotel yang kami duduki ialah hotel yang agak mewah. Mujurlah saya ditanggung oleh pihak berwajib. Kalau tidak, mungkin saya akan tidor di tandas awam didalam hotel sahaja.
Hotel Leningradskaya, Moscow. Itulah nama hotel itu ketika saya di sana. Kini ia telah dimiliki Hilton dan telah diubahsuai. Dulu, ianya sebuah hotel yang klasik. Dengan karpet bercorak persian dari dinding ke dinding, "roman pillars" besar dua pemeluk disana-sini, "plaster ceiling" dengan "skirting" corak bunga dan lampu chandellier bertatah berlian tipu yang bergantungan, persis lobi hotel pilihan orang tua-tua kaya.
Saya pikul beg buruk saya membontoti para delegasi yang lain. Mereka dengan beg-beg besar paling busuk pun jenama Delsey sibuk mencari "bell-boy". Beg besar untuk hanya 3 malam di Moscow? Saya menjadi hairan dan memandang ke beg sandang saya yang satu itu sahaja.
"Lantak korang lah", hati kecil saya berbisik.
Selesai mendaftar di kaunter hotel, saya dibawa ke bilik oleh "bell-boy". Walaupun saya mencuba sedaya-upaya untuk mengusir beliau, tetapi dia tetap nak tunjukkan bilik saya. Bukan susah pun nak mencari nombor bilik.
Sampai dibilik, saya ditunjukkan bilik air, peti sejuk dan TV yang tersedia. Selesai sahaja sesi tunjuk menunjuk, dia berdiri tepi pintu. Lama. Saya tersenyum, dia tersenyum. Saya buat-buat buka baju dan dia terus keluar, menutup pintu perlahan-lahan.
Saya amati perhiasan di dalam bilik, sesuai untuk orang tua-tua kaya. Bukan pilihan saya tetapi saya pasrah kerana pepatah orang inggeris ada berbunyi, "beggars cannot be choosers".
Pada kebiasaannya, perkara pertama yang akan saya buat didalam bilik hotel ialah buka TV dan check channel sukan. Tabiat yang sangat sukar untuk diubah. Ada satu channel sukan tapi dalam bahasa Rusia. Saya tukar channel lain dan akhirnya berhenti di satu channel fesyen.
Selesai mandi, jam menunjukkan pukul 7pm. Perut saya sudah mula berkeroncong dan seingat saya kami patut berkumpul semula dilobi untuk makan malam di restoran dalam hotel. Ini ialah kerana badan sangat penat untuk keluar. Saya tak berapa nak peduli sangat sebab duit pun bukannya ada.
Sewaktu memesan makanan, saya berdoa agar ketua delegasi kami tidak lupa untuk membayar bil makan malam saya. Mahal nak mampos, padahal makan "fish and chip" sahaja. Waktu makan, perasaan tertanya-tanya tentang siapa yang akan bayar makan dan minum itu semakin membuak tetapi lapar diperut mengatasi segala keresahan dihati.
"Waiter, bill please.." Adalah kata-kata yang paling enak saya dengar keluar dari mulut ketua delegasi kami untuk hari itu. Lega. Sesi penerangan tentang agenda kami keesokkan hari selepas itu langsung tidak saya hiraukan kerana terlalu lega.
Saya keluar dari hotel seketika untuk mengambil angin tapi tidak berapa berani nak jalan terlalu jauh. Ketika pulang, dihadapan pintu hotel kelihatan beberapa orang dari delegasi kami yang sudah agak berumur dan berpakaian sangat kasual, tersenyum-senyum riang menunggu teksi. Saya tunduk kerana segan dan terus masuk ke hotel kerana saya tahu kemana mereka akan tuju.
"Lantak korang lah.." Bisik hati saya lagi.
Kembali ke bilik, saya buka semula TV. Letih benar rasanya. Sambil menguap-nguap saya pun membersihkan diri dan akhirnya baring atas katil bersaiz permaisuri. Sebelum terlelap, saya teringat pesanan salah seorang kawan. Dia pesan dengan nada sinis, jika ada orang ketuk pintu bilik hotel anda tengah malam di Moscow, itu bukan hantu.
Saya tersenyum sendirian. Saya perlahankan volume TV dan membiarkan cahaya dari TV menemani saya malam itu lalu menarik selimut tebal keparas leher.
Perkataan "Bismillah" mengakhiri hari pertama saya di bandar Moscow dan saya pun lena.
.. bersambung.

Friday, March 16, 2012
Penultimate Sunday
Friends,
This weekend boast the penultimate Sunday before "April Fool" Sunday.
Hope you had fun with your children, nieces and nephews during the school holidays. Have a blast when you get caught in traffic this Sunday.

Wednesday, March 14, 2012
Jam Tangan
Sehingga kini saya masih belum dapat memiliki jam tangan jenama Rolex Submariner idaman saya seperti didalam gambar diatas.
Beberapa orang sahabat saya yang rezekinya murah dan mampu untuk membeli jam tangan mewah sering berkata bahawa Rolex jam tangan orang tua. Saya peduli apa.
Bagi saya memiliki jam tangan berharga lebih menguntungkan dari membeli kereta yang mahal. Jam tangan berharga boleh diwarisi turun temurun dan harganya makin meningkat tetapi kereta? Cukup 5 tahun, macam tin bergerak. Lebih-lebih lagi kereta Proton.
Ada juga seorang sahabat saya yang telah membeli jam tangan Franck Muller Crazy Hours. Tapi saya rasa jam tangan itu terlalu gila babi. Dengan nombor yang tidak tersusun dan boleh mengelirukan anda, ianya tak lawa.
Buat masa ini rezeki saya cukup untuk makan dan minum serta tempat berlindung dari panas dan hujan untuk anak dan isteri. Belum mampu untuk beli jam tangan macam ini. Namun yang lebih penting ialah rezeki saya itu rezeki halal dan kami sekeluarga masih sihat walafiat.
Friday, March 09, 2012
Ekspedisi Mockba - "Kilometer 23"
Kami tiba di Sheremetyevo Airport yang terletak di Moscow Oblast kira-kira 29km barat laut bandar Moscow, waktu tengahari. Lapangan terbang ini adalah sangat tidak moden. Bangunannya seperti Subang Airport. Segala-gala tentangnya ialah seperti didalam cerita James Bond tahun 1970an. Seolah-olah bangunan ini tersekat dizaman itu dan tidak maju-maju.
Pengawal keselamatan dilapangan terbang bukanlah polis atau polis bantuan tetapi askar Rusia yang kelihatan garang. Cuma dari mata mereka, jelas mereka tidak cukup makan. Sekali lagi, askar mereka berpakaian seperti didalam TV dulu-dulu.
Saya rasa seperti didalam Taman Tema Jurassic.
Setelah selesai mengadap askar, imigresen dan kastam Rusia kami pun berkumpul diluar lapangan terbang menantikan kenderaan kami untuk ke bandar Moscow.
Perjalanan dari Sheremetyevo ke Moscow ialah seperti perjalanan merentas sejarah. Kami tersenguk-senguk mengantuk tetapi cerita dari tour guide kami tatkala kami melalui kawasan-kawasan bersejarah dikiri-kanan jalan, amat mengujakan. Beliau menceritakan bagaimana tentera Jerman di perang dunia kedua yang ditugaskan untuk menguasai Rusia, terkenal dengan panggilan "Wehrmacht" menggunakan laluan yang kami lalui ketika itu akhirnya kandas di bandar Khimki. Sebuah pekan kecil berkordinat 55°54´46.103"N, 37°24´10.577"E, 8km dari Moscow. Begitulah hampirnya Hitler untuk menguasai Rusia, 8 kilometer. Tour guide kami bercerita dengan penuh semangat sambil menunjukkan sebuah memorial berbentuk perangkap kereta kebal bersaiz gergasi di "Kilometer 23", tempat dimana "Wehrmacht" kandas dan terkubur.
Kini saya ibarat duduk didalam panggung wayang bergerak.
Jalanraya menuju ke Moscow bersaiz lebuhraya dan tanpa tol. Dibahu jalan saya sering terlihat seorang wanita menunggu sesuatu, bertemankan seorang lelaki yang duduk diatas motor. Selang satu kilometer, perkara yang sama dengan pasangan yang lain pula. Saya jadi hairan lalu bertanyakan kepada tour guide kami. Dia tersenyum kepada saya dan menjawap, "They are working in the entertainment industry serving the tourist and waiting to be picked up".
"Even at this hour?" Tanya saya lagi.
"Yes, even at 3pm in the afternoon" Balasnya.
Di Rusia, bukan hanya ada kupu-kupu malam yang menyorok-nyorok malu tetapi ada juga kupu-kupu tengahari dan petang yang terbang secara terang-terangan tanpa segan silu.
Seperti di Singapura, Moscow juga penuh dengan flat kediaman penduduk. Tinggi, berpetak dan kusam tanpa nyawa. Iras rumah merpati yang lusuh.
Di Rusia, penduduk dibekalkan rumah secara percuma oleh kerajaan dan dari rupa parasnya saya yakin konsep komunisma ini adalah sangat tidak kondusif untuk rakyat walau bagaimana ideal konsepnya sekalipun. Flat buruk dengan keadaan sekeliling yang tidak terurus. Bagaimana mereka boleh membesarkan anak-anak mereka didalam keadaan dhaif sebegitu?
Jalanraya menuju Moscow semakin lama semakin besar dan lebar. Tour guide kami berkata saiz jalan ini memang sengaja dibuat besar untuk membolehkan kapalterbang mendarat sekiranya keadaan darurat.
Sudah semakin hampir ke Moscow, tour guide kami mengarahkan penglihatan kami ke sebelah kanan jalan. Kearah sebuah kilang yang nampak usang.
"This is the place where we build the Sukhoi". Ujarnya dengan bangga.
Ibupejabat Sukhoi Company (JSC), syarikat yang membina Sukhoi terlihat megah ditepi jalan. Saya tidak pasti samada masih ada jet pejuang dibina disitu tetapi didalam kekusutan ekonomi Rusia, saya rasa mungkin masih ada.
Orang Rusia tampak lesu didalam kemiskinan hidup mereka namun begitu mereka masih bangga dengan pencapaian mereka. Saya cukup teruja.
.... bersambung.

Wednesday, March 07, 2012
Pediatrician
Dua tahun sudah, saya punya entri cerita pasal susu.
Kepada mereka yang tak sudi membaca link diatas, ia mengisahkan tentang betapa pentingnya susu bayi kepada ibubapa kerana tanpa susu jenis ini telinga ibubapa boleh menjadi bingit dan jiwa mereka jadi tak tenteram bila bayi mula meraung kelaparan. Justeru itu memahami akan kepentingan susu bayi saya berhasrat jika diberikan peluang memilih, untuk memonopoli industri ini.
Jika masih diberi peluang untuk menambah industri yang ingin saya monopoli, saya inginkan hak membuka klinik untuk bayi dan kanak-kanak diseluruh Malaysia.
Kaya, kaya, kaya.

Thursday, March 01, 2012
Kalender & Tahun Lompat
31, 28(29), 31, 30, 31, 30, 31, 31, 30, 31, 30, 31
Siapakah yang menentukan bahawa bulan Februari hanya ada 28 hari? Dan apabila cukup kiraannya, Februari ditambah satu nombor menjadi 29. Hatta, tahun lompat. Bulan Ogos pula tiba-tiba tidak mengikut susunatur yang sepatutnya 30 tetapi menjadi 31 dan turutan baru bermula dari situ pula.
Bulan Islam adalah seperti berikut:
30, 29, 30, 29, 30, 29, 30, 29, 30, 29, 30, 29(30)
Bukankah mudah dengan susunan yang cantik?
Ataupun dengan cara yang saya cipta sendiri ini yang saya namakan Kalender 1Malaysia:
30, 31, 30, 31, 30, 31, 30, 31, 30, 31, 30, 31(30)

Subscribe to:
Posts (Atom)